Cikgu Nurul's Blog

Blog Pembelajaran Sains PMR

Print

Salam,

Aaaghhh... penatnya!! Penat sangat kerana semalam di sekolah ada program jualan mega. Sekali lagi, kelab cikgu (seni budaya) telah bergabung dengan kelab sejarah dan geografi. Kami telah membuka gerai menjual naget, sosej, bebola ikan, puding buah dan buah-buahan.

Sebenarnya ada 3 lagi program bergerak serentak. Di mana, pelajar tingkatan 4 ada program bahasa arab bersama pelajar2 dari UIA dan bengkel ICT untuk semua pelajar aliran ICT (tingkatan 4 & 5) yang melibatkan beberapa buah sekolah lain di daerah cikgu. Satu lagi ialah pertandingan Percussion antara kelab.

Dalam kami sebuk2 berniaga itulah datang 2 orang pelajar tingkatan 2 bertanyakan soalan sains kepada cikgu. Sebenarnya dia bukan anak murid cikgu. Tetapi dek kerana minat bertanya soalan secara terbuka kepada guru-guru yang ditemuinya, sempat juga dia bertandang ke gerai cikgu semata-mata untuk bertanya soalan sahaja. Meriah jugalah gerai cikgu dengan gelak ketawa anak-anak buah cikgu dan 2 orang pelajar ini. Maka muncullah pelbagai nama ejekan sesama mereka kerana masing2 cuba mencelah antara perbincangan kami.

Perbincangan kami berkisar kepada topik kaitan warna dengan pemindahan haba serta "surface tension", dalam bahasa melayu disebut "ketegangan permukaan air".

Ia bermula atas rasa tidak puas hati kerana guru sainsnya telah menolak jawapannya dalam peperiksaan lalu tentang tajuk warna dan pemindahan haba. Sebenarnya, dia keliru antara proses penyerapan (heat absorbing) dan penyebaran haba (heat radiation).

Untuk memahami tajuk ini, kita semua mesti memahami "dari mana sumber haba itu datang?"! Jika tidak, kekeliruan pasti akan timbul. Sumber haba boleh saja datang dari luar (seperti pancaran matahari ke atas sebekas air) dan juga haba yang datangnya dari dalam (seperti air panas yang dibiarkan sejuk).

Soalan berikut, pasti anda semua dapat menjawabnya:

Kenapa kita tidak digalakkan memakai baju hitam di tengah padang pada waktu tengahari yang panas terik?

Sudah pasti jawapannya kerana warna hitam penyerap haba yang paling baik. Betul tak?!!...

Tetapi, pernah anda terfikir kenapa majoriti orang asia berambut hitam sedangkan negaranya agak panas? Tidakkah nanti penduduk asia akan kepanasan??.....

Sesungguhnya ALLAH itu Maha Adil!! Walaupun negara2 ini agak panas, dikurniakan penduduknya berambut hitam kerana warna hitam juga adalah PENYEBAR HABA YANG PALING BAIK (good heat radiator).

Oleh itu, jika anda berada ditempat yang redup, baju hitam akan menyebabkan badan anda lebih cepat sejuk berbanding orang yang memakai baju putih!!!

So, ingatlah!!... warna hitam adalah penyerap haba paling baik dan juga penyebar haba yang paling baik. Sedangkan warna putih adalah penyerap haba yang paling lemah dan penyebar haba yang paling lemah juga (lambat membebaskan haba dari dalam dirinya).


Persoalan terakhir yang dikemukakan oleh pengunjung gerai cikgu itu ialah "kenapa jarum yang diletakkan di atas tisu di atas permukaan air tidak tenggelam?"Haa..... apakah jawapannya?

Jika persoalan pertama, ada beberapa orang anak buah cikgu di gerai itu cuba menjawabnya. Kali ini semua orang terdiam. Semuanya menyandarkan diri ke belakang. Hmmm... bagaimana dengan anda sendiri?..... Apakah jawapannya??.....

Untuk pengetahuan anda, tajuk ini tidak ada dalam mana-mana silibus sains tingkatan 1 hingga 3. Cikgu sendiri kurang pasti, ada atau tidak tajuk ini dalam sains menengah atas (cikgu dah lupa - mungkin ia berada dalam sains tingkatan 5 atau tingkatan 6 ke atas...)

Sebenarnya, persoalan ini berkaitan dengan topik "surface tension" (ketegangan permukaan air). Sebelum cikgu terus menerangkan jawapannya, cikgu nak mulai dengan persoalan dan ujikaji yang juga berkaitan. Anda sendiri boleh mencubanya.

Caranya, sediakan setitis besar air biasa (sebesar duit 10 sen) dan air sabun basuh baju. Buang buih sabun yang berlebihan agar pemerhatian mudah dibuat. Ingat!... jangan letakkan kedua-dua titisan itu berhampiran antara satu sama lain - ditakuti ia akan menjejaskan pemerhatian kita nanti.

Langkah yang berikutnya, dengan menggunakan jari yang bersih, sentuh titisan air itu dan seretkan sehingga lebih kurang 5 - 10 cm. Kemudian, dengan cara yang sama, gunakan jari yang bersih untuk seretkan air sabun tadi sehingga jarak yang serupa. Perhatikan perbezaan antara kedua-dua jenis larutan itu. Adakah sama kesan seretan antara air dan air sabun???...

Air mempunyai sifat ketegangan permukaan air yang lebih tinggi berbanding air sabun. Oleh itu, jika kita perhatikan setitis air, ia akan membentuk suatu lengkungan separa bola, tidak seperti air sabun. Ini kerana daya tarikan antara zarah-zarah air di permukaannya sangat kuat sehingga masing2 enggan berpisah antara satu sama lain.

Semua zarah-zarah air di permukaan akan sentiasa tertarik kepada zarah-zarah air di sebelah dalamnya. Ini akan menyebabkan permukaan air menjadi seolah-olah suatu lapisan keras yang menghalang bendasing masuk ke dalamnya dengan mudah kecuali dengan menggunakan daya yang lebih tinggi daripada daya yang dihasilkan oleh "ketegangan permukaan air" itu.

Kerana itulah, jarum yang diletakkan di atas tisu di atas permukaan air (secara perlahan-lahan) tidak akan tenggelam, sedangkan jarum itu lebih tinggi ketumpatannya (denser) berbanding air. Tetapi, jika kita menekan salah satu hujung jarum itu ke dalam air, jarum itu akan tenggelam kerana kita telah memecahkan ikatan antara zarah-zarah di permukaan air itu.

Maaf la, cikgu tidak dapat menyediakan gambar yang sesuai. Kebetulan pula, kamera cikgu dah tak ada - dah hilang. Walaubagaimanapun, eksperimen ini amat mudah dijalankan. Cubalah sendiri dan perhatikan permukaan kedua-dua jenis larutan ini dari arah sisi.

Berbalik kepada kisah di gerai itu tadi, anak2 buah cikgu semuanya mencadangkan agar kami membuka gerai soalan sains pula. hahahahaha..... 1 soalan sains - seringgit! .......


6 Komen/ Pandangan:

hmm..
mula2 pham..
tp smpai zarah2 air tu dah blur ckit..
mcm mane nak pcah kan zarah2 air tu?

rsenye PMR ada blaja bab pemindahan haba ni..
sbb bru buat revision ptg td..

bukan pecahkan zarah. tp, pecahkan "ikatan antara zarah2".

setiap zarah air terdiri daripada 3 atom yg terikat padu antara satu sama lain (2 atom hydrogen dan 1 atom oksigen).

dalam setitis air, terdapat berjuta2 zarah air yg melekat antara satu sama lain. maksudnya, zarah air yg pertama berhampiran dengan zarah air yg kedua dan begitu juga seterusnya.

ini bermakna ada 2 jenis ikatan. satu, antara atom2 dlm zarah air. kedua, antara satu zarah air dgn zarah air yg lain.

ikatan antara atom2 dlm zarah air amat susah utk dipecahkan. kita perlukan kaedah elektrolisis utk memisahkannya.

namun, ikatan antara zarah air dgn zarah air yg lain lebih mudah untuk dipecahkan. caranya? gunakan saja jari anda utk pisahkan titisan air kepada 2 bahagian. tindakan ini telah memecahkan ikatan antara zarah2.

Assalamualaikum. Nak tnya klau khemah hitam dgn khemah putih yg mna lbh sesuai utk camping yg trdedah dgn chaya mthari?

Assalamualaikum. Nak tnya klau khemah hitam dgn khemah putih yg mna lbh sesuai utk camping yg trdedah dgn chaya mthari?

warna putihla....

Boleh tak bagi overall tip sains utk PT3..
Pt3 dah nak dekat...

Post a Comment