Cikgu Nurul's Blog

Blog Pembelajaran Sains PMR

Print

Assalamualikum wbt n salam sejahtera

Sejak kebelakangan ini, ramai pelajar saya meminta belikan buku set soalan PMR. Tambahan pula, mereka duduk di asrama dan sukar untuk keluar ke pekan. Satu lagi kemungkinan (hypothesis) ialah mereka mungkin lebih mempercayai saya untuk memilih buku untuk mereka berbanding dgn mereka pilih sendiri.

Bukan sahaja buku sains, malah juga untuk subjek2 yang lain seperti Geografi dan KH. Kalau buku sains, InsyaALLAH saya boleh pilih buku yang sesuai untuk mereka. Tetapi, jika diminta carikan buku Geografi, KH atau subjek2 lain, sukar lah sedikit.
Kita tidak boleh memandang mudah dalam memilih buku set soalan – jangan sekadar sambar mana2 buku atau beli buku mengikut harga sahaja! Setiap subjek ada format penyoalannya sendiri.

Saya teringat salah seorang rakan setugas yang mengajar Geografi dan cukup berpengalaman dalam bidang tersebut pernah mengatakan bahawa untuk membuat soalan peperiksaan Geografi mengikut format, ada kuota2nya. Setiap kemahiran mesti dimasukkan supaya set soalan berkenaan dapat menguji kemahiran pelajar dalam pelbagai sudut ilmu Geografi.

Samalah juga dengan subjek sains. Setiap set soalan ada kuota2nya. Cuma di sini, ia lebih kepada pembahagian mengikut tingkatan. Di mana, soalan dari Tingkatan dua merupakan kumpulan soalan terbanyak dalam kertas soalan 1. Ia diikuti pula oleh Tingkatan 3 dan yang paling sedikit ialah Tingkatan 1. Walaubagaimanapun, skala ini tidak terlalu jauh sehingga menyebabkan soalan tingkatan 1 terlampau sedikit. Berdasarkan skala ini, para pelajar sudah boleh menjangka tajuk ditingkatan manakah perlu diberi perhatian lebih.

Dalam pasaran, terdapat begitu banyak penerbitan yang menyediakan set soalan peperiksaan. Ada antaranya mendakwa mengikut format peperiksaan sebenar dan terkini. Namun, para pelajar perlu berhati2. Tambahan pula, sebelum ini, format kertas 2 masih belum ‘stabil’ dan terdapat banyak pandangan dan komen dari kalangan pendidik tentang format kertas 2 yang telahpun menjangkau tahun ke-5 tahun ini.

Antara penerbitan yang saya pilih utk pelajar2 saya td ialah Pelangi (sebelum ini buku Sasbadi masih belum sampai di pasaran tempat saya). Set soalannya tidak terlalu sukar dan juga tidaklah terlalu mudah. Kertas 2nya pula nampak menepati format peperiksaan. Ada juga penerbit buku yang mengeluarkan set soalan Kertas 2 sahaja. Mungkin ini sesuai untuk mereka2 yg bermasalah dalam Kertas 2. Tetapi tidak sesuai bagi mereka yg menghadapi masalah dalam kebanyakan tajuk kerana Kertas 2 tidak meliputi banyak tajuk seperti dalam Kertas 1.

Bagi pelajar2 tingkatan 2 yg juga ingin memilih buku set soalan peperiksaan. Anda ada banyak pilihan. Sama ada memilih set soalan peperiksaan atau set soalan topikal (mengikut bab). Walaubagaimanapun berdasarkan pemerhatian saya terhadap buku2 dalam pasaran, setiap penerbitan mempunyai kekuatan masing2 dan sesuai utk pelajar mengikut kategori tertentu. Contohnya:

Tajuk buku: Practice Makes Perfect PMR Science
Penerbit: Pelangi
Ulasan: sesuai untuk pelajar yang agak cerdik. Walaubagaimanapun, buku ini tidak mengikut format peperiksaan sepenuhnya bagi Kertas 2 kerana ia dibina secara topikal. Banyak juga soalan sukar yang boleh menguji tahap pemahaman dan penganalisaan.

Tajuk buku: 1 Question 1 Cent 1200 Topical Question Bank Science
Penerbit: Eastview
Ulasan: sesuai untuk pelajar di tahap sederhana. Nota2 penting diberi di peringkat awal setiap set soalan. Terdapat banyak soalan bagi setiap bab. Juga tidak mengikut format peperiksaan sepenuhnya untuk Kertas 2. Dibahagikan pula kepada 3 tahap: senang, sederhana dan sukar. Kebanyakan soalannya mirip kepada soalan peperiksaan dan tiada soalan yg dikategorikan ‘pelik’ @ sukar & memerlukan pengetahuan am yang lebih daripada kebiasaan.

Tajuk buku: New Total Topikal Assessment Science
Penerbit: Sasbadi
Ulasan: Juga seperti buku Eastview. Cuma di sini, Ia dibahagikan kepada sub2 tajuk. Kertas 2 terbahagi kepada Bahagian A dan B. Kertas 2 juga tidak mengikut format sepenuhnya. Kurang soalan jenis Pengelasan (soalan no. 7 Kertas 2). Walaubagaimanapun, ia menyediakan 2 set Model Test.

Tajuk buku: Topikal Cemerlang KBSM Science
Penerbitan: Pustaka Vission (Vission)
Ulasan: berbentuk topikal, ada banyak soalan Pengelasan (yg biasanya jarang ada dlm buku penerbitan lain), soalan bertahap sederhana. Kertas 2 ada pembahagian kepada bahagian A dan B (tetapi tidak semua). Ada menyediakan model soalan peperiksaan tetapi soalan no 7 bahagian B Kertas 2 tidak mengikut format sebenar.

Tajuk buku: 1001 Topical Questions PMR Science
Penerbit: Pustaka Sistem Pelajaran (Sistem)
Ulasan: berbentuk topikal, tidak mengikut format peperiksaan sebenar. Ada menyediakan nota ringkas dipermulaan topik. Tetapi, amat sesuai untuk pelajar yang agak lemah kerana soalannya banyak yang lebih mudah dan menguji tahap penguasaan Aras 1 (aras rendah).

Kebanyakan buku yang saya senaraikan di atas adalah dari kategori topikal. Maaf, buat masa ini, saya tidak memberi ulasan tentang buku2 model peperiksaan. Sebabnya? … banyak keluaran yang tidak mengikut format sepenuhnya dan kalaupun ikut format, saya masih belum beli lagi.

Buat masa ini, saya cuma sempat membelek2 shj buku2 di pasaran (memang hobi saya, heee …. heee….). Saya merancang hanya akan beli buku model peperiksaan yang mengikut format sahaja.

Sebenarnya susah nak cari buku yang bagus. Lagipun, seperti yang saya nyatakan sebelum ini, format kertas 2 mungkin masih belum stabil. Wallahualam. Apa2 pun, pelajar2 sepatutnya pilih buku soalan yang sesuai mengikut tahap penguasaan mereka sendiri.

Wassalam.

0 Komen/ Pandangan:

Post a Comment