Cikgu Nurul's Blog

Blog Pembelajaran Sains PMR

Print

Salam semua,

Dah lama sangat tak posting artikel baru. Actually, cikgu sedang upload fail2 dari CD kementerian ke dalam web host cikgu. Tapi, ada beberapa fail tak dapat diupload langsung. Mungkin kerana cikgu gunakan free account, so diorang sekat sesetengah jenis fail, contohnya tak boleh upload fail ".exe", ".zip", ".DS_Store" etc ... ishhh, boring betul!!

Niat cikgu, supaya sesapa pun blh bukak CD kementerian itu secara keseluruhannya. Tapi nampaknya, terpaksa la cikgu upload fail2 flash sahaja, satu persatu. Sila lihat di sidebar "Flashvideo CD Kementerian". Yang susahnya, fail dari CD Form 1 and 2 tidak dibuat macam flash CD Form 3. Mungkin, untuk Form 1 and 2, cikgu akan cari alternatif lain. Ada sesape yg nak bagi cadangan?

So, antara yang baru cikgu masukkan dalam blog cikgu adalah, flashvideo untuk Science Form 3 Chapter 1. Dulu, hanya ada sampai no 6. Sekarang dah ada sampai no 10. Itu sekadar untuk Chapter 1 sahaja, lain2 flashvideo dlm Chapter 1 tu, cikgu nampak tak berape penting sangat. Sila lihat di sidebar "Flashvideo CD Kementerian". Jangan lupa, bila mainkan flash itu nanti, anda kena kerap gunakan 'right click" untuk forward.

Satu lagi bahan yang cikgu masukkan adalah nota "tulisan tangan" untuk tajuk Human Breathing Mechanism (Chapter 1 Form 3). Hahaha..... maaf, tulisan tangan cikgu buruk. Saje je upload fail tu, sebab malas nak taip semula. Jangan kata tulisan buruk, comot pun ye. hahahahahaha..... ape la cikgu nih, buang tebiat!

Orang kate, kalau nak jadi cikgu, kita kena sentiasa kemas dan bergaya walaupun di hadapan pelajar. Tulisan tangan pun begitu. Tak senonoh kalau cikgu pun punyai tulisan macam cakar ayam. Teringat pula kejadian baru2 nih, sedang asyik cikgu mengajar, tetiba ada pelajar lelaki tegur cikgu: "Cikgu! kat muke cikgu ade kesan hitam!". Hah?!! Ni mesti kesan marker pen yang cikgu gunakan. "Kat mane? Kat mane?!" "Tu... tu.....". Cikgu pun tenyeh la muka cikgu beberapa kali. "Ade lagi cikgu! Kat situ... kat situ!!". Dah berjuta kali rasenye cikgu gosok muka. Last2 rase malas la pulak. "Dah la! Biar je la.... Tak mengurangkan ilmu cikgu pun". Hahahahhaha....." Hheh... tah hape-hape cikgu nih. Cikgu Comot!! Sebelum keluar dari makmal, cikgu bersihkan muka ngan tisu. Bila tengok kat cermin, mmm tak nampak sangat dah. Nasib baik!

Nota tu dalam format PDF. So, pastikan anda ada Adobe Reader. Bila dah buka nanti, sila klik butang disket untuk save ke komputer sendiri. Sesape yang ada masalah, sila inform saya. Kalau tiada sebarang permintaan, cikgu akan kekalkan fail tu dalam hosting itu sahaja.

Ok, itu saje. Cikgu dah ngantuk semula. Nak tido. ZZzzzzzzz.....................

0 Komen/ Pandangan:

Post a Comment