Cikgu Nurul's Blog

Blog Pembelajaran Sains PMR

Print

Salam,

Baru-baru ini, ada salah seorang sahabat cikgu telah mengirimkan 5 modul soalan latih tubi untuk Bahasa Arab Komunikasi PMR dari JAPIM. Ini berikutan ada pemintaan dari salah seorang pelajar yang mengunjungi blog cikgu.

Oleh itu, cikgu telah kepilkan di sini set-set soalan itu beserta dgn jawapannya sekali:


Sementara itu, cikgu juga telah menyediakan pautan baru ke Bank Soalan 2009 di sidebar. Di sinilah nanti, cikgu akan letakkan semua set soalan percubaan, latih tubi dan kertas pekse. Dan set yang pertama cikgu letakkan, adalah modul latih tubi bahasa arab ini. So... tunggulah kedatangan set-set soalan yang lain pula.

Salam,

Hari ini agak memenatkan. Ini berlanjutan dari malam semalam kerana cikgu dan anak buah dari Kelab Seni Budaya serta Kelab Sejarah-Geografi telah mengadakan program kemuncak dari malam sabtu sehinggalah tengahari tadi.

Malam tadi, kami adakan pertunjukan fesyen kreatif (lelaki sahaja). Manakala, pagi tadi diadakan pertandingan arca (lelaki) dan landskap (perempuan). Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar dan kami telah sepakat untuk menyediakan hadiah untuk pelbagai kategori - tidak lagi tertumpu kepada tempat pertama, kedua dan ketiga. Sebaliknya, hadiah diberikan mengikut ciri atau elemen istimewa yang berjaya ditonjolkan bagi setiap acara. Ada yang menang kategori arca paling inovatif, arca paling saintifik, landskap paling eksotik dsb. Lega rasanya... semua telah selesai.......

Dalam pada cikgu mengadili kedua-dua acara lelaki dan perempuan yang berjalan serentak, sempat juga cikgu dikelilingi oleh beberapa orang pelajar cikgu bertanyakan soalan sains (diffusion of gases in respiratory system & electromagnetism). Siap bawa buku soalan dan buku rujukan lagi... hahaha..... cikgu tak kesah. lagipun, cikgu dah biasa buat 2-3 keje dlm satu masa.

Sambil2 berbincang itulah, tetiba timbul persoalan tentang: bilakah percubaan pmr perak? Ramai yang sudah berdiskusi sesama sendiri tentang tarikh sebenar percubaan ini. Namun, setahu cikgu (seperti yang disampaikan semasa assembly jumaat baru ni), 10 Ogos utk percubaan spm. Manakala, 3 hb utk percubaan pmr.

Pada asalnya, kedua-dua percubaan spm dan pmr akan berlaku serentak pada 10 ogos itu. Namun, disebabkan masalah tempat, tarikh pmr dipercepatkan seminggu. Wallahu'alam.

Apa-apapun, kita tunggu dan lihat sahaja dulu. InsyaALLAH, seperti biasa, cikgu akan uploadkan soalan percubaan ini untuk anda semua. Cikgu akan usahakan dengan skima pemarkahan sekali.

Jika percubaan di tempat anda telah bermula, harap bolehlah kirimkan ke email cikgu di abiat07@yahoo.com. Terpulang pada anda, sama ada, anda kirimkan dalam bentuk softcopy atau kirimkan ke alamat rumah cikgu. Apa-apapun email cikgu dahulu. Kalau boleh, kirimkan sekali dengan skima jawapan.

Oleh itu, sama-samalah kita kongsikan kertas-kertas percubaan setiap negeri seperti yang telah dilakukan oleh pelajar2 dan guru2 alam siber tahun lepas. Terima kasih terhadap segala sumbangan mereka. Diharap, tahun ini juga begitu. Sesungguhnya, perkongsian ini pasti menguntungkan semua orang!

Akhir kata, kepada semua pelajar2 pmr tahun ini, bersedialah untuk menghadapi peperiksaan percubaan pmr tidak lama lagi dan berikan sepenuh perhatian anda terhadapnya. Semoga anda semua berjaya.

Salam semua,


Cikgu nak minta maaf banyak2 kat semua pengunjung blog ini. Terutamanya kepada mereka2 yang ingin mendapatkan pelbagai kertas soalan peperiksaan lalu.

Ketika ini, saya sedang mengubahsuai laman blog ini agar lebih menarik. Malah, saya akan asingkan terus ruangan bank soalan 2008 dengan bank soalan 2009. Semua pautan ke bank soalan 2008 akan dimasukkan ke dalam satu menu sahaja. Manakala, bank soalan 2009 akan disisipkan di dalam sidebar.

Flashvideo2 yang ada juga akan diubah supaya semua tetamu cikgu boleh melihat flash tersebut tanpa perlu men'download' terlebih dahulu. Dan..... pelbagai lagi pengubahsuaian yang dirasakan perlu.Justify Full

InsyaALLAH, bulan hadapan, pasti banyak negeri2 yang akan mengadakan Percubaan PMR masing2. Saya akan usahakan untuk mengupload semua set soalan percubaan ini (terutamanya negeri perak - negeri cikgu bertugas sekarang) beserta dengan skima jawapan (jika ada). Untuk itu, saya harap sesiapa sahaja yang memiliki kertas2 percubaan beserta jawapan, sila kirimkan ke email cikgu di abiat07@yahoo.com atau hubungi email ini agar saya boleh kirimkan alamat surat menyurat saya kepada anda. Anda boleh mengirimkan kertas soalan yang telah diphotostat atau yang telah comot (dengan jawapan). Saya akan mengedit kertas tersebut sebelum diupload ke blog ini.

Akhir kata, Selamat Belajar kepada anda semua ...