Cikgu Nurul's Blog

Blog Pembelajaran Sains PMR

Print


Untuk menjawab kertas 2, ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian:

1. pastikan tulisan sentiasa kemas dan mudah dibaca
2. potong perkataan yang tersalah tulis SEKALI SAHAJA (sekiranya anda menggunakan pen)
3. ayat jangan meleret-leret dan menyalin sebahagian besar daripada soalan

contoh: Apakah yang berlaku kepada akar tumbuhan dalam rajah di atas selepas beberapa hari?
cara menjawab yang kurang baik: Selepas beberapa hari, akar tumbuhan dalam rajah di atas akan menunjukkan sifat hidrotropisma positif.
memadai menjawab seperti ini: Akar tersebut akan menunjukkan sifat hidrotropisma positif.

4. jangan menggunakan simbol kecuali apabila diminta

contoh: Nyatakan formula bagi Hukum Ohm.
Jawapan yang kurang baik: R= V/I
Sebaik-baiknya: Resistance= Voltage/ Current

5. elakkan menggunakan simbol bagi atom atau molekul kimia. Ini kerana, ramai pelajar yang menggunakan simbol yang salah.

contoh: simbol carbon dioxide yang salah:

20 Komen/ Pandangan:

ermm, yg lain tade ke? :)

cikgu nak tnya cket..time pmr blh guna pensil tak time menjawab bahagian 2? n kalo guna bahasa campur2 cam bm pastu bi, blh x?

This comment has been removed by a blog administrator.

blh jawab menggunakan pensel, tetapi tidak digalakkan. kalau kertas soalan basah akibat banjir semasa disimpan oleh kementerian, ia akan menyusahkan pegawai pemeriksa kertas dan anda tentu boleh agak apa akan terjadi kepada markahnya nanti, betul tak? dengan kata lain, elakkan daripada menggunakan pensel. lagipun, ia mudah kotor dan tulisan kurang jelas.

dari segi bahasa, pelajar memang dibenarkan menggunakan bahasa campur2. cuma tidak digalakkan menggunakan bahasa campur dalam ayat yang sama. maksudnya, jika soalan 1(a) guna bm, soalan 1(b) boleh guna bi (bahasa ditulis secara terasing). walaubagaimanapun, anda dibenarkan menggunakan istilah2 bahasa inggeris dalam ayat bahasa melayu. Contohnya:

"lime water" akan bertukar menjadi keruh

dalam kes di atas, pelajar mungkin sudah tidak biasa menggunakan istilah "air kapur", tetapi tidak berupaya membentuk ayat dalam bahasa inggeris sepenuhnya. oleh itu, bolehlah gunakan istilah english dalam ayat bahasa melayu

cikgu, nk tanye,boleh x jwb 2 pilihan jawapan ?maknanya pmrksa boleh plih yang mana satu dia nak...mitok mitok buleh...hihihi

Slam..ckgu,sya nk tnya krtas 2 bm bahagian Aii,soalan 6ber 2 kna bgi brapa isi jwpn??? da ckg ckp bgi 2,da ckg ckp bgi 4?Yg mne btol niih??

Anonymous 5/21/2010:
2 pilihan jawapan? eh, dalam kertas sains (kertas 2), mana ada soalan terpilih? semua kena jawab. kalau saya tersalah faham, harap boleh terangkan semula.

Anonymous 6/04/2010:
W'salam,
maaf, cikgu kurang arif tentang format soalan bm. cikgu hanya memberi tumpuan kepada soalan sains pmr sahaja.

salam. ingin bertukar pendapat. apa pendapat anda mengenai cara menulis inferens. ada yg kata: ......... because ......... . ada yg kata: responding variable depend on/ influence by. affected by manipulated variables. pd saya, ikut bentuk soalan. so how about you?

inferens bermaksud "sebab yang mungkin".

saya juga setuju dengan pandangan: "ikut bentuk soalan". kerana bila dah jumpa pelbagai pemeriksa dan ketua pemeriksa, kadang2 pandangan mereka berlainan. akhirnya, guru2 pun kompius.

tapi, jika kita fikir lebih mendalam, penggunaan "because" juga mirip dengan depend on/ influence by/ affected by.

slam ....ckg ...sy x ape fhm ane tntang peljaran sains ...bleh ckg ajo sy mcm ane untk boleh mmberi prhatian spenuh nyer ???

cikgu , boleh ke kalau saya nak bagi banyak jawapan dalam kertas 2 nanti . contoh : macam 1 soaln ni, die mintak satu contoh,tapi saya bagi banyak contoh . boleh ke ?

Anonymous 8/24/2010:

kalau tak silap, boleh je. tp, jgn bg terlalu banyak, cukup sekadar tambah satu lagi jawapan. ttp, pastikan anda menyusun jawapan mengikut keyakinan anda. Maksud saya, bagi jawapan yg lebih anda yakini, letaklah yang paling atas. kemudian, yg kurang sedikit di bawahnya.

jangan beri jawapan yang terlalu banyak dengan harapan, pemeriksa boleh pilih yg terbaik. selalunya, mereka tak akan periksa semua kerana ia akan menyusahkan mereka sahaja.


Anonymous 8/16/2010:

macam mane nk beri perhatian?? hmmm...

jika anda mahukan sesuatu dan tahu akan kepentingannya terhadap diri sendiri, masalah perhatian ini tak akan timbul walau padanya terdapat seribu kepayahan dan sejuta kebosanan!

tanyalah hati dan minda sendiri: aku benar2 mahukannya atau TIDAK??

perlu diingat, sesuatu yang baik dan bernilai memang sukar digapai. jika ianya terlalu mudah, sering kali kita tidak akan menghargainya. Lihat sahaja kepada mereka2 yang dulunya diberi kurnia kebijaksanaan dari sejak kecil. kebanyakan darinya mensia-siakan anugerah itu sehingga ramai diantaranya yang gagal dalam hidup.

tetapi, lihatlah betapa ramai yang terus berjaya bukan kerana kebijaksanaan kurniaan Tuhan. tetapi, berkat kesungguhan dan disiplin diri yang tinggi.

Saya pernah dipertemukan dengan para pelajar saya yang boleh dikatakan "genius" sehingga boleh menghafal satu buku tanpa sebarang kepayahan. tetapi, saya lihat kesungguhan mereka sangat rendah. malah, mereka tidak merasakan ianya sesuatu yang penting pun.

cikgu ada tak method atau pendekatan tertentu untuk mengajar sains kepada pelajar lemah yang gagal

salam cikgu kalau bahagian infrence tak boleh guna affected by??saya keliru la..sebenarnya boleh guna apa??

cikgu ada x perkataan tertentu untuk satu2 soalan...contoh infrence nk jwb mesti perkataan ape??

MOHON IZIN SHARE DGN KAWAN2 ..TQ

slm,cikgu sy rase sy dh tertinggal byk dlm sains ni apa yang patut sy buat ye thn dpn exam????

saya lemah dalam membuat pemerhatian dan hipotesis...

mohon share 7 copy

mohon cikgu tengok tips / kaedah mudah untuk menulis / menjawab soalan yang berkaitan dengan hipotesis sains pmr

http://cikguhailmi.blogspot.com/2013/02/teknik-menjawab-soalan-7-8-kertas-2-sains-pmr-hipotesis.html

Post a Comment