Salam semua,
Berikut, saya senaraikan beberapa pecahan flashvideo dari CD Kementerian untuk tajuk "Blood Circulation and Transport". Hanya bahagian yang dirasakan perlu sahaja dimasukkan di sini. Harap maklum.
Oleh kerana ia merupakan pecahan flash-flash kecil dalam CD kementerian, ia tidak mempunyai butang "NEXT". Untuk itu, anda perlu klik kanan tetikus anda dan klik pula butang "Forward" untuk meneruskan flash berkenaan.
Jika anda menghadapi masalah untuk membuka mana2 flashvideo di sini atau fail PDF yang disediakan, sila inform saya melalui komen di atas.
1. Heart structure (Struktur dalam jantung)
- menunjukkan kedudukan jantung dalam tubuh manusia, pergerakan jantung dan akhirnya menunjukkan struktur jantung dengan penerangannya sekali
- terdapat kesilapan pada label struktur jantung, di mana "Superior vena cava" dilabelkan pada "Aorta". Superior vena cava adalah salur darah yang diwarnakan biru dan mengarah ke atas, betul-betul di sebelah kanan Aorta
- klik sini
2. Test - Heart structure (Ujian - Struktur jantung)
- sila klik sini
3. Artery and vein
- menunjukkan ciri-ciri bagi artery, vein and capillary secara lebih spesifik
- disediakan dengan lampiran tugasan di mana, anda dapat melihat perbezaan antara ketiga-tiga jenis salur. sila klik sini untuk mendapatkan lampiran tersebut
- klik sini untuk mendapatkan lampiran jawapannya
- juga menunjukkan bagaimana turutan darah mengalir dalam artery and vein
- klik sini
4. Healthy heart (Jantung yang sihat/ Kesihatan jantung)
- menerangkan bagaimana sakit jantung terjadi
- juga menunjukkan perkara-perkara yang boleh menjejaskan kesihatan jantung dan cara penjagaannya
- klik sini
5. Remedial - Heart (Ulangkaji - Jantung manusia)
- menyenaraikan persoalan-persoalan yang perlu dikuasai dalam tajuk ini
- klik sini
6. Evaluation - Heart (Latihan ulangkaji)
- terdapat 10 soalan objektif berkenaan struktur jantung dan ciri-cirinya
- klik sini
7. Blood and blood group (Darah dan kumpulan darah)
- menerangkan ciri-ciri komponen dalam darah (constituent of blood) dan fungsi bagi setiap satu darinya
- menyenaraikan fungsi-fungsi darah secara umum
- menunjukkan kesan pemindahan kumpulan darah kepada pesakit (termasuk penderma universal dan penerima universal)
- menunjukkan bagaimana agglutinasi (agglutination) berlaku apabila kumpulan darah yang tidak sesuai dipadankan
- klik sini
8. Remedial - Blood (Ulangkaji Darah)
- menyenaraikan persoalan-persoalan penting dalam bahagian ini
- klik sini
9. Evaluation - Blood (Latihan ulangkaji - Darah)
- mengandungi 5 soalan objektif berkenaan darah dan kumpulan darah
- klik sini
10. Transpiration
- menunjukkan bagaimana air diangkut di dalam batang tumbuhan
- mengaitkan stoma dengan proses transpiration
- klik sini
11. Role of transpiration (Fungsi proses transpirasi)
- menyenaraikan fungsi/ peranan transpirasi kepada tumbuhan
- klik sini
12. Factors that affect the rate of transpiration (Faktor yang mempengaruhi kadar transpirasi)
- merupakan eksperimen untuk menguji salah-satu faktor yang berkaitan
- juga menunjukkan graf tindak balas ekperimen berkenaan
- klik sini
13. Activity - Factors of transpiration (Aktiviti - Faktor2 transpirasi)
- menentukan kelajuan transpirasi antara 2 eksperimen
- klik sini
14. Test - Factors of transpiration (Ujian - Faktor2 transpirasi)
- mengandungi 3 soalan objektif-struktur dan perkara2 yg perlu diberi penekanan dalam tajuk ini
- klik sini
15. Xylem and phloem
- menunjukkan kedudukan xylem and phloem pada keratan rentas daun (leaf), batang (stem) dan akar (root)
- menunjukkan perbezaan antara keratan rentas tumbuhan dikotiledon dan monokotiledon
- klik sini
16. Remedial - Plants and transpiration (Ulangkaji - Tumbuhan dan transpirasi)
- menyenaraikan beberapa perkara penting yang perlu dikuasai dalam tajuk ini
- klik sini
17. Evaluation - Plants and transpiration (Soalan ulangkaji - Tumbuhan dan transpirasi)
- mengandungi 8 soalan objektif dan subjektif
- klik sini
0 Komen/ Pandangan:
Post a Comment