Cikgu Nurul's Blog

Blog Pembelajaran Sains PMR

Print

Assalamualaikum,

Dalam posting kali ini, saya hanya akan membincangkan teknik menulis inferens (inference), iaitu salah satu bentuk soalan dalam Kertas 2 Science PMR.


Apa itu inferens?...


Daripada segi bahasa formalnya, inferens adalah "kesimpulan awal". Tapi, untuk lebih memahaminya, dalam bahasa tidak formal bermaksud "sebab yang mungkin". ini bermaksud, bila timbul sesuatu permasalahan, kita mungkin akan cuba meneka-neka pelbagai sebab yang dirasakan relaven dengannya. Namun, ia masih tidak boleh dianggap sebagai "sebab yang betul" selagi tidak dijalankan sebarang penyiasatan (eksperimen) ke atasnya.

Sebagai contoh:


Lihat gambar di bawah.



Apa yang kita dapat perhatikan, Gerai Q lebih panas berbanding P.

Namun, kenapa jadi begitu?? ----- So, what is the inference for this situation?


Kalau nak jawab soalan inferens, kita perlu ingat tips di bawah:



Contoh jawapan:

Stall Q is hotter because it is painted with darker colour


"Stall Q is hotter"   ialah pernyataan bagi "difference"
manakala,
"it is painted with darker colour"   ialah "reason"


Kalau masih belum jelas, cuba buat banyaaaaak latihan untuk soalan seperti ini sahaja.

Kita cuba satu lagi soalan, ok??


Candle Y is extinguished faster than candle X.
Give an inference for this experiment.


Berdasarkan gambarajah di atas, lilin Y akan padam terlebih dahulu. Kenapa lilin Y padam dahulu (inferens)?

Untuk jawab soalan ini, gunakan tip yg telah di beri di atas.


Contoh jawapan:

Candle Y extinguished first because there is less oxygen in beaker Y.
(........... difference........)              (........... reason ...............)



Cuba pula soalan di bawah:



What is the inference for this experiment?

Cuba jawab dahulu sebelum lihat jawapannya selepas iklan ini ^_^ :



Adakah jawapan anda sama dengan jawapan saya di bawah???...

"The water level rises because it replaces the volume of oxygen that was used up."
 (..... observation ....)              (................ reason ...............)


Sebagai latihan tambahan, cuba pula soalan-soalan di bawah.

Walaubagaimanapun, saya tidak akan menyertakan sebarang jawapan. Anda boleh cuba menjawabnya di ruangan komen.

1.
After 30 minutes, the temperature in conical flask B is higher than the temperature in conical flask A. Give an inference for the situation in conical flask B.

2.
 
Give an inference for torch light W.

 
 3.
What is the inference for this experiment?





Selamat Mencuba ^_^





Salam semua,

Beberapa hari yang lalu, saya menerima banyak permintaan dari anak murid saya sendiri untuk menerangkan semula tajuk Lever. Konpius, kata deme (loghat perak). So, saya gunakanlah kesempatan masa yang ada ini untuk sama-sama mengongsikannya dengan pelajar2 di alam siber ini pula. Sebenarnya, tajuk ini dikatakan antara tajuk yang agak sukar. Ini kerana di dalamnya ada persoalan seperti:
  1. bagaimanakah menentukan jenis tuas (class of lever)?
  2. apakah contoh-contoh tuas kelas pertama, kedua dan ketiga?
  3. bagaimanakah untuk menyelesaikan pengiraan yang melibatkan tuas?
Persoalan ketiga di atas sering dianggap tahap paling sukar. Mungkinkah kerana di sana ada melibatkan pengiraan?

Sebenarnya, jika kita faham di manakah kedudukan fulkrum (fulcrum) yang ditunjukkan dalam gambarajah dan bagaimanakah cara mengaplikasikan formula yang telah dipelajari, ia bukan lagi sesuatu yang amat sukar. Apa yang perlu ialah, kita kerapkan lagi membuat latihan seumpama itu.

Oklah... apa kata kita mulakan dengan persoalan yang pertama tadi?...
Bagaimanakah menentukan jenis tuas (class of lever)?

Pertama sekali, tentukan kedudukan perkara-perkara berikut: Beban (Load), Daya (Effort), dan Fulkrum (Fulcrum) Utamakan perhatian anda kepada perkara yang terletak di tengah-tengah alatan.

Jika fulkrum berada di tengah-tengah, kita katakan dia berada dalam kumpulan "Tuas Kelas Pertama" (First Class Lever).

Tuas kelas kedua (second class lever) pula, merupakan tuas yang mempunyai beban (load) terletak di tengah-tengahnya.


Tuas kelas ketiga (third class lever) merujuk kepada tuas yang mempunyai daya (effort) terletak di tengah-tengahnya pula.

Perhatikan! Apabila menentukan jenis tuas (class of lever), kita perlu kenalpasti jenis bahagian tuas yang terletak di tengah-tengah sahaja. Untuk itu, kita hanya perlu menghafal

FLE

"F" untuk Fulcrum (fulkrum)
"L" untuk Load (beban)
"E" untuk Effort (daya)

"F" berada paling kiri untuk mewakili tuas kelas pertama, "L" di tengah-tengah menunjukkan dia adalah tuas kelas kedua dan "E" berada di sebelah kanan, kerana dia adalah tuas kelas ketiga.

Ok. Sudahkah anda memahami bagaimana menentukan jenis tuas? Untuk memastikannya pula, apa kata, jika anda cuba pula mengenalpasti jenis tuas bagi alat-alat berikut. Tuliskan jawapannya pada kertas. Kemudian, periksa jawapan anda di bawah gambar pemandangan.


Iklan sebentar ..... (gimik jer ...)

Teman sejati .......





Berikut adalah, jawapan kepada persoalan di atas:

Tuas kelas pertama (first class lever)
  • pemangkas, penebuk lubang, pengepit baju dan pengepit kuku
Tuas kelas kedua (second class lever)
  • pemecah buah, pembuka tin dan pam angin
Tuas kelas ketiga (third class lever)
  • pengepit ais, cangkul, penyapu dan joran

Adakah Cikgu Nurul telah tertinggal sesuatu???.... Tidak!

Bagaimana dengan pisau cincang dalam gambarajah itu?

Jawapannya ialah ... ia bukan sejenis tuas. Kecuali sekiranya anda meletakkan bawang di bawah mata pisau dalam keadaan salah satu hujung pisau itu dipasakkan kepada papan pemotong. Jika benar-benar berlaku, ia akan menjadi tuas kelas kedua kerana beban (Load) berada di tengah-tengah.

Bagaimana keadaan anda sekarang? Sudah semakin jelas? Jika masih belum, sila kemukakan persoalan yang bermain dalam minda anda tentang tajuk ini dalam ruangan Komen di bawah posting ini.

Seterusnya kita lihat pula bagaimana untuk menyelesaikan masalah matematik dalam tajuk ini.



Pengiraan yang melibatkan tuas



Dalam menguasai bahagian ini, anda seharusnya menitik-beratkan hal-hal berikut:
  1. di manakah kedudukan fulkrum?
  2. berapakah jarak antara fulkrum dengan beban (load)?
  3. berapakah jarak antara fulkrum dengan daya (effort)?
  4. apakah unit-unit yang digunakan?

Dalam bahagian ini, anda tidak sepatutnya mengandaikan bahawa fulkrum akan "sentiasa berada di tengah-tengah". Ini kerana ia boleh sahaja berada di mana-mana untuk menjadikan alat itu tuas kelas kedua atau ketiga. Dengan kata lain, cari dahulu kedudukan fulkrum sebelum anda memulakan kiraan.

Formula pengiraan tuas ialah:


Nilai "Beban" adalah berat beban dalam unit Newton. Manakala "Jarak beban" dikira dari kedudukan Beban ke kedudukan fulkrum.

Begitu juga, nilai "Daya" adalah dalam unit Newton dan "Jarak daya" berada antara Daya dengan fulkrum.

Perhatikan di sini! Semua jenis jarak (sama ada jarak beban atau jarak daya) sentiasa diukur dari FULKRUM ke tempatnya.

Mari kita mulakan dengan contoh yang sangat mudah. Apa yang anda perlu lakukan ialah memasukkan semua nilai berkaitan seperti dalam formula di atas.

Contoh 1:


Berdasarkan rajah di atas, berapakah nilai bagi beban?

Penyelesaian:


Sekarang, cuba pula latihan di bawah:


Latihan 1



Berbanding dalam contoh sebelum ini, dalam Latihan 1 (a), anda diminta mencari nilai bagi Jarak B. Walaupun di sini, kita tidak lagi menggunakan perkataan "beban" dan "daya", namun formula yang digunakan hampir sama. Di mana, anda hanya perlu menukarkan ianya menjadi seperti berikut:

A x Jarak A = B x Jarak B

Kemudian, gantikan semua nilai-nilai yang diberi ke dalam formula tersebut dan cari nilai yang dikehendaki oleh soalan. Tetapi, jangan lupa untuk memeriksa unit yang digunakan. Jika anda tidak berjaya memperoleh jawapan seperti yang ditunjukkan dalam soalan, sila kemukakan dalam komen dan sama-sama kita lihat di manakah kecuaian telah berlaku.

Bagi soalan Latihan 1 (b) pula, saya telah mengubah pelbagai perkara. Contohnya, saya tidak lagi menggunakan Tuas Kelas Pertama (kita mungkin tidak dapat memastikan sama ada ianya adalah tuas kelas kedua atau ketiga kerana kedudukan Beban dan Daya tidak dinyatakan dalam soalan tersebut!!).

Selain itu, saya juga telah menggunakan unit cm bagi jarak dan unit kg bagi kedua-dua objek. Saya lebih suka menasihatkan anda untuk menukarkan dahulu semua unit yang diberi kepada unit-unit yang dikehendaki (terutamanya kepada pelajar yang kurang mahir).

Oleh itu, tukarkan semua unit cm kepada m (bahagikan dengan 100). Begitu juga, tukarkan unit kg kepada N (darabkan dengan 10). Seterusnya barulah anda gunakan formula tuas untuk mendapatkan jawapan.

Sebagai panduan: 1 m = 100 cm; 1 N = 10kg (nilai tukaran Newton ini khas digunakan di negara kita kerana faktor tarikan graviti. Jika di tempat lain, nilai tukarannya mungkin berbeza).


Sebenarnya contoh pengiraan di atas (termasuk latihan), meminta anda mencari nilai yang kurang lengkap semata-mata. Ia masih boleh dikatakan soalan aras rendah kerana anda hanya perlu tahu menggunakan formula tuas dengan betul dan tidak cuai dalam memerhatikan unit -unit yang digunakan.

Seterusnya, saya akan mendedahkan anda dengan pengiraan tuas yang sedikit kompleks. Fahamkan contoh di bawah:


Contoh 2:


Penyelesaian:


Cuba latihan di bawah untuk menambahkan lagi kefahaman anda.


Latihan 2 (klik pada gambar untuk membesarkannya)


Jawapan telah diberi. Berjayakah anda menyelesaikan permasalahan di atas?

Sebagai panduan, dalam Latihan 2 (a), saya hanya menukarkan kedudukan nilai yang perlu dicari. Sepatutnya, anda tetap tidak menghadapi masalah kerana cara penyelesaiannya masih sama seperti dalam Contoh 2.

Sebaliknya dalam Latihan 2 (b), anda perlu mengetahui nilai sebenar jarak antara C dan D. Walaubagaimanapun, untuk mendapatkan nilainya, anda perlu mencari dahulu jarak D dan kon (fulkrum). Setelah berjaya, barulah anda boleh menolak nilai itu dengan jarak C dan kon. Tak berapa nak faham? Cuba buat dan tunjukkan cara penyelesaiannya di ruangan Komen di bawah posting ini. InsyaALLAH, saya akan tunjukkan di mana kekurangannya. Sebelum itu, anda mungkin boleh bincangkan latihan ini bersama rakan - itu lebih baik!


Bahagian yang berikutnya, saya akan tunjukkan satu lagi bentuk soalan pengiraan tuas yang lebih kompleks. Ia bukan sekadar melibatkan kemahiran anda dalam matematik. Tetapi, ia juga menuntun kefahaman anda dalam Konsep Tuas.

Sebenarnya, dalam konsep ini, ia bukan sekadar untuk menunjukkan hubungan antara kerja (work) yang dilakukan di bahagian beban adalah bersamaan dengan kerja yang dilakukan di bahagian daya. Tetapi, ia juga menunjukkan jumlah kerja yang dilakukan di sebelah kiri fulkrum adalah bersamaan dengan jumlah kerja yang dilakukan di sebelah kanan fulkrum.

Ringkasannya:


Hakikatnya, unit "Nm" sebenarnya adalah unit bagi "kerja (work)"!!

Ingatkah anda, apakah formula mengira kerja (work done)??





Bukankah formula di atas telah menunjukkan seolah-olah pengiraan tuas menggunakan formula kerja (work done). Cumanya, dalam formula tuas, kerja di sebelah kiri mesti sama dengan kerja di sebelah kanan. Sekiranya anda faham akan konsep ini, maka anda tidak akan menghadapi masalah untuk menguasai topik ini.

Oleh itu, yang seterusnya, saya akan tunjukkan cara menyelesaikan pengiraan tuas yang "lebih-lebih" lagi kompleksnya. Bukan sekadar pengiraan, tetapi anda juga harus faham akan konsep yang saya terangkan dalam perenggan di atas.


Contoh 3:

Penyelesaian:

OK? Sudah boleh faham konsepnya? Cuba pula Latihan 3 di bawah untuk mengetahui sama ada anda benar-benar faham atau tidak.


Latihan 3: (Klik pada rajah di bawah untuk membesarkan imejnya)


Bagaimana? Dapatkah anda memperoleh jawapan yang sama seperti di atas?

Mungkinkah jawapan saya di atas adalah salah?..... mungkin juga. Kerana manusia itu dijadikan sangat lemah. Jika anda merasakan jawapan di atas boleh dipertikaikan, sila kemukakan jawapan anda dan kita bincangkan. Dengan cara ini, anda akan lebih memahami tajuk ini dengan lebih baik lagi. Jangan rasa malu untuk "tersilap semasa belajar". Sebaiknya, anda patut malu apabila anda memperoleh keputusan yang buruk semasa peperiksaan nanti!! Fikir-fikirkan.

Pada saya sendiri, bukan suatu masalah yang besar apabila ada di antara pelajar saya dapat membuktikan jawapannya lebih tepat. Namun, biarlah ia dilakukan dengan cara yang baik dan sopan. Lagipun, ia akan mencambahkan lagi daya pemikiran para pelajar dalam menguasai ilmu pengetahuan dan mengelakkan mereka daripada sekadar menerima ilmu secara "bersuap".

Oklah ... penat pula rasanya mengadap laptop terlalu lama. Untuk pengetahuan, saya memerlukan lebih kurang 5 hari untuk menyiapkan posting ini. Yang menambahkan lagi kesukaran adalah, saya terpaksa mereka dan memasukkan imej berulang kali. Caranya: lukis dan taip dalam word. Kemudian, gunakan "PrintScreen" key untuk menangkap gambarnya dan memindahkannya ke dalam Paint. Seterusnya, meng'eksport' gambar berformat BMP itu kepada format 'GIF' yang berkapasiti rendah supaya mudah diupload ke dalam blog ini. Syukurlah hari ini cuti (sabtu). Dapatlah saya menyiapkannya sehingga selesai. Sambil2 itu, sempat juga saya mengikuti 2 kuliah Thermodynamics dan Organic Chemistry oleh pensyarah secara Live Streaming. Zaman sekarang, kalau nak belajar, tidak semestinya kita perlu mengadap guru seperti kaedah konvensional. Samalah seperti apa yang anda lakukan sekarang!! Yang penting, anda terus mengejar ilmu.......

Untuk memudahkan anda, baik kiranya laman ini dicetak. Tambahan pula, posting kali ini lebih menjurus kepada pengiraan. Sudah pasti, sukar untuk anda membuat rujukan dan menjawab soalan sambil mengadap komputer terlalu lama.

Cukup setakat ini dahulu. Sekiranya anda ingin membincangkan topik ini, klik Komen di bawah.

Assalamualaikum...

Salam semua...

Dah lama benar, cikgu tak posting apa2 di sini. Cuti yang panjang ini pun tak dapat cikgu gunakan untuk menghantar artikel kerana seminggu ini cikgu kurang sihat. Cuti macam tak cuti sahaja rasanya kerana banyak diisi dengan berbaring sahaja. Ingatkan nak aktifkan semula aktiviti berjoging petang-petang. Baru sekali buat (isnin yang lalu), terus sahaja cikgu di serang sakit kepala sehingga sekarang. Inipun kepala masih berdenyut-denyut.


Buat masa ini, cikgu lebih galakkan korang semua mengemukakan soalan sains di Forum Cikgu Nurul (sila lihat di sidebar). InsyaALLAH, cikgu akan cuba menjawab serba sedikit. Kalau ada yang sudi nak berkongsi petua dan teknik mengingat fakta sains, bolehla juga masukkan kat forum tersebut. tak rugi berkongsi ilmu:

"saya beri anda 1 epal dan anda beri saya satu buah oren. saya dapat oren. manakala anda dapat epal. tetapi, jika saya beri anda 1 ilmu dan anda beri saya 1 ilmu. kita berdua akan dapat kedua-dua ilmu tersebut!"


Ok, selamat meneruskan perjuangan masing-masing.


Saya telah menerima beberapa email agar menyediakan jawapan kepada kertas 1 Science PMR 2008. Klik di sini.

Kepada yang memohon jawapan bagi kertas 2, saya mohon maaf kerana buat ketika ini, kita masih tidah boleh membawa keluar kertas tersebut. Oleh itu, saya tidak dapat menyediakan jawapannya.

InsyaALLAH, saya akan memasukkan ulasan bagi jawapan kertas 1 pada keluaran akan datang.

Harap maaf juga, buat masa ini, saya akan jarang-jarang menjengah blog ini. ‘Nak berehat sekejap’ - ‘Rest is the best medicine’. Oleh itu, ikuti perkembangan blog ini di sesi persekolahan tahun hadapan - 2009.

Kepada pelajar-pelajar yang akan menduduki PMR 2009, mulakan persediaan secara aggresif dalam waktu cuti ini. Elakkan menunggu sehingga persekolahan 2009 bermula. Persediaan awal adalah lebih baik kerana banyak perkara yang boleh kita lakukan untuk berjaya.

Alhamdulillah, segalanya telah selesai untuk sains pmr tahun ini.

Ramai pelajar saya mengatakan kertas 1 agak mudah. Saya juga beranggapan sama. Namun, saya risau juga jika ada yang cuai dlm menjawab soalan2 tersebut. Namun, untuk kertas 2, saya tak sempat bertanya khabar kpd pelajar saya. Kebetulan pula, waktu itu, saya dan guru2 yang lain sedang bermesyuarat tentang peperiksaan kemasukan ke tingkatan 1 yang akan dijalankan pada hari sabtu nanti.

Selepas ini, saya akan berhenti menguruskan blog ini dlm jangka waktu yg agak lama sehinggalah hujung tahun ini. Saya terpaksa mengutamakan pula pembelajaran saya sendiri (pjj) yg agak ketinggalan banyak. Tambah2 lagi, saya masih mempunyai satu lagi kelas sains dgn pelajar tingkatan 4.

Semoga bertemu lagi. InsyaALLAH, saya akan memasukkan input2 baru bagi Science PMR untuk persediaan tahun hadapan pula. Jumpa lagi…

Salam semua,



Di sini, saya telahpun meng’upload’ lagi beberapa set soalan iaitu dari Terengganu dan Kelantan. Sila lihat di kolum hijau bertajuk “trial negeri lain”.

Walaubagaimanapun, saya hanya ada kertas 2 dari Kelantan. Oleh itu, kepada mereka2 yang mempunyai kertas 1 science dari Kelantan, sila hantarkan kepada saya melalui email : abiat07@yahoo.com
Jika anda berbesar hati untuk berkongsi kertas soalan yang tiada di blog saya ini tetapi tidak ada scanner atau kos men’scan’ di tempat anda sangat tinggi atau juga anda tiada masa untuk scan, sila contact saya di email di atas.

Untuk pengetahuan, beberapa kertas soalan berkenaan agak kurang berkualiti. Ini kerana, ia discan dari kertas photostat yang sememangnya sudah kabur. Ada antaranya, saya dah touch up serba-sedikit. Kalau ada yang masih sukar dibaca, sila contact saya di email yang sama dan nyatakan nama kertas soalan dan nombor soalan.

Untuk pengetahuan, ada antara jawapan dalam kertas permakahan percubaan pmr di sini yang salah/ kurang tepat. Oleh itu, jangan terlalu bergantung kepada jawapan yang disediakan. Jalan yang terbaik ialah rujuk pada guru masing2 atau bincangkan ia di sini. (Perbincangan kertas soalan percubaan di sini, adalah khas untuk subjek sains sahaja!)

Jika ada sebarang persoalan berkenaan subjek sains, sila berbincang di kolum “bincang di sini”. Walaubagaimanapun, insyaALLAH, saya akan pindahkan ruangan perbincangan ini ke tapak forum yang lebih luas. Dengan itu, kita boleh berbincang dengan menggunakan gambarajah atau media lain yang sesuai. Saya harap semua dapat menggunakan segala kemudahan yang disediakan di sini sebaik mungkin.

p/s: Jangan lupa, sertai ruangan “soal-selidik” yang terdapat dalam kolum hijau. Ia sangat berguna bagi saya untuk mengesan sebarang masalah yang mungkin timbul kepada pengguna blog ini. Malah, jika anda seorang guru sains atau yang berkaitan dengannya dan berminat untuk menjadi penulis jemputan dalam blog ini, bolehlah menghantarkan maklumat anda ke dalam soal-selidik tersebut.

Sebentar tadi, saya telah uploadkan kertas soalan science dari MRSM. Jawapan akan dimasukkan kemudian.

Kepada mereka-mereka yang tidak biasa dengan blog saya ini, sila lihat kolum hijau di sebelah kanan. Di situ, saya ada sediakan 3 jenis kolum untuk kertas soalan percubaan iaitu dari negeri perak, sbp dan negeri-negeri lain. Pilih mana2 tajuk yang dikehendaki. Ada di antaranya dibuka terus dalam format pdf. Oleh itu, komputer anda mesti ada perisian Adobe reader. Untuk save, hanya klik pada butang disket atau klik pada menu “file” dan kemudian klik “save”. Sesetengah yang lain pula dibuka melalui Box.net. Yang ini, boleh terus di’download’.

Bagi mereka2 yang masih bermasalah untuk membuka fail2 berkenaan. Sila hubungi saya di email abiat07@yahoo.com . Walaubagaimanapun, proses ni agak lambat.

Sambil2 mencari set soalan tu, try la pula flashvideo yang saya sediakan di kolum “science flashvideo”. Di situ, saya ada sediakan pelbagai flashvideo menarik yang mungkin dapat membantu anda memahami topik2 tertentu dalam sains. Jika anda tidak dapat mendownload video2 tersebut, hubungi saya dan nyatakan nama video berkenaan.

Sesekali, saya ada masukkan nota sains di dalam blog ini. Oleh itu, anda digalakkan melihat tajuk2 di ruangan “kiriman terkini” atau klik pada tajuk blog : Cikgu Nurul’s Blog. Anda boleh hantar sebarang komentar berkenaan tajuk berkenaan atau boleh juga bertanya di kolum “bincang di sini - sembang-sembang”.

Juga diharap, anda dapat menyertai survey di kolum “soal-selidik”. Survey ini adalah untuk mengetahui pola pengunjung blog saya dan mengetahui permasalahan yang mungkin ada sepanjang menggunakan blog ini. Dengan itu, dapatlah pula saya memperbaiki apa2 yang ada di dalamnya.

Assalamualaikum n salam buat semua,


Ini merupakan sambungan bagi Ujian Penentuan dalam Eksperimen. Kali ini, saya akan menerangkan tentang Ujian penentuan bagi air. Air merupakan larutan tidak berwarna (INGAT! kita TIDAK boleh mengatakan air adalah larutan berwarna putih!), tiada bau dan tiada rasa - water is colourless, odourless and tasteless. Walaubagaimanapun, di dalam makmal, bukan sahaja air mempunyai ciri-ciri seperti itu.

Fikirkan! Sekiranya anda diberi dua jenis bikar yang mengandungi larutan tidak berwarna. Bagaimanakah anda dapat menentukan yang mana satukah mengandungi air? Anda mungkin terfikir untuk memeriksa baunya terlebih dahulu bukan? Kaedah ini, bukanlah kaedah yang selamat. Ini kerana terdapat sesetengah larutan tidak berwarna yang boleh mengeluarkan gas kimia yang merbahaya (contohnya larutan ammonia).

Kalau begitu, bolehkah pula anda merasa kedua-dua larutan tersebut? ……. Ini juga bukan merupakan jalan terbaik untuk menentukan apakah jenis larutan yang terkandung dalam kedua-dua bikar itu! Malah, inilah langkah yang MESTI kita elakkan apabila berada di dalam makmal! Jangan cuba-cuba merasa mana-mana larutan yang ada di dalam makmal walaupun diberitahu dengan jelas bahawa larutan tersebut adalah “air”!! Kenapa? Ini kerana ditakuti, larutan tersebut telah tercemar oleh bahan beracun dan juga mikroorganisma merbahaya! Ingat! Makmal sains BUKANlah tempat yang selamat daripada pencemaran bahan kimia dan kuman!!

Kalau semua kaedah di atas tidak boleh digunapakai, apakah ada cara lain yang sesuai untuk menentukan jenis kedua-dua larutan tadi? Ya! Masih ada cara lain yang lebih selamat dan lebih berkesan untuk menentukan yang mana satukah di antara kedua-duanya adalah air. Di peringkat sekolah, terdapat 2 jenis bahan yang boleh digunakan untuk menguji kehadiran air dalam sesuatu bahan. Kita boleh memilih sama ada mahu menggunakan:

kertas kobalt klorida kontang (dry cobalt chloride paper), atau
serbuk kuprum (II) sulfat kontang (anhydrous crystal of copper (II) sulphate)


Kertas Kobalt Klorida Kontang (Dry cobalt chloride paper)


Sebelum menguji larutan dengan menggunakan kertas ini, kita mesti pastikan ia berada dalam keadaan kering. Ini bermakna, tangan kita juga mesti kering. Kertas ini berwarna biru muda. Ia kelihatan hampir sama dengan kertas litmus biru. Walaubagaimanapun, kedua-duanya adalah berbeza dari segi bahan kimia yang terkandung di dalamnya. Kertas kobalt klorida diperbuat daripada serbuk kobalt klorida. Manakala, kertas litmus diperbuat daripada pewarna kulampair atau juga disebut liken (lichen).

Kobalt klorida adalah bahan yang sangat sensitif terhadap kewujudan air. Oleh itu, apabila ia didedahkan kepada air, ia akan segera bertukar warna kepada merah jambu (pink). Oleh itu, jika kita celupkan kertas kobalt klorida kontang ke dalam larutan yang tidak mengandungi air, ia tidak akan mengubah warna biru kertas tersebut.

Ringkasan:
Ujian kertas kobalt klorida kontang dengan air:
bertukar warna dari biru muda kepada merah jambu (change colour from blue to pink)
Ujian kertas koblat klorida kontang dengan larutan BUKAN air:
warna kertas kobalt klorida tidak berubah (the blue colour of cobalt chloride paper does not change)
Ujian kertas kobalt klorida kontang dengan larutan yang bercampur dengan air:
warna kertas kobalt klorida akan bertukar dari biru muda kepada merah jambu

Kertas ini sangat sensitif kepada bahan yang mengandungi air. Oleh itu, jika kita menguji kertas ini dengan sebarang larutan lain yang turut mengandungi air (contohnya: larutan alkohol cair, air garam dll.), ia akan turut berubah warna dari biru muda kepada merah jambu. Semakin banyak kandungan air dalam larutan tersebut, semakin cepat ia berubah warna kepada merah jambu.




Serbuk Kuprum (II) Sulfat Kontang (Anhydrous crystal of copper (II) sulphate)


Serbuk kuprum (II) sulfat kontang adalah serbuk kimia yang berwarna putih. Ia juga sangat sensitif kepada kehadiran air di sekelilingnya. Apabila ia terdedah kepada air, warna putih serbuk ini akan bertukar menjadi biru muda. Oleh kerana ia sangat mudah berubah warna, serbuk ini perlu disimpan di dalam bekas yang kedap udara.

Ringkasan:
Ujian serbuk kuprum (II) sulfat kontang ke atas air:
warna serbuk bertukar dari putih kepada biru muda (the white colour change to blue)
Ujian serbuk kuprum (II) sulfat kontang ke atas larutan bukan air:
warna putih serbuk ini kekal (the crystal remain white in colour)

Cara menguji larutan dengan menggunakan serbuk ini ialah dengan cara menitiskan larutan yang hendak dikenalpasti ke atas serbuk berkenaan. Gunakan piring penyejat (watch glass @ evaporating dish) yang kering dan bersih untuk meletakkan satu atau dua spatula serbuk kuprum (II) sulfat. Kemudian, titiskan beberapa titik larutan yang hendak diuji ke atasnya dan lihat perubahan yang mungkin terhasil. Walaubagaimanapun, jangan biarkan serbuk ini terdedah begitu lama kepada udara persekitaran. Ini kerana udara kita juga mengandungi wap air yang turut boleh mengubah warna putih serbuk ini kepada biru. Jika serbuk tersebut telah bertukar biru sebelum ujian dijalankan, JANGAN BUANG! Panaskan ia secara perlahan-lahan sehingga warnanya berubah kembali kepada putih.


Berdasarkan dua penerangan di atas, anda mempunyai pilihan untuk menjalankan ujian yang mana satu antara dua bikar mengandungi air. Tajuk ini sebenarnya mula dipelajari dalam Science Form 2 (Chapter 5: Water and Solution). Antara eksperimen yang mungkin berkaitan dengan pengujian kehadiran air ialah:

1. Udara mengandungi air (Air contains water vapour) - Chapter 5 Form 1

larutan tidak berwarna yang terbentuk di luar tabung didih adalah air yang berasal daripada udara persekitaran. Ia dapat disahkan sebagai “air” kerana apabila disentuh dengan menggunakan kertas koblat klorida kontang, kertas itu akan berubah menjadi merah jambu.




2. Hasil daripada proses pembakaran hidrokarbon (The products of combustion of hydrocarbon) - Chapter 5 Form 1

pembakaran bahan hidrokarbon (bahan yang mengandungi unsur hidrogen dan karbon sahaja seperti bahan-bahan yang berasal daripada petroleum: minyak petrol, lilin, minyak tanah/kerosene, diesel) akan membebaskan gas carbon dioxide, tenaga dan “wap air”. Daripada gambarajah di atas, titisan larutan yang tidak berwarna di bahagian dalam dinding bikar itu adalah air. Ini kerana ia dapat disahkan dengan menyapukan kertas kobalt klorida kontang kepada titisan-titisan itu. Hasilnya, ia akan berubah warna daripada biru kepada merah jambu.


3. Bahan berbeza menunjukkan sifat penebat haba yang berbeza (Different materials have different abilities to act as heat insulators) - Chapter 7 Form 1


ketiga-tiga rod ini merupakan bahan penebat haba. Namun, yang manakah merupakan penebat haba paling baik? Penebat haba yang baik mestilah mempunyai sifat lambat menyerap haba. Untuk menguji ketiga-tiga rod ini, kita boleh menggunakan kertas kobalt klorida lembap sebagai bahan penguji. Kertas ini berwarna merah jambu dalam keadaan basah. Oleh itu, ia akan bertukar warna kepada biru apabila kertas itu telah kehilangan air kesan daripada penyejatan ke udara persekitaran. Rod yang lebih panas akan menyebabkan molekul-molekul air pada kertas tersebut lebih cepat menyejat keluar. Dengan itu, rod yang mempunyai kertas kobalt klorida lembap yang paling lambat berubah warna daripada merah jambu kepada biru merupakan bahan penebat haba paling baik.

Satu perkara lagi yang sering mengelirukan pelajar ialah perbezaan ujian penentuan antara air dengan air tulen. Air tulen (pure water) juga merupakan sejenis air. Oleh itu, air tulen juga boleh menukarkan warna kertas kobalt klorida kontang dan serbuk kuprum (II) sulfat. Dengan itu, kedua-dua bahan ini bukanlah bahan yang boleh menguji ketulenan air! Kaedah yang biasanya digunakan untuk menguji ketulenan air ialah dengan memeriksa takat beku dan takat didihnya (freezing point and boiling point). Air yang tulen mempunyai suhu O°C pada takat beku dan 100°C pada takat didih.

Cukup sehingga di sini sahaja dahulu. Jika memerlukan penjelasan lebih lanjut, sila kemukakan komen anda.



Assalamualaikum wbt & salam semua,


Saya baru jer selesai meng’upload’ set-set soalan trial pmr utk beberapa subjek. Anda boleh dapatkan soalan Science, Mathematics, Sejarah, BM, dan Pendidikan Islam. Pastikan komputer anda mempunyai perisian Adobe Reader kerana semua set soalan tersebut adalah dalam format “pdf”. Senarai ini boleh didapati di pautan sebelah kanan —–>

Semua set soalan tersebut adalah dari Perak. Kami baru shj selesai trial minggu lepas. Buka sekolah sahaja nanti, semua result perlu dikemaskini dan dihantar. (Nampaknya, cuti ini bukanlah ‘cuti’ bagi kami guru2 pmr … Xp )

Buat masa ini, hanya 5 subjek sahaja yg dpt dimasukkan ke dlm blog ini. Dan, hanya Science & Maths sahaja mempunyai skima pemarkahan. Yg lain, InsyaALLAH akan menyusul kemudian. Lagipun, guru2 yg lain tgh giat menanda kertas masing2. Tak elok lah kalau saya pula sibuk2 dapatkan skima jawapan dpd mereka.

Takde ke sape2 yg nak join kongsi kertas percubaan negeri2 lain? Hantarkan ke email saya di abiat07@yahoo.com

Sama2lah kita berkongsi ilmu agar semua orang mendapat manfaat bersama. Tak rugi kongsi ilmu. Lagipun, kalau nak sedekah harta, mungkin kita tak berupaya. Inilah mungkin bentuk sumbangan kita yg dapat diberikan kepada mereka2 yg memerlukan!

Kalau boleh lampirkan sekali dengan skima jawapan.


OK … jumpa lagi ……. :>