Cikgu Nurul's Blog

Blog Pembelajaran Sains PMR

Print

Sekarang ni, saya masih lagi meneruskan usaha-usaha utk melampirkan kertas2 soalan trial. Pagi tadi, saya dah masukkan jawapan bagi trial pmr perak pendidikan islam, bahasa melayu dan sejarah.

InsyaALLAH selepas ini, saya akan masukkan pula trial bagi BAK PMR Perak. Cuma skema jawapan masih belum dapat lagi.

Buat masa ini, saya masih belum dapat mana-mana kertas soalan dari negeri lain kecuali sbp. Itupun utk sains dan matematik. Ada tak mana-mana guru atau pelajar yang boleh kirimkan soalan dari negeri lain? Sekarang ni, sudah ada beberapa negeri yang telahpun selesai menjalani trial pmr. Kongsikan kertas soalan anda di sini …….

Saya juga telah melampirkan pautan untuk perbincangan umum di ruangan “bincang di sini“. Oleh itu, kemukakan sebarang soalan atau apa sahaja pandangan untuk tatapan semua. Sila lihat di pautan sebelah ——->



Bukan itu sahaja. Jika anda perhatikan di pautan “nota detail“, terdapat pautan ke tajuk-tajuk tertentu, di mana saya telahpun menyediakan nota-nota yang sesuai untuk pembelajaran kendiri. InsyaALLAH saya akan sediakan pelbagai lagi bahan lain untuk membantu pembelajaran sains anda.

Malam tadi, cikgu dah dapat set2 soalan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dari pautan SM Sains Muzaffar Shah, Melaka. Mereka ada sediakan set soalan trial PMR & SPM. Untuk PMR, cuma ada set soalan Maths and Science. Tetapi bagi mereka yang ingin mendapatkan set soalan trial SPM, mereka sudah ada pelbagai mata pelajaran yang boleh didownload dari laman mereka di http://koleksisoalan.blogspot.com/


Walaubagaimanapun, di sini, saya ada sediakan pautan terus untuk mendapatkan kertas soalan trial Science dan Mathematics beserta jawapan untuk kemudahan anda semua. Sila lihat pautan "Bank Soalan SBP" di ruangan sidebar.

Assalamualaikum n salam buat semua,


Ini merupakan sambungan bagi Ujian Penentuan dalam Eksperimen. Kali ini, saya akan menerangkan tentang Ujian penentuan bagi air. Air merupakan larutan tidak berwarna (INGAT! kita TIDAK boleh mengatakan air adalah larutan berwarna putih!), tiada bau dan tiada rasa - water is colourless, odourless and tasteless. Walaubagaimanapun, di dalam makmal, bukan sahaja air mempunyai ciri-ciri seperti itu.

Fikirkan! Sekiranya anda diberi dua jenis bikar yang mengandungi larutan tidak berwarna. Bagaimanakah anda dapat menentukan yang mana satukah mengandungi air? Anda mungkin terfikir untuk memeriksa baunya terlebih dahulu bukan? Kaedah ini, bukanlah kaedah yang selamat. Ini kerana terdapat sesetengah larutan tidak berwarna yang boleh mengeluarkan gas kimia yang merbahaya (contohnya larutan ammonia).

Kalau begitu, bolehkah pula anda merasa kedua-dua larutan tersebut? ……. Ini juga bukan merupakan jalan terbaik untuk menentukan apakah jenis larutan yang terkandung dalam kedua-dua bikar itu! Malah, inilah langkah yang MESTI kita elakkan apabila berada di dalam makmal! Jangan cuba-cuba merasa mana-mana larutan yang ada di dalam makmal walaupun diberitahu dengan jelas bahawa larutan tersebut adalah “air”!! Kenapa? Ini kerana ditakuti, larutan tersebut telah tercemar oleh bahan beracun dan juga mikroorganisma merbahaya! Ingat! Makmal sains BUKANlah tempat yang selamat daripada pencemaran bahan kimia dan kuman!!

Kalau semua kaedah di atas tidak boleh digunapakai, apakah ada cara lain yang sesuai untuk menentukan jenis kedua-dua larutan tadi? Ya! Masih ada cara lain yang lebih selamat dan lebih berkesan untuk menentukan yang mana satukah di antara kedua-duanya adalah air. Di peringkat sekolah, terdapat 2 jenis bahan yang boleh digunakan untuk menguji kehadiran air dalam sesuatu bahan. Kita boleh memilih sama ada mahu menggunakan:

kertas kobalt klorida kontang (dry cobalt chloride paper), atau
serbuk kuprum (II) sulfat kontang (anhydrous crystal of copper (II) sulphate)


Kertas Kobalt Klorida Kontang (Dry cobalt chloride paper)


Sebelum menguji larutan dengan menggunakan kertas ini, kita mesti pastikan ia berada dalam keadaan kering. Ini bermakna, tangan kita juga mesti kering. Kertas ini berwarna biru muda. Ia kelihatan hampir sama dengan kertas litmus biru. Walaubagaimanapun, kedua-duanya adalah berbeza dari segi bahan kimia yang terkandung di dalamnya. Kertas kobalt klorida diperbuat daripada serbuk kobalt klorida. Manakala, kertas litmus diperbuat daripada pewarna kulampair atau juga disebut liken (lichen).

Kobalt klorida adalah bahan yang sangat sensitif terhadap kewujudan air. Oleh itu, apabila ia didedahkan kepada air, ia akan segera bertukar warna kepada merah jambu (pink). Oleh itu, jika kita celupkan kertas kobalt klorida kontang ke dalam larutan yang tidak mengandungi air, ia tidak akan mengubah warna biru kertas tersebut.

Ringkasan:
Ujian kertas kobalt klorida kontang dengan air:
bertukar warna dari biru muda kepada merah jambu (change colour from blue to pink)
Ujian kertas koblat klorida kontang dengan larutan BUKAN air:
warna kertas kobalt klorida tidak berubah (the blue colour of cobalt chloride paper does not change)
Ujian kertas kobalt klorida kontang dengan larutan yang bercampur dengan air:
warna kertas kobalt klorida akan bertukar dari biru muda kepada merah jambu

Kertas ini sangat sensitif kepada bahan yang mengandungi air. Oleh itu, jika kita menguji kertas ini dengan sebarang larutan lain yang turut mengandungi air (contohnya: larutan alkohol cair, air garam dll.), ia akan turut berubah warna dari biru muda kepada merah jambu. Semakin banyak kandungan air dalam larutan tersebut, semakin cepat ia berubah warna kepada merah jambu.




Serbuk Kuprum (II) Sulfat Kontang (Anhydrous crystal of copper (II) sulphate)


Serbuk kuprum (II) sulfat kontang adalah serbuk kimia yang berwarna putih. Ia juga sangat sensitif kepada kehadiran air di sekelilingnya. Apabila ia terdedah kepada air, warna putih serbuk ini akan bertukar menjadi biru muda. Oleh kerana ia sangat mudah berubah warna, serbuk ini perlu disimpan di dalam bekas yang kedap udara.

Ringkasan:
Ujian serbuk kuprum (II) sulfat kontang ke atas air:
warna serbuk bertukar dari putih kepada biru muda (the white colour change to blue)
Ujian serbuk kuprum (II) sulfat kontang ke atas larutan bukan air:
warna putih serbuk ini kekal (the crystal remain white in colour)

Cara menguji larutan dengan menggunakan serbuk ini ialah dengan cara menitiskan larutan yang hendak dikenalpasti ke atas serbuk berkenaan. Gunakan piring penyejat (watch glass @ evaporating dish) yang kering dan bersih untuk meletakkan satu atau dua spatula serbuk kuprum (II) sulfat. Kemudian, titiskan beberapa titik larutan yang hendak diuji ke atasnya dan lihat perubahan yang mungkin terhasil. Walaubagaimanapun, jangan biarkan serbuk ini terdedah begitu lama kepada udara persekitaran. Ini kerana udara kita juga mengandungi wap air yang turut boleh mengubah warna putih serbuk ini kepada biru. Jika serbuk tersebut telah bertukar biru sebelum ujian dijalankan, JANGAN BUANG! Panaskan ia secara perlahan-lahan sehingga warnanya berubah kembali kepada putih.


Berdasarkan dua penerangan di atas, anda mempunyai pilihan untuk menjalankan ujian yang mana satu antara dua bikar mengandungi air. Tajuk ini sebenarnya mula dipelajari dalam Science Form 2 (Chapter 5: Water and Solution). Antara eksperimen yang mungkin berkaitan dengan pengujian kehadiran air ialah:

1. Udara mengandungi air (Air contains water vapour) - Chapter 5 Form 1

larutan tidak berwarna yang terbentuk di luar tabung didih adalah air yang berasal daripada udara persekitaran. Ia dapat disahkan sebagai “air” kerana apabila disentuh dengan menggunakan kertas koblat klorida kontang, kertas itu akan berubah menjadi merah jambu.




2. Hasil daripada proses pembakaran hidrokarbon (The products of combustion of hydrocarbon) - Chapter 5 Form 1

pembakaran bahan hidrokarbon (bahan yang mengandungi unsur hidrogen dan karbon sahaja seperti bahan-bahan yang berasal daripada petroleum: minyak petrol, lilin, minyak tanah/kerosene, diesel) akan membebaskan gas carbon dioxide, tenaga dan “wap air”. Daripada gambarajah di atas, titisan larutan yang tidak berwarna di bahagian dalam dinding bikar itu adalah air. Ini kerana ia dapat disahkan dengan menyapukan kertas kobalt klorida kontang kepada titisan-titisan itu. Hasilnya, ia akan berubah warna daripada biru kepada merah jambu.


3. Bahan berbeza menunjukkan sifat penebat haba yang berbeza (Different materials have different abilities to act as heat insulators) - Chapter 7 Form 1


ketiga-tiga rod ini merupakan bahan penebat haba. Namun, yang manakah merupakan penebat haba paling baik? Penebat haba yang baik mestilah mempunyai sifat lambat menyerap haba. Untuk menguji ketiga-tiga rod ini, kita boleh menggunakan kertas kobalt klorida lembap sebagai bahan penguji. Kertas ini berwarna merah jambu dalam keadaan basah. Oleh itu, ia akan bertukar warna kepada biru apabila kertas itu telah kehilangan air kesan daripada penyejatan ke udara persekitaran. Rod yang lebih panas akan menyebabkan molekul-molekul air pada kertas tersebut lebih cepat menyejat keluar. Dengan itu, rod yang mempunyai kertas kobalt klorida lembap yang paling lambat berubah warna daripada merah jambu kepada biru merupakan bahan penebat haba paling baik.

Satu perkara lagi yang sering mengelirukan pelajar ialah perbezaan ujian penentuan antara air dengan air tulen. Air tulen (pure water) juga merupakan sejenis air. Oleh itu, air tulen juga boleh menukarkan warna kertas kobalt klorida kontang dan serbuk kuprum (II) sulfat. Dengan itu, kedua-dua bahan ini bukanlah bahan yang boleh menguji ketulenan air! Kaedah yang biasanya digunakan untuk menguji ketulenan air ialah dengan memeriksa takat beku dan takat didihnya (freezing point and boiling point). Air yang tulen mempunyai suhu O°C pada takat beku dan 100°C pada takat didih.

Cukup sehingga di sini sahaja dahulu. Jika memerlukan penjelasan lebih lanjut, sila kemukakan komen anda.



Assalamualaikum wbt & salam semua,


Saya baru jer selesai meng’upload’ set-set soalan trial pmr utk beberapa subjek. Anda boleh dapatkan soalan Science, Mathematics, Sejarah, BM, dan Pendidikan Islam. Pastikan komputer anda mempunyai perisian Adobe Reader kerana semua set soalan tersebut adalah dalam format “pdf”. Senarai ini boleh didapati di pautan sebelah kanan —–>

Semua set soalan tersebut adalah dari Perak. Kami baru shj selesai trial minggu lepas. Buka sekolah sahaja nanti, semua result perlu dikemaskini dan dihantar. (Nampaknya, cuti ini bukanlah ‘cuti’ bagi kami guru2 pmr … Xp )

Buat masa ini, hanya 5 subjek sahaja yg dpt dimasukkan ke dlm blog ini. Dan, hanya Science & Maths sahaja mempunyai skima pemarkahan. Yg lain, InsyaALLAH akan menyusul kemudian. Lagipun, guru2 yg lain tgh giat menanda kertas masing2. Tak elok lah kalau saya pula sibuk2 dapatkan skima jawapan dpd mereka.

Takde ke sape2 yg nak join kongsi kertas percubaan negeri2 lain? Hantarkan ke email saya di abiat07@yahoo.com

Sama2lah kita berkongsi ilmu agar semua orang mendapat manfaat bersama. Tak rugi kongsi ilmu. Lagipun, kalau nak sedekah harta, mungkin kita tak berupaya. Inilah mungkin bentuk sumbangan kita yg dapat diberikan kepada mereka2 yg memerlukan!

Kalau boleh lampirkan sekali dengan skima jawapan.


OK … jumpa lagi ……. :>