Cikgu Nurul's Blog

Blog Pembelajaran Sains PMR

Print

Salam semua,


Sebelum ini cikgu ada mengeluarkan posting tentang pentingnya kita memulakan proses mengulangkaji pelajaran lebih awal. Terutamanya kepada para pelajar yang bakal menduduki peperiksaan pada tahun hadapan.

Malah, pada posting itu juga, cikgu telah menerangkan bahawa memulakan study lebih awal akan memudahkan anda menemui kaedah belajar yang sesuai dgn jiwa anda sendiri. Oleh itu, di sini cikgu akan terangkan pula beberapa kaedah belajar yang mungkin boleh anda praktikkan dan lihat keberkesanannya.

Walaubagaimanapun, adalah diingatkan agar mencuba satu-satu kaedah itu dalam tempoh yang lama. Contohnya, lakukan percubaan selama 2 minggu atau sebulan. Anda tidak akan menjumpai kaedah yang sesuai sekiranya hanya mencubanya selama beberapa hari atau sekitar seminggu sahaja. Ingat tu!

Contoh-contoh kaedah belajar:

  1. membaca buku dan tulis nota kecil serentak. Sambil baca buku, tulis nota-nota penting dalam kertas. Ayat tidak perlu terlalu panjang. Hanya masukkan perkataan-perkataan penting sahaja. Boleh tulis nota ringkas ini dalam buku kecil atau kertas yang diselit/ distapler ke muka surat berkenaan.

  2. tukar nota 2 page kpd 1 pg, kemudian tukar lagi ke 1/4 pg. Caranya, mula-mula buat nota tentang sesuatu topik kecil sebanyak 2 page atau lebih. Masukkan segala maklumat berkaitan dari pelbagai sumber (pelbagai buku atau guru). Kemudian, tulis semula nota yang lebih ringkas daripada nota asal dan kecilkan kepada 1 page sahaja. Lastly, kecilkan lagi! nota tadi sehingga muat 1/4 page sahaja.

  3. study guna buku kerja/ set soalan shj. Cari buku kerja (sama ada topikal atau set soalan) di pasaran dan jawab semua soalan. Bincang dgn guru atau rakan jika ada soalan yang tidak dapat dijawab. Boleh rujuk buku dan jawapan. Habis satu buku, jgn berhenti! Sebaliknya cari lagi buku kerja/ set soalan dari keluaran lain pula dan jawab semua. Kaedah ini sesuai utk mereka yang malas baca buku dan mudah mengantuk semasa membaca!

  4. jadi cikgu. Terpulang kepada anda sama ada lakukan kaedah ini dgn rakan atau bersendirian. Yg penting ada whiteboard/ blackboard kat bilik study. First, baca dulu satu-satu topik dan fahamkan. Then, terangkan semula topik itu menggunakan whiteboard. Kaedah ini sgt sesuai utk study maths!

  5. kongsi study ngn kwn. Cari 2 atau 3 org kawan lagi. Suruh mereka pilih topik dan study topik itu sendiri. Jangan bagi topik yang terlalu besar! Kemudian, bergilir-gilir terangkan semula topik masing-masing. Sediakan juga soalan (cari dlm buku) utk dibincangkan bersama.

  6. rakam cikgu mengajar. Jika anda ada walkman (kaset) dan perakam, rakam semua maklumat yang cikgu ajar dlm kelas. Pulang ke rumah dan ulang-dengar sambil mencatat isi-isi penting/ nota. Untuk pengetahuan, 40 - 60% yang diperkatakan oleh guru dlm kls tidak ada dlm buku. Oleh itu, kaedah ini sgt sesuai terutamanya jika anda ada guru yang suka memberi penerangan yang panjang dan jelas tentang topik yang diajar. Ingat! Buku teks/ rujukan hanya memuatkan isi penting shj!

  7. study sambil berjalan. Mungkin anda rasa pelik. Macam mana nak study sambil berjalan ya?! Jika anda ada ruang yang luas di rumah atau di sekitar rumah, gunakan peluang itu untuk membaca/ study/ hafal sambil berjalan perlahan-lahan.Jgn beri tumpuan selain kpd nota yang dibaca shj. Walaubagaimanapun, anda mesti sudah biasa dgn tmp tersebut supaya tidak berlaku sebarang masalah. Kaedah ini sebenarnya sangat berkesan. Kalau tak percaya, cubalah!! Elakkan juga daripada memilih tempat yang terlalu banyak barang yang boleh menghalang laluan.

  8. tampal nota pd dinding. Sambil study, buat nota ringkas menggunakan kertas putih atau yang berwarna lembut (pale yellow, pale blue, pale pink, pale green) dan tulis guna marker atau magic pen. Gunakan hanya 2 atau 3 jenis warna shj pada setiap page. Tampal nota-nota ini ke dinding tempat ada study. Baca nota-nota yg tertampal ini selalu. Paling sesuai utk nota ringkas atau berbentuk peta minda. Gunakan saiz tulisan yang lebih besar agar mudah dibaca. Kaedah ini sgt sesuai utk hafal formula maths.

  9. tukar nota kpd btk lagu. Jika anda peminat muzik, gunakan kebolehan anda ini utk menukar lirik lagu kpd nota. Nyanyikan selalu sehingga anda terhafal dgn sendirinya.

  10. baca buku + jwb soalan. Setiap kali anda baca topik kecil, sesudahnya anda akhiri dgn mencari pelbagai soalan berkaitan dgn topik tersebut. Kemudian, baca lagi topik kecil yang lain dan akhirnya cuba jawab semua soalan yang berkenaan dgn topik itu. Begitulah ia diulang-ulang selalu.

  11. ulang latihan yang sama. Setiap hari, jawab soalan dari buku kerja atau buku set soalan tanpa menanda pada buku tersebut. Seminggu atau 2 minggu kemudian, jawab semula semua soalan yang sama. Ulang seberapa banyak yang dapat. Contohnya, pada hari pertama anda jawab latihan di m/s 1. Esoknya, di m/s 2. Lusa pula, di m/s 3. Masuk hari ke-8, anda jawab semula soalan dari m/s 1 hingga 7.

Sebenarnya, ada lagi kaedah-kaedah lain utk study. InsyaALLAH, cikgu akan masukkan ia dlm posting akan dtg.

Perlu diingat, utk anda benar-benar dikatakan "STUDY", ada formula utk diikuti. Iaitu:

STUDY = HAFAL + FAHAM



Jika anda tidak dapat ikuti formula ini, anda belum betul-betul "STUDY"!! Anda mungkin hanya sekadar baca buku (macam baca buku novel) atau buat kerja rumah. Apa yang anda pelajari tidak akan mudah lekat dalam jiwa. Oleh itu, anda mesti HAFAL dan FAHAM! Barulah kemudiannya, anda akan dapat menguasai topik yang sedang anda study itu.

Cikgu selalu katakan pada pelajar-pelajar cikgu: "Macam mana anda boleh membaca? Adakah lahir sahaja ke dunia atau masuk sahaja ke sekolah, anda terus boleh membaca??"

Semuanya bermula dengan anda menghafal A hingga Z. Betul tak?

Ketika itu, anda fahamkah apa itu "A"? Kenapa lepas "A" ada "B", bukan "C"? Ada atau tidak sesiapa yang menerangkan kpd anda kenapa lepas "A" ada "B"? - Tiada siapapun kan! KECUALI, anda ada bertanya soalan seperti ini!! Itupun, mungkin ramai yg fed-up ngn anda yg 'byk tanya' :-D

Utk study, kita memang perlu menghafal dan kemudian barulah kita cari jawapan utk fahamkan. Itupun, bukan semua perkara perlu anda faham! Jangan buang masa anda untuk cuba memahami sesuatu topik terlalu mendalam. Ini kerana setiap tingkat peperiksaan, ada had sempadan pengetahuan yang boleh diuji. Ada sesetengah perkara pula, hanya perlu dihafal tanpa perlu difahami. Sebagai contoh, anda hanya perlu hafal bahawa medan magnet boleh menghasilkan arus aruhan dan voltan teraruh. Tetapi, bagaimana ia berlaku, tidak akan ditanya dalam PMR. Oleh itu, untuk apa anda berusaha mencari jawapannya bermati-matian? (walaubagaimanapun, tidak salah untuk anda mencarinya - sekadar sebagai pengetahuan).

Untuk HAFAL, ia datangnya dari usaha anda sendiri. Manakala, utk FAHAM, anda perlu sering bertanya guru dan berbincang dgn rakan-rakan. Jangan biarkan sesuatu yang tidak difahami terpendam begitu sahaja tanpa usaha untuk menyelesaikannya. Ini kerana, semakin lama jumlahnya semakin banyak dan boleh mempengaruhi kefahaman anda tentang topik seterusnya yang mungkin berkaitan. Apabila dari awal lagi anda tidak faham dan tidak mahu menyelesaikannya, sudah pasti pelajaran2 seterusnya akan menjadi semakin sukar untuk difahami.

to be continue .......

Hai,

Sekarang nih, saya dalam proses memindahkan kesemua bahan-bahan saya di dalam WordPress (WP) ke dalam blog nih (macam pindah rumah lak rasanya... ). Mungkin proses ni akan memakan masa yang lama. So, harap bersabar.

Walaubagaimanapun, saya masih akan tetap mengunjungi WP jika masih terdapat komentar dari pengunjung di sana. Dan saya hanya akan tutup akaun saya di sana setelah selesai semua proses pemindahan. Ini bermakna, kebanyakan posting di sini adalah berasal dari WP dan saya akan jarang-jarang menghantar posting baru. So, untuk sementara ini, anda bolehlah berborak dengan saya di ruangan sembang-sembang atau bersembang dengan pengunjung-pengunjung yang lain.

Hmm... apa pandangan anda tentang blog saya di sini? Hantarkan komen anda di posting ini (klik perkataan comments di bawah posting ini). Jika ada cadangan yang baik, mungkin boleh saya aplikasikan di sini. Di peringkat awal ni, bolehlah saya ubah apa-apa yang patut pada blog ini. Tapi, bila semuanya dah settle (dah siap berpindah), mungkin susah untuk saya ubah apa-apa. So, berikan komen anda!

bye...


Salam semua,


Saya sebenarnya tak sangka masih ada yang berminat untuk mendapatkan beberapa set soalan percubaan yang saya lampirkan di sini walaupun peperiksaan pmr telah berakhir beberapa minggu yang lalu. Mungkin golongan yang memohon kertas-kertas tersebut datangnya dari pelajar atau ibubapa pelajar bakal calon PMR 2009 atau seterusnya.

Ramai yang memohon dihantar melalui email. Walaubagaimanapun, kaedah ini jauh lebih lambat daripada mereka download sendiri dari pautan yang disediakan. Sesetengah fail tersebut bermuatan tinggi sehingga sukar untuk didownload.

Oleh itu, saya telah membuka peluang untuk anda mendapatkan kesemua set-set soalan tersebut yang dihantar melalui POS pada harga RM 20 bagi 3 set untuk kos cetakkan dan penghantaran. Tetapi, jika anda mahukan semuanya FREE, sila download sendiri.

Pilihan set boleh dibuat merujuk kepada kolum: (Sila scroll down ke bhg bwh sidebar di sebelah sehingga anda jumpa tajuk-tajuk berikut)

  1. Bank Soalan SBP
  2. Trial Negeri Lain
  3. Trial Negeri Perak 2008

1 set soalan mungkin terdiri daripada Kertas 1, Kertas 2 dan Jawapan bergantung kepada yang tercatat pada kolum tersebut. Contohnya, anda memerlukan kertas sains dari Terengganu, Kelantan dan kertas matematik dari SBP. Oleh itu saya akan membekalkan ada kertas-kertas soalan seperti berikut (warna yang sama menunjukkan ia dalam set yang sama):

  • Paper 1 Science Terengganu
  • Paper 2 Science Terengganu
  • Answer Science Terengganu
  • Paper 2 Science Kelantan
  • Answer Science Kelantan
  • Paper 1 Maths SBP
  • Paper 2 Maths SBP
  • Answer Maths SBP

Berikut adalah syarat-syarat membuat pembelian kertas percubaan pmr 2008 melalui POS



Sila baca terlebih dahulu syarat-syarat berikut sebelum membuat pembayaran. Jika anda tidak bersetuju dengan mana-mana syarat berkenaan, anda tidak boleh membuat pembelian.

  1. Anda TIDAK boleh membuat pesanan bagi kertas yang TIDAK terdapat dalam senarai kolum tersebut. Ini kerana, saya hanya memiliki kertas soalan seperti yang tercatat sahaja.
  2. Oleh kerana penghantaran dibuat melalui pos, saya tidak dapat menjamin kertas-kertas tersebut sampai dalam keadaan yang baik. Oleh itu, anda TIDAK SAMA SEKALI boleh meminta saya untuk menggantikannya dengan kertas lain yang lebih baik.
  3. Seperkara lagi, sesetengah kertas tersebut saya peroleh dalam keadaan fotostat yang berkali-kali. Oleh itu, ada kemungkinan kertas tersebut agak kurang jelas. Anda boleh bandingkan kualiti kertas yang anda terima nanti dengan yang terdapat dalam blog ini. Dengan itu anda TIDAK BOLEH menuntut kertas soalan yang lebih baik daripada yang ditunjukkan.
  4. Saya juga TIDAK AKAN bertanggungjawab kepada sebarang kerosakan, kehilangan atau kemusnahan barang-barang yang dihantar melalui POS. Sebaiknya anda periksa sendiri pejabat POS di tempat anda selepas 5 - 7 hari dari tarikh pengeposan (saya akan memaklumkan anda tarikh pengeposan melalui email, setelah saya mengeposnya).
  5. Saya TIDAK AKAN bertanggungjawab sekiranya anda GAGAL/ LUPA melengkapkan Borang Maklumat Pembayaran di bahagian Pembayaran di bawah.



Pembayaran



Pembayaran boleh dibuat melalui bank-in terus ke akaun saya (CIMB) 0814-0005007-52-2 atas nama Nurul Huda Binti Abdul Rahman.

Sudah bayar? Klik sini untuk mengisi Borang Maklumat Pembayaran.

InsyaALLAH, saya akan membuat urusan penghantaran bahan secepat yang mungkin dan tidak lebih daripada 2 minggu selepas menerima maklumat pembayaran anda.

Jika anda mempunyai sebarang masalah, sila hubungi saya di abiat07@yahoo.com.

Ini adalah tips-tips bagi para pelajar yang akan menduduki peperiksaan PMR 2009!

“Apa nak buat ya, untuk persediaan PMR tahun hadapan? Perlukah saya berehat sahaja dulu dan tunggu hingga sesi persekolahan 2009 bermula?“

Jangan tunggu!!

Kalau anda mahu berjaya, mulakan dari sekarang. Jika tidakpun, anda boleh gunakan cuti semester hujung tahun ini untuk memulakan langkah kejayaan anda tahun hadapan. Jangan tunggu-tunggu lagi!…

“Habis tu, nak buat apa? Perkara apa yang perlu saya lakukan sekarang? Terus baca buku macam sebelum inikah?”

Cuti … oh … cuti. Beberapa hari lagi, kita akan mula cuti sekolah akhir tahun. Mungkin ketika ini, ada yang masih study untuk peperiksaan akhir tahun yang sedang dijalankan. Namun, biarlah cikgu berikan beberapa tips berguna untuk anda membuat persediaan bagi tahun hadapan.

Bagi mereka yang masih di Tingkatan 1, anda mempunyai banyak peluang untuk berusaha. Elakkan menunggu hingga hujung tingkatan 2 atau tingkatan 3 nanti. Semakin awal anda mulakan langkah, semakin mudah untuk anda melakukan persediaan. Malah, anda mempunyai banyak peluang untuk mengubah cara study agar sesuai dengan diri anda.

Sebenarnya, ramai yang kurang berjaya kerana mereka tidak study dengan cara yang sesuai mengikut keupayaan masing-masing. Dengan kata lain, mereka gagal dalam strategi untuk berjaya! Tak guna anda baca buku ‘berpeluh-peluh’ dan ‘bertimbun-timbun’, jika itu bukan kaedah sesuai dengan diri anda. Nak berjaya ni, bukan ada 1 cara sahaja. Ada macam-macam cara yang boleh kita cuba. Semakin awal kita cari kaedah yang sesuai, semakin mudah anda jumpa yang serasi dengan jiwa anda. Kekuatan kita juga tidak sama. Ada yang jenis ‘cepat pick-up’, ada yang ’slow’, ada yang mudah faham tapi mudah lupa, ada yang susah nak faham tapi cepat ingat. So, kita semua dilahirkan dalam keadaan kekuatan minda yang tidak sama.

Cikgu tak pernah percaya apabila ada orang mengatakan otak kita ni sama jer bila dilahirkan! Siapa kata? Cuba buktikan!!

Kita memang dilahirkan dengan kemampuan otak yang tak sama. Oleh itu, cara usaha kita juga berbeza. Jangan sedih jika anda dari golongan yang lambat dari segala-gala segi. Jika anda ada kemahuan, percayalah! anda masih mampu memperoleh kejayaan. Cuma anda mungkin memerlukan usaha yang lebih hebat dari orang lain. Mungkin dari sinilah ALLAH beri anda peluang untuk menambahkan pahala (setiap orang ALLAH beri peluang tambah pahala dalam perkara yang berbeza - maka berbeza jugalah cabaran yang dihadapi setiap orang).

“Orang yang ‘kurang’ MESTI berusaha lebih, manakala orang yang ‘lebih’ TIDAK perlu lagi berusaha lebih.” Itu maksud cikgu.

Di sini, cikgu perturunkan perkara-perkara yang boleh anda lakukan sepanjang cuti sekolah nanti. Jika anda nak berjaya, pastikan anda cuba ikuti perkara-perkara ini lebih awal:

  1. Beri masa untuk diri anda berehat sebaik cuti sekolah bermula. 3 hari adalah mencukupi untuk masa berehat. Kemudian, rancang apa yang anda mahu lakukan untuk mula study

  2. Sediakan jadual study. 3 subjek sahaja dalam satu hari. Paling kurang, 2 subjek dalam satu hari

  3. Tetapkan waktu untuk anda berehat/ menonton rancangan kegemaran/ makan/ beriadah/ tidur/ bantu ibubapa. Kemudian, isikan masa yang berbaki untuk study. Jangan paksa diri anda untuk study pada waktu-waktu yang tidak sesuai. (Jadual study anda akan terganggu jika bertindan dengan perkara-perkara yang boleh mengganggu konsentrasi anda).

  4. Tetapkan masa rehat/ tonton tv/ riadah/ tidur yang memadai sahaja. Jika anda ada banyak rancangan tv yang disukai, hadkan kepada rancangan tv tertentu sahaja. Pendekkan masa riadah anda jika ia lebih dari 2 jam kecuali jika beriadah hujung minggu

  5. Tidur seawal yang mungkin dan bangun seawal yang boleh untuk study di waktu pagi (sebelum subuh). Ini adalah waktu yang paling sesuai untuk study dengan tenang. Diperingkat awal, anda mungkin akan rasa mengantuk. Tak apa… cuba juga! Lambat laun, anda akan berjaya mengatasi rasa mengantuk bangun pagi.

  6. Cari buku-buku berkenaan cara study, motivasi belajar dan resepi kejayaan orang lain di pasaran

  7. Cuba pelbagai teknik belajar dan bandingkan yang mana lebih mudah ‘masuk’ dengan diri anda

  8. Elakkan baca buku sambil baring (jauhkan diri dari katil anda!)

  9. Jika rasa mengantuk, buat aktiviti memanaskan badan. Kemudian, sambung study semula

  10. Lawan perasaan bosan/ mengantuk/ penat/ sakit kepala dengan NEKAD untuk study. Berkatalah dari diri: “SAYA NAK STUDY! SAYA NAK STUDY! SAYA NAK STUDY!!!” - cikgu pernah lihat, ada orang melompat-lompat, genggam tangan dan hentak-hentak genggaman dalam udara semata-mata NAK STUDY. Ada kalanya, anda memang perlu paksa diri anda study! Tetapi, bila dah study, jangan study dalam keadaan tensyen. Relaks dan tanamkan perasaan happy

  11. Jangan hiraukan apa-apa yang berlaku di sekeliling anda kecuali yang mendatangkan bahaya. Jika anda dapat melakukan ini dengan jayanya, ini bermakna anda sebenarnya memang boleh study dalam keadaan bising

  12. Buat tak tau/ cakap dengan sopan “SAYA SEDANG STUDY”, kepada rakan/ adik beradik yang mengajak anda berborak. KECUALI dengan ibubapa atau orang yang lebih tua! Tak mengapa jika kita sombong ketika kita mahu study (ini pandangan cikgu sendiri ya… :-D ) - jangan sombong di waktu lain udah lee!

  13. Mulakan dengan makan & minum sedikit, kemudian doa, seterusnya study

  14. Study topik-topik bermula dari tingkatan 1 dan beri tumpuan pada perkara-perkara yang sukar difahami. Jika ada yang kurang faham, salin perkara yang tidak difahami itu untuk ditanya pada guru kemudian hari. Lagi baik jika anda berhubung dengan guru anda selalu sama ada melalui hp, email atau boleh juga kemukakan di blog cikgu ini. Anda boleh tanya soalan melalui ruangan “sembang-sembang” atau “forum cikgu nurul”

  15. Study yang baik ialah apabila anda mempunyai buku catatan kecil yang memuatkan perkara-perkara penting dan soalan-soalan yang boleh anda tanya kemudian. Bawa buku ini kemana sahaja anda pergi

  16. Lepas study topik tertentu, cuba cari soalan-soalan berkenaan topik tersebut dan cuba jawab. Jawab dalam kertas lain, jangan dalam buku tersebut. Seminggu atau 2 minggu selepas itu, cuba jawab sekali lagi soalan-soalan yang sama

  17. Study dengan hati yang tenang. Jangan paksa diri, jika anda tidak faham sesuatu topik. Cuba jawab soalan untuk topik berkenaan bagi mengetahui di mana sudut yang menyebabkan anda tidak faham. Sebenarnya ramai pelajar mengatakan tidak faham sesuatu topik itu sedangkan perkara itu sememangnya TIDAK perlu difahami! Jika topik yang tidak difahami itu telah menyebabkan anda gagal juga menjawab soalan berkenaan, pindah ke topik yang seterusnya. Jangan tunggu hingga anda betul-betul faham, baru tukar ke topik lain. Tak mengapa sekiranya anda mengabaikan topik tertentu. Tapi, jika terlalu banyak topik yang tidak difahami, ambil peluang untuk berbincang dengan guru/ rakan/ blog saya sendiri! Adalah lebih baik sekiranya anda tandakan halaman berkenaan untuk dirujuk semula dikemudian hari

Apa yang cikgu senaraikan di atas, hanya sekadar panduan semata-mata. Tanyalah diri sendiri: “AKU INGIN BERJAYA?” Jika “YA”, lakukan sesuatu ke arah itu. Paling utama anda mesti ada NEKAD yang SANGAT KUAT. Semua cadangan cikgu di atas tidak akan mendatangkan hasil jika anda ada keinginan tetapi anda tidak ada nekad!! Fikirkan…

Tiada sesiapa yang mampu membuatkan anda “study”. Hanya diri anda sahaja yang boleh paksa diri anda study. Ingat!… ramai orang sukar study hanya diperingkat awal sahaja. Selepas 1 jam atau 2 jam study berterusan (tanpa henti), dia akan mula rasa konsentrasi untuk study. Oleh itu, kuatkan azam dalam masa 1 hingga 2 jam pertama itu. Elakkan study dalam keadaan asyik terhenti-henti (pergi minum air laa… pasang radio laa… borak sekejap laa… dll. X-P )



Amalkan juga senaman/ sukan/ riadah kerana ia boleh menyebabkan badan anda segar dan bertenaga untuk study nanti. Walaubagaimanapun, jangan keterlaluan sehingga anda keletihan dan tak mampu memulakan study.

Banyakkan amalan doa/ wirid-zikir/ baca qur’an/ solat hajat @ sunat2 yang lain. Jangan lupa, jaga perhubungan anda dengan orang lain terutamanya dengan ibubapa. Minta bapa anda doakan kejayaan anda dalam pelajaran. Cikgu pernah terdengar bahawa doa bapa kita makbul untuk perkara-perkara dunia/ rezeki/ perkara-perkara baik, WALLAHU’ALAM.

Ubah sikap anda sekiranya anda seorang yang:

  1. mudah marah-marah

  2. cepat buruk sangka/ selalu berfikiran negatif terhadap orang lain

  3. pendendam/ cepat sakit hati/ mudah terasa/ mudah benci orang lain

  4. cerewet/ berfikiran sempit/ selalu doakan keburukan atas orang lain

  5. sukar terima pandangan orang lain

  6. tidak boleh terima orang lain mengatakan kekurangan anda atau keburukan anda (memangla pedih nak terima kenyataan tetapi, sebaiknya diamkan sahaja - lagi baik jika anda dapat mengiakan semuanya)

  7. mahu orang lain menyantuni anda dengan baik sedangkan anda tidak kisah cara anda berinteraksi dengan orang lain

“Eh… apa kaitan perkara di atas dengan topik kita sekarang ini??”

7 perkara di atas itu adalah penting untuk cara anda menangani hubungan dan interaksi dengan orang lain. Jika anda tiada masalah-masalah seperti di atas, insyaALLAH, hati anda lebih bersih dan mudah menerima pelajaran!


OKla….. Selamat Study Semua …..


Salam semua,

Kepada mereka yang telahpun menduduki PMR 2008, saya ucapkan tahniah. Mungkin sekarang ini, anda semua sedang berehat-rehat menenangkan fikiran. Berehatlah….. tetapi, jangan sampai melampaui batas. Elok juga anda merancang bersama-sama rakan atau keluarga untuk melawat beberapa tempat menarik. Berkelah juga sesuai dilakukan sekarang. Sambil berendam dalam air, ia dapat mengendurkan semula ketegangan otot, saraf dan salur darah yang telah berbulan-bulan kita gunakan untuk study sebelum ini.

Mungkin ada juga yang menggunakan waktu ini untuk membantu ibubapa di rumah menjaga adik dan menguruskan rumah. Apa-apapun, semoga semua aktiviti yang anda lakukan ketika ini membawa faedah kepada anda dan keluarga. Lagipun, sekarang bukan masanya untuk menghasilkan MASALAH-MASALAH yang tak sepatutnya anda lakukan - lepak, rempit, dating, clubing, party, drinking, smoking, etc. Ini semua bukan cara untuk anda gembirakan hidup anda!

Mungkin anda patut cuba jungle tracking atau kayak, rock climbing, atau juga any sport that are new to you. Warnai cuti anda dengan sesuatu yang anda boleh tersenyum puas dan ibubapa berbangga dengannnya.

Saya telah menerima beberapa email agar menyediakan jawapan kepada kertas 1 Science PMR 2008. Klik di sini.

Kepada yang memohon jawapan bagi kertas 2, saya mohon maaf kerana buat ketika ini, kita masih tidah boleh membawa keluar kertas tersebut. Oleh itu, saya tidak dapat menyediakan jawapannya.

InsyaALLAH, saya akan memasukkan ulasan bagi jawapan kertas 1 pada keluaran akan datang.

Harap maaf juga, buat masa ini, saya akan jarang-jarang menjengah blog ini. ‘Nak berehat sekejap’ - ‘Rest is the best medicine’. Oleh itu, ikuti perkembangan blog ini di sesi persekolahan tahun hadapan - 2009.

Kepada pelajar-pelajar yang akan menduduki PMR 2009, mulakan persediaan secara aggresif dalam waktu cuti ini. Elakkan menunggu sehingga persekolahan 2009 bermula. Persediaan awal adalah lebih baik kerana banyak perkara yang boleh kita lakukan untuk berjaya.

Alhamdulillah, segalanya telah selesai untuk sains pmr tahun ini.

Ramai pelajar saya mengatakan kertas 1 agak mudah. Saya juga beranggapan sama. Namun, saya risau juga jika ada yang cuai dlm menjawab soalan2 tersebut. Namun, untuk kertas 2, saya tak sempat bertanya khabar kpd pelajar saya. Kebetulan pula, waktu itu, saya dan guru2 yang lain sedang bermesyuarat tentang peperiksaan kemasukan ke tingkatan 1 yang akan dijalankan pada hari sabtu nanti.

Selepas ini, saya akan berhenti menguruskan blog ini dlm jangka waktu yg agak lama sehinggalah hujung tahun ini. Saya terpaksa mengutamakan pula pembelajaran saya sendiri (pjj) yg agak ketinggalan banyak. Tambah2 lagi, saya masih mempunyai satu lagi kelas sains dgn pelajar tingkatan 4.

Semoga bertemu lagi. InsyaALLAH, saya akan memasukkan input2 baru bagi Science PMR untuk persediaan tahun hadapan pula. Jumpa lagi…

Jika dilihat pada posting2 sebelum ini, terdapat permintaan agar pengunjung mendapatkan bahan2 tertentu di “Kolum Hijau”.

Sebenarnya, beberapa minggu yang lalu, saya telah melakukan pengubahsuaian kepada theme blog ini agar ia kelihatan lebih kemas dan teratur.

Oleh itu, Kolum Hijau ini telah diubah menjadi sidebar yang dapat anda lihat di sebelah kanan blog ini.

Perhatian kpd pengunjung blog yg dikasihi,

Memang terdapat begitu banyak permintaan utk mendapatkan kertas2 soalan trial dihantar melalui email masing2. Namun, sesetengah fail tersebut agak besar dan menyukarkan lagi proses downloading. Oleh itu, proses downloading melalui email adalah jauh lebih lambat daripada melalui pautan di sini.

Jika penghantaran dibuat melalui pos, ia memakan masa dan kos. Tambahan pula, PMR hanya tinggal beberapa hari sahaja.

Saya mencadangkan agar anda mendownloadnya di cyber cafe yang mana kelajuan internetnya tinggi.



### Selamat Menduduki Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) kepada semua calon 2008!! ###

Baru-baru ini, banyak juga email yang saya peroleh meminta pelbagai jenis kertas soalan percubaan dari pelbagai negeri. Namun, sejak akhir-akhir ini, saya hanya menerima beberapa set soalan science sahaja dari pelbagai negeri.

Terbaru sekali ialah set soalan sains dari negeri Pahang beserta dengan jawapan. Dapatkan downlaod ke pautan kertas-kertas tersebut di ruangan “trial negeri lain“. Skema pemarkahannya diberi dalam bentuk berasingan - jawapan kertas 1 dan jawapan kertas 2. Terima kasih kepada Cikgu Ismi dan beberapa orang guru serta pelajar di negeri lain yang sudi mengirimkan kertas soalan percubaan kepada saya.

Bukan itu sahaja. Seseorang telah mengirimkan kertas analisa soalan untuk subjek Pendidikan Islam. Ia adalah susunan jawapan mengikut tajuk-tajuk yang telah dibahagikan ke dalam bentuk yang mudah dibaca. Rasanya, rugi jika anda tidak mendapatkannya dan gunakannya sebagai bahan ulangkaji di saat-saat akhir seperti ini. Saya telah letakkannya di kolum “maklumat peperiksaan“.

Terima kasih kepada semua mereka yang sudi berkongsi bahan-bahan yang mereka miliki untuk kemudahan semua orang di sini. Jika ada pula yang berminat menjadi penulis jemputan untuk subjek sains (terutamanya) atau untuk subjek-subjek lain, bolehlah kirimkan email anda kpd saya melalui abiat07@yahoo.com

Sejak kebelakangan ini, saya cukup kurang mengirimkan penulisan saya di sini. Maaf la. InsyaALLAH, saya akan usahakan lagi pada masa-masa akan datang.

Salam semua,



Di sini, saya telahpun meng’upload’ lagi beberapa set soalan iaitu dari Terengganu dan Kelantan. Sila lihat di kolum hijau bertajuk “trial negeri lain”.

Walaubagaimanapun, saya hanya ada kertas 2 dari Kelantan. Oleh itu, kepada mereka2 yang mempunyai kertas 1 science dari Kelantan, sila hantarkan kepada saya melalui email : abiat07@yahoo.com
Jika anda berbesar hati untuk berkongsi kertas soalan yang tiada di blog saya ini tetapi tidak ada scanner atau kos men’scan’ di tempat anda sangat tinggi atau juga anda tiada masa untuk scan, sila contact saya di email di atas.

Untuk pengetahuan, beberapa kertas soalan berkenaan agak kurang berkualiti. Ini kerana, ia discan dari kertas photostat yang sememangnya sudah kabur. Ada antaranya, saya dah touch up serba-sedikit. Kalau ada yang masih sukar dibaca, sila contact saya di email yang sama dan nyatakan nama kertas soalan dan nombor soalan.

Untuk pengetahuan, ada antara jawapan dalam kertas permakahan percubaan pmr di sini yang salah/ kurang tepat. Oleh itu, jangan terlalu bergantung kepada jawapan yang disediakan. Jalan yang terbaik ialah rujuk pada guru masing2 atau bincangkan ia di sini. (Perbincangan kertas soalan percubaan di sini, adalah khas untuk subjek sains sahaja!)

Jika ada sebarang persoalan berkenaan subjek sains, sila berbincang di kolum “bincang di sini”. Walaubagaimanapun, insyaALLAH, saya akan pindahkan ruangan perbincangan ini ke tapak forum yang lebih luas. Dengan itu, kita boleh berbincang dengan menggunakan gambarajah atau media lain yang sesuai. Saya harap semua dapat menggunakan segala kemudahan yang disediakan di sini sebaik mungkin.

p/s: Jangan lupa, sertai ruangan “soal-selidik” yang terdapat dalam kolum hijau. Ia sangat berguna bagi saya untuk mengesan sebarang masalah yang mungkin timbul kepada pengguna blog ini. Malah, jika anda seorang guru sains atau yang berkaitan dengannya dan berminat untuk menjadi penulis jemputan dalam blog ini, bolehlah menghantarkan maklumat anda ke dalam soal-selidik tersebut.

Sebentar tadi, saya telah uploadkan kertas soalan science dari MRSM. Jawapan akan dimasukkan kemudian.

Kepada mereka-mereka yang tidak biasa dengan blog saya ini, sila lihat kolum hijau di sebelah kanan. Di situ, saya ada sediakan 3 jenis kolum untuk kertas soalan percubaan iaitu dari negeri perak, sbp dan negeri-negeri lain. Pilih mana2 tajuk yang dikehendaki. Ada di antaranya dibuka terus dalam format pdf. Oleh itu, komputer anda mesti ada perisian Adobe reader. Untuk save, hanya klik pada butang disket atau klik pada menu “file” dan kemudian klik “save”. Sesetengah yang lain pula dibuka melalui Box.net. Yang ini, boleh terus di’download’.

Bagi mereka2 yang masih bermasalah untuk membuka fail2 berkenaan. Sila hubungi saya di email abiat07@yahoo.com . Walaubagaimanapun, proses ni agak lambat.

Sambil2 mencari set soalan tu, try la pula flashvideo yang saya sediakan di kolum “science flashvideo”. Di situ, saya ada sediakan pelbagai flashvideo menarik yang mungkin dapat membantu anda memahami topik2 tertentu dalam sains. Jika anda tidak dapat mendownload video2 tersebut, hubungi saya dan nyatakan nama video berkenaan.

Sesekali, saya ada masukkan nota sains di dalam blog ini. Oleh itu, anda digalakkan melihat tajuk2 di ruangan “kiriman terkini” atau klik pada tajuk blog : Cikgu Nurul’s Blog. Anda boleh hantar sebarang komentar berkenaan tajuk berkenaan atau boleh juga bertanya di kolum “bincang di sini - sembang-sembang”.

Juga diharap, anda dapat menyertai survey di kolum “soal-selidik”. Survey ini adalah untuk mengetahui pola pengunjung blog saya dan mengetahui permasalahan yang mungkin ada sepanjang menggunakan blog ini. Dengan itu, dapatlah pula saya memperbaiki apa2 yang ada di dalamnya.

Salam semua,


Setelah hampir sebulan, saya lancarkan poll untuk mengetahui sejauh mana para pengunjung mengenali microorganisma yang dikenali sebagai HYDRA. Kini, saya akan bentangkan hasil analisis yang boleh menjadi panduan bagi semua terutamanya para pelajar tingkatan 1 hingga 3 yang akan menduduki peperiksaan PMR.

Berikut adalah paparan poll dan hasil undian yang telah dibuat:





Berdasarkan keputusan di atas, didapati semua peserta sedar bahawa hydra adalah sejenis organisma multisel (organisma yang mempunyai banyak sel pada tubuhnya). Namun, ramai yang masih tidak menyedari bahawa hydra adalah sejenis haiwan. Jika dilihat pada hasil undian di atas, jumlah peserta yang mengatakan bahawa hydra sejenis haiwan dan peserta yang mengatakan hydra sejenis tumbuhan hanyalah berbeza pada 1 mata undian sahaja. Sebenarnya, keadaan ini jugalah yang berlaku di dalam kelas.

Hydra adalah sejenis haiwan invertebrata aquatik dan mempunyai badan tidak berwarna (atau boleh juga dikatakan berwarna putih translucent). Ia biasanya hidup menempel di batu-batu atau batang pokok yang menjulur ke dalam air tasik, kolam atau sungai yang mengalir perlahan. Ia hidup dalam suasana air yang bersih.

Sebenarnya anda masih boleh melihat hydra jika anda menggunakan kanta tangan kerana saiznya hanyalah sebesar beberapa milimeter hingga 2 cm. Namun, untuk melihat struktur badannya dengan lebih jelas, sebaiknya, kita gunakan mikroskop cahaya yang biasa. Jika anda memiliki mikroskop ringkas yang kini ada dijual di sesetengah kedai buku ternama (saya pernah lihat di kedai buku MPH) yang berkuasa rendah, ia juga sesuai digunakan untuk memerhati sendiri struktur hydra (jalankan pemerhatian sendiri di rumah).

Ia adalah haiwan predator yang makan haiwan lain. Dengan menggunakan sesungut (tentacles), ia menangkap mangsanya (preys) dan bawa ke mulutnya yang terletak di tengah-tengah antara sesungutnya dan adakalanya menyengat mangsanya sehingga mati. Adakalanya juga, ia mendapatkan makanan daripada algae yang hidup di sekelilingnya.

Mungkin anda pernah melihat gambar foto hydra yang berwarna hijau. Ini bukan bermakna hydra mempunyai klorofil! Warna hijau ini adalah disebabkan algae yang hidup di dalam badannya secara simbiosis. Mungkin ada yang meragui akan fakta ini. Secara analogi, hubungan hydra dan algae ini hampir sama dengan hubungan kita dengan bakteria baik yang wujud dalam usus kita. Mungkin ada pula yang bertanya: Apa? dalam badan kita ada bakteria BAIK?? ……. Ya, dalam badan kita memang ada bakteria baik. Kerana itulah juga, kita digalakkan minum minuman yogurt dan susu kultur. Minuman2 ini sangat kaya dengan bakteria baik, contohnya Lactobacilus acidophilus, Lactobacilus bulgaricus dan streptococcus thermophilus. (Sebenarnya … saya baru sahaja selesai minum Marigold Yogurt Drink Mixed Berries. Sebab tulah, saya dapat senaraikan nama-nama bakteria ni … haa… haa… ).

Assalamualaikum wbt,



Kepada guru-guru Diniyah, saya baru jer masukkan pautan ke software (free) yg membolehkan cikgu2 masukkan petikan ayat Al-Qur’an dari surah pertama hingga akhir. Ia disertakan dengan tafsirnya dalam bahasa melayu. Perisian ini amat sesuai untuk mereka2 yang ingin membuat kertas soalan peperiksaan atau hand out dlm kelas. Ckgu2 tak perlu lagi taip ayat2 berkenaan; hanya pilih surah, kemudian dari ayat berapa hingga berapa. Juga boleh pilih tafsiran sahaja. Sila lihat di kolum hijau, bawah tajuk “free software” - qur’an in Word2003.

Saya dapat software ni masa guru2 pendidikan islam daerah saya buat kertas soalan peksa di makmal komputer saya. Oleh kerana saya yang uruskan keperluan mereka di dlm makmal tu, mereka berbesar hati bagi saya software tu. So, sekarang saya kongsikan pula dgn guru2 yg lain. Semoga banyak membantu ckgu2 dlm menjalankan tugas.

Perisian ini sesuai utk Microsoft Word 2003. Saya tak pasti kalau software ini juga boleh guna dgn MW yang lain atau tak. Saya belum pernah cuba lagi.

Install software ini seperti biasa. Kemudian, buka Microsoft Word. Anda akan dapati menu Al Quran di menu bar seperti dalam rajah di bawah:


Kalau menu Al Quran tak ada, try install semula dan restart komputer. Kalau ada masalah juga boleh hubungi saya. Tapi, kalau masalah timbul sebab anda pakai Microsoft Office versi lain, itu saya minta maaf awal2. Kalau klik menu ini, paparan berikut akan keluar, dan buatlah pilihan sendiri:

Sebagai contoh, jika anda klik pada “Get Ayat”, paparan ini akan keluar:


Kemudian, pilih sahaja mana ayat yang anda mahu.

Anda boleh sebarkan perisian ini kepada sesiapa sahaja yang memerlukan (kata2 inilah juga saya dpt kat tuan empunya perisian ini dulu… hee… hee…). InsyaALLAH, akan datang, saya akan masukkan folder berisi pelbagai jenis tulisan jawi pula. Tp, mungkin lambat lagi la…

Okla… cukup di sini sahaja dulu. Lagipun saya baru jer habis kelas tambahan form 3 (sambil ngadap komputer, sambil buat discussion dgn pelajar + pasang lagu utk mereka). Bye…

Sekarang ni, saya masih lagi meneruskan usaha-usaha utk melampirkan kertas2 soalan trial. Pagi tadi, saya dah masukkan jawapan bagi trial pmr perak pendidikan islam, bahasa melayu dan sejarah.

InsyaALLAH selepas ini, saya akan masukkan pula trial bagi BAK PMR Perak. Cuma skema jawapan masih belum dapat lagi.

Buat masa ini, saya masih belum dapat mana-mana kertas soalan dari negeri lain kecuali sbp. Itupun utk sains dan matematik. Ada tak mana-mana guru atau pelajar yang boleh kirimkan soalan dari negeri lain? Sekarang ni, sudah ada beberapa negeri yang telahpun selesai menjalani trial pmr. Kongsikan kertas soalan anda di sini …….

Saya juga telah melampirkan pautan untuk perbincangan umum di ruangan “bincang di sini“. Oleh itu, kemukakan sebarang soalan atau apa sahaja pandangan untuk tatapan semua. Sila lihat di pautan sebelah ——->



Bukan itu sahaja. Jika anda perhatikan di pautan “nota detail“, terdapat pautan ke tajuk-tajuk tertentu, di mana saya telahpun menyediakan nota-nota yang sesuai untuk pembelajaran kendiri. InsyaALLAH saya akan sediakan pelbagai lagi bahan lain untuk membantu pembelajaran sains anda.

Malam tadi, cikgu dah dapat set2 soalan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dari pautan SM Sains Muzaffar Shah, Melaka. Mereka ada sediakan set soalan trial PMR & SPM. Untuk PMR, cuma ada set soalan Maths and Science. Tetapi bagi mereka yang ingin mendapatkan set soalan trial SPM, mereka sudah ada pelbagai mata pelajaran yang boleh didownload dari laman mereka di http://koleksisoalan.blogspot.com/


Walaubagaimanapun, di sini, saya ada sediakan pautan terus untuk mendapatkan kertas soalan trial Science dan Mathematics beserta jawapan untuk kemudahan anda semua. Sila lihat pautan "Bank Soalan SBP" di ruangan sidebar.

Assalamualaikum n salam buat semua,


Ini merupakan sambungan bagi Ujian Penentuan dalam Eksperimen. Kali ini, saya akan menerangkan tentang Ujian penentuan bagi air. Air merupakan larutan tidak berwarna (INGAT! kita TIDAK boleh mengatakan air adalah larutan berwarna putih!), tiada bau dan tiada rasa - water is colourless, odourless and tasteless. Walaubagaimanapun, di dalam makmal, bukan sahaja air mempunyai ciri-ciri seperti itu.

Fikirkan! Sekiranya anda diberi dua jenis bikar yang mengandungi larutan tidak berwarna. Bagaimanakah anda dapat menentukan yang mana satukah mengandungi air? Anda mungkin terfikir untuk memeriksa baunya terlebih dahulu bukan? Kaedah ini, bukanlah kaedah yang selamat. Ini kerana terdapat sesetengah larutan tidak berwarna yang boleh mengeluarkan gas kimia yang merbahaya (contohnya larutan ammonia).

Kalau begitu, bolehkah pula anda merasa kedua-dua larutan tersebut? ……. Ini juga bukan merupakan jalan terbaik untuk menentukan apakah jenis larutan yang terkandung dalam kedua-dua bikar itu! Malah, inilah langkah yang MESTI kita elakkan apabila berada di dalam makmal! Jangan cuba-cuba merasa mana-mana larutan yang ada di dalam makmal walaupun diberitahu dengan jelas bahawa larutan tersebut adalah “air”!! Kenapa? Ini kerana ditakuti, larutan tersebut telah tercemar oleh bahan beracun dan juga mikroorganisma merbahaya! Ingat! Makmal sains BUKANlah tempat yang selamat daripada pencemaran bahan kimia dan kuman!!

Kalau semua kaedah di atas tidak boleh digunapakai, apakah ada cara lain yang sesuai untuk menentukan jenis kedua-dua larutan tadi? Ya! Masih ada cara lain yang lebih selamat dan lebih berkesan untuk menentukan yang mana satukah di antara kedua-duanya adalah air. Di peringkat sekolah, terdapat 2 jenis bahan yang boleh digunakan untuk menguji kehadiran air dalam sesuatu bahan. Kita boleh memilih sama ada mahu menggunakan:

kertas kobalt klorida kontang (dry cobalt chloride paper), atau
serbuk kuprum (II) sulfat kontang (anhydrous crystal of copper (II) sulphate)


Kertas Kobalt Klorida Kontang (Dry cobalt chloride paper)


Sebelum menguji larutan dengan menggunakan kertas ini, kita mesti pastikan ia berada dalam keadaan kering. Ini bermakna, tangan kita juga mesti kering. Kertas ini berwarna biru muda. Ia kelihatan hampir sama dengan kertas litmus biru. Walaubagaimanapun, kedua-duanya adalah berbeza dari segi bahan kimia yang terkandung di dalamnya. Kertas kobalt klorida diperbuat daripada serbuk kobalt klorida. Manakala, kertas litmus diperbuat daripada pewarna kulampair atau juga disebut liken (lichen).

Kobalt klorida adalah bahan yang sangat sensitif terhadap kewujudan air. Oleh itu, apabila ia didedahkan kepada air, ia akan segera bertukar warna kepada merah jambu (pink). Oleh itu, jika kita celupkan kertas kobalt klorida kontang ke dalam larutan yang tidak mengandungi air, ia tidak akan mengubah warna biru kertas tersebut.

Ringkasan:
Ujian kertas kobalt klorida kontang dengan air:
bertukar warna dari biru muda kepada merah jambu (change colour from blue to pink)
Ujian kertas koblat klorida kontang dengan larutan BUKAN air:
warna kertas kobalt klorida tidak berubah (the blue colour of cobalt chloride paper does not change)
Ujian kertas kobalt klorida kontang dengan larutan yang bercampur dengan air:
warna kertas kobalt klorida akan bertukar dari biru muda kepada merah jambu

Kertas ini sangat sensitif kepada bahan yang mengandungi air. Oleh itu, jika kita menguji kertas ini dengan sebarang larutan lain yang turut mengandungi air (contohnya: larutan alkohol cair, air garam dll.), ia akan turut berubah warna dari biru muda kepada merah jambu. Semakin banyak kandungan air dalam larutan tersebut, semakin cepat ia berubah warna kepada merah jambu.




Serbuk Kuprum (II) Sulfat Kontang (Anhydrous crystal of copper (II) sulphate)


Serbuk kuprum (II) sulfat kontang adalah serbuk kimia yang berwarna putih. Ia juga sangat sensitif kepada kehadiran air di sekelilingnya. Apabila ia terdedah kepada air, warna putih serbuk ini akan bertukar menjadi biru muda. Oleh kerana ia sangat mudah berubah warna, serbuk ini perlu disimpan di dalam bekas yang kedap udara.

Ringkasan:
Ujian serbuk kuprum (II) sulfat kontang ke atas air:
warna serbuk bertukar dari putih kepada biru muda (the white colour change to blue)
Ujian serbuk kuprum (II) sulfat kontang ke atas larutan bukan air:
warna putih serbuk ini kekal (the crystal remain white in colour)

Cara menguji larutan dengan menggunakan serbuk ini ialah dengan cara menitiskan larutan yang hendak dikenalpasti ke atas serbuk berkenaan. Gunakan piring penyejat (watch glass @ evaporating dish) yang kering dan bersih untuk meletakkan satu atau dua spatula serbuk kuprum (II) sulfat. Kemudian, titiskan beberapa titik larutan yang hendak diuji ke atasnya dan lihat perubahan yang mungkin terhasil. Walaubagaimanapun, jangan biarkan serbuk ini terdedah begitu lama kepada udara persekitaran. Ini kerana udara kita juga mengandungi wap air yang turut boleh mengubah warna putih serbuk ini kepada biru. Jika serbuk tersebut telah bertukar biru sebelum ujian dijalankan, JANGAN BUANG! Panaskan ia secara perlahan-lahan sehingga warnanya berubah kembali kepada putih.


Berdasarkan dua penerangan di atas, anda mempunyai pilihan untuk menjalankan ujian yang mana satu antara dua bikar mengandungi air. Tajuk ini sebenarnya mula dipelajari dalam Science Form 2 (Chapter 5: Water and Solution). Antara eksperimen yang mungkin berkaitan dengan pengujian kehadiran air ialah:

1. Udara mengandungi air (Air contains water vapour) - Chapter 5 Form 1

larutan tidak berwarna yang terbentuk di luar tabung didih adalah air yang berasal daripada udara persekitaran. Ia dapat disahkan sebagai “air” kerana apabila disentuh dengan menggunakan kertas koblat klorida kontang, kertas itu akan berubah menjadi merah jambu.




2. Hasil daripada proses pembakaran hidrokarbon (The products of combustion of hydrocarbon) - Chapter 5 Form 1

pembakaran bahan hidrokarbon (bahan yang mengandungi unsur hidrogen dan karbon sahaja seperti bahan-bahan yang berasal daripada petroleum: minyak petrol, lilin, minyak tanah/kerosene, diesel) akan membebaskan gas carbon dioxide, tenaga dan “wap air”. Daripada gambarajah di atas, titisan larutan yang tidak berwarna di bahagian dalam dinding bikar itu adalah air. Ini kerana ia dapat disahkan dengan menyapukan kertas kobalt klorida kontang kepada titisan-titisan itu. Hasilnya, ia akan berubah warna daripada biru kepada merah jambu.


3. Bahan berbeza menunjukkan sifat penebat haba yang berbeza (Different materials have different abilities to act as heat insulators) - Chapter 7 Form 1


ketiga-tiga rod ini merupakan bahan penebat haba. Namun, yang manakah merupakan penebat haba paling baik? Penebat haba yang baik mestilah mempunyai sifat lambat menyerap haba. Untuk menguji ketiga-tiga rod ini, kita boleh menggunakan kertas kobalt klorida lembap sebagai bahan penguji. Kertas ini berwarna merah jambu dalam keadaan basah. Oleh itu, ia akan bertukar warna kepada biru apabila kertas itu telah kehilangan air kesan daripada penyejatan ke udara persekitaran. Rod yang lebih panas akan menyebabkan molekul-molekul air pada kertas tersebut lebih cepat menyejat keluar. Dengan itu, rod yang mempunyai kertas kobalt klorida lembap yang paling lambat berubah warna daripada merah jambu kepada biru merupakan bahan penebat haba paling baik.

Satu perkara lagi yang sering mengelirukan pelajar ialah perbezaan ujian penentuan antara air dengan air tulen. Air tulen (pure water) juga merupakan sejenis air. Oleh itu, air tulen juga boleh menukarkan warna kertas kobalt klorida kontang dan serbuk kuprum (II) sulfat. Dengan itu, kedua-dua bahan ini bukanlah bahan yang boleh menguji ketulenan air! Kaedah yang biasanya digunakan untuk menguji ketulenan air ialah dengan memeriksa takat beku dan takat didihnya (freezing point and boiling point). Air yang tulen mempunyai suhu O°C pada takat beku dan 100°C pada takat didih.

Cukup sehingga di sini sahaja dahulu. Jika memerlukan penjelasan lebih lanjut, sila kemukakan komen anda.



Assalamualaikum wbt & salam semua,


Saya baru jer selesai meng’upload’ set-set soalan trial pmr utk beberapa subjek. Anda boleh dapatkan soalan Science, Mathematics, Sejarah, BM, dan Pendidikan Islam. Pastikan komputer anda mempunyai perisian Adobe Reader kerana semua set soalan tersebut adalah dalam format “pdf”. Senarai ini boleh didapati di pautan sebelah kanan —–>

Semua set soalan tersebut adalah dari Perak. Kami baru shj selesai trial minggu lepas. Buka sekolah sahaja nanti, semua result perlu dikemaskini dan dihantar. (Nampaknya, cuti ini bukanlah ‘cuti’ bagi kami guru2 pmr … Xp )

Buat masa ini, hanya 5 subjek sahaja yg dpt dimasukkan ke dlm blog ini. Dan, hanya Science & Maths sahaja mempunyai skima pemarkahan. Yg lain, InsyaALLAH akan menyusul kemudian. Lagipun, guru2 yg lain tgh giat menanda kertas masing2. Tak elok lah kalau saya pula sibuk2 dapatkan skima jawapan dpd mereka.

Takde ke sape2 yg nak join kongsi kertas percubaan negeri2 lain? Hantarkan ke email saya di abiat07@yahoo.com

Sama2lah kita berkongsi ilmu agar semua orang mendapat manfaat bersama. Tak rugi kongsi ilmu. Lagipun, kalau nak sedekah harta, mungkin kita tak berupaya. Inilah mungkin bentuk sumbangan kita yg dapat diberikan kepada mereka2 yg memerlukan!

Kalau boleh lampirkan sekali dengan skima jawapan.


OK … jumpa lagi ……. :>

Assalamualikum wbt n salam sejahtera

Sejak kebelakangan ini, ramai pelajar saya meminta belikan buku set soalan PMR. Tambahan pula, mereka duduk di asrama dan sukar untuk keluar ke pekan. Satu lagi kemungkinan (hypothesis) ialah mereka mungkin lebih mempercayai saya untuk memilih buku untuk mereka berbanding dgn mereka pilih sendiri.

Bukan sahaja buku sains, malah juga untuk subjek2 yang lain seperti Geografi dan KH. Kalau buku sains, InsyaALLAH saya boleh pilih buku yang sesuai untuk mereka. Tetapi, jika diminta carikan buku Geografi, KH atau subjek2 lain, sukar lah sedikit.
Kita tidak boleh memandang mudah dalam memilih buku set soalan – jangan sekadar sambar mana2 buku atau beli buku mengikut harga sahaja! Setiap subjek ada format penyoalannya sendiri.

Saya teringat salah seorang rakan setugas yang mengajar Geografi dan cukup berpengalaman dalam bidang tersebut pernah mengatakan bahawa untuk membuat soalan peperiksaan Geografi mengikut format, ada kuota2nya. Setiap kemahiran mesti dimasukkan supaya set soalan berkenaan dapat menguji kemahiran pelajar dalam pelbagai sudut ilmu Geografi.

Samalah juga dengan subjek sains. Setiap set soalan ada kuota2nya. Cuma di sini, ia lebih kepada pembahagian mengikut tingkatan. Di mana, soalan dari Tingkatan dua merupakan kumpulan soalan terbanyak dalam kertas soalan 1. Ia diikuti pula oleh Tingkatan 3 dan yang paling sedikit ialah Tingkatan 1. Walaubagaimanapun, skala ini tidak terlalu jauh sehingga menyebabkan soalan tingkatan 1 terlampau sedikit. Berdasarkan skala ini, para pelajar sudah boleh menjangka tajuk ditingkatan manakah perlu diberi perhatian lebih.

Dalam pasaran, terdapat begitu banyak penerbitan yang menyediakan set soalan peperiksaan. Ada antaranya mendakwa mengikut format peperiksaan sebenar dan terkini. Namun, para pelajar perlu berhati2. Tambahan pula, sebelum ini, format kertas 2 masih belum ‘stabil’ dan terdapat banyak pandangan dan komen dari kalangan pendidik tentang format kertas 2 yang telahpun menjangkau tahun ke-5 tahun ini.

Antara penerbitan yang saya pilih utk pelajar2 saya td ialah Pelangi (sebelum ini buku Sasbadi masih belum sampai di pasaran tempat saya). Set soalannya tidak terlalu sukar dan juga tidaklah terlalu mudah. Kertas 2nya pula nampak menepati format peperiksaan. Ada juga penerbit buku yang mengeluarkan set soalan Kertas 2 sahaja. Mungkin ini sesuai untuk mereka2 yg bermasalah dalam Kertas 2. Tetapi tidak sesuai bagi mereka yg menghadapi masalah dalam kebanyakan tajuk kerana Kertas 2 tidak meliputi banyak tajuk seperti dalam Kertas 1.

Bagi pelajar2 tingkatan 2 yg juga ingin memilih buku set soalan peperiksaan. Anda ada banyak pilihan. Sama ada memilih set soalan peperiksaan atau set soalan topikal (mengikut bab). Walaubagaimanapun berdasarkan pemerhatian saya terhadap buku2 dalam pasaran, setiap penerbitan mempunyai kekuatan masing2 dan sesuai utk pelajar mengikut kategori tertentu. Contohnya:

Tajuk buku: Practice Makes Perfect PMR Science
Penerbit: Pelangi
Ulasan: sesuai untuk pelajar yang agak cerdik. Walaubagaimanapun, buku ini tidak mengikut format peperiksaan sepenuhnya bagi Kertas 2 kerana ia dibina secara topikal. Banyak juga soalan sukar yang boleh menguji tahap pemahaman dan penganalisaan.

Tajuk buku: 1 Question 1 Cent 1200 Topical Question Bank Science
Penerbit: Eastview
Ulasan: sesuai untuk pelajar di tahap sederhana. Nota2 penting diberi di peringkat awal setiap set soalan. Terdapat banyak soalan bagi setiap bab. Juga tidak mengikut format peperiksaan sepenuhnya untuk Kertas 2. Dibahagikan pula kepada 3 tahap: senang, sederhana dan sukar. Kebanyakan soalannya mirip kepada soalan peperiksaan dan tiada soalan yg dikategorikan ‘pelik’ @ sukar & memerlukan pengetahuan am yang lebih daripada kebiasaan.

Tajuk buku: New Total Topikal Assessment Science
Penerbit: Sasbadi
Ulasan: Juga seperti buku Eastview. Cuma di sini, Ia dibahagikan kepada sub2 tajuk. Kertas 2 terbahagi kepada Bahagian A dan B. Kertas 2 juga tidak mengikut format sepenuhnya. Kurang soalan jenis Pengelasan (soalan no. 7 Kertas 2). Walaubagaimanapun, ia menyediakan 2 set Model Test.

Tajuk buku: Topikal Cemerlang KBSM Science
Penerbitan: Pustaka Vission (Vission)
Ulasan: berbentuk topikal, ada banyak soalan Pengelasan (yg biasanya jarang ada dlm buku penerbitan lain), soalan bertahap sederhana. Kertas 2 ada pembahagian kepada bahagian A dan B (tetapi tidak semua). Ada menyediakan model soalan peperiksaan tetapi soalan no 7 bahagian B Kertas 2 tidak mengikut format sebenar.

Tajuk buku: 1001 Topical Questions PMR Science
Penerbit: Pustaka Sistem Pelajaran (Sistem)
Ulasan: berbentuk topikal, tidak mengikut format peperiksaan sebenar. Ada menyediakan nota ringkas dipermulaan topik. Tetapi, amat sesuai untuk pelajar yang agak lemah kerana soalannya banyak yang lebih mudah dan menguji tahap penguasaan Aras 1 (aras rendah).

Kebanyakan buku yang saya senaraikan di atas adalah dari kategori topikal. Maaf, buat masa ini, saya tidak memberi ulasan tentang buku2 model peperiksaan. Sebabnya? … banyak keluaran yang tidak mengikut format sepenuhnya dan kalaupun ikut format, saya masih belum beli lagi.

Buat masa ini, saya cuma sempat membelek2 shj buku2 di pasaran (memang hobi saya, heee …. heee….). Saya merancang hanya akan beli buku model peperiksaan yang mengikut format sahaja.

Sebenarnya susah nak cari buku yang bagus. Lagipun, seperti yang saya nyatakan sebelum ini, format kertas 2 mungkin masih belum stabil. Wallahualam. Apa2 pun, pelajar2 sepatutnya pilih buku soalan yang sesuai mengikut tahap penguasaan mereka sendiri.

Wassalam.

Assalamualaikum wbt @ Salam Sejahtera semua
Sebelum ini saya telahpun membincangkan 2 jenis soalan (a dan b). Sekarang, saya sambung semula dengan bahagian yang seterusnya:
(c) Menerangkan pernyataan (state/ give detail/ describe/ explain)
Soalan jenis ini bukanlah suatu masalah terutamanya kepada pelajar yang benar2 dapat mengingati fakta dan menganalisa maklumat yang berkaitan dengan kehendak soalan. Biasanya ia meminta pelajar untuk menerangkan sesuatu proses atau kejadian mengikut turutan yang betul.
Contoh soalan:
Terangkan bagaimanakah gas oksigen diangkut oleh sel darah merah (explain how oxygen is transported by red blood cells)
Ulasan:
Untuk soalan di atas, pelajar perlu menerangkan proses oksigen diangkut oleh sel darah merah ke seluruh badan dengan lengkap. Fikirkan juga akan fakta2 istimewa yang mungkin wujud dalam proses tersebut. Perhatikan juga jumlah markah yang diperuntukkan untuk soalan tersebut. Ini dapat membantu pelajar menentukan perkara2 yang perlu dimasukkan sebagai jawapan.
Contoh jawapan yang kurang tepat:
Gas oksigen meresap masuk ke dalam sel darah merah melalui membran selnya lalu mengalir mengikut arah aliran darah.
Contoh jawapan yang lebih baik:
Sel darah merah mengangkut oksigen dalam bentuk oksihemoglobin apabila oksigen berpadu dengan hemoglobin yang terkandung di dalamnya.

(d) menyenaraikan contoh2 (give examples) atau menyatakan jenis (define type)
Ada pelajar yang sering cuai untuk memahami kehendak soalan seperti ini. Pelajar perlu faham bahawa “contoh” dan “jenis” adalah berbeza. Kebiasaanya, soalan jenis ini agak mudah. Oleh itu, adalah SANGAT MERUGIKAN apabila anda boleh tersilap menjawab soalan seperti ini.
Contoh soalan 1:
Ikan lumba-lumba Katak Harimau Kala jengkeng
Berdasarkan maklumat di atas, nyatakan 2 contoh lain bagi haiwan yang sama kumpulan dengan Kala jengkeng (Based on the information given, state another 2 animals that are similar to scorpian).
Ulasan:
Perhatikan ayat soalan! Ia meminta anda menyatakan “…2 contoh lain bagi haiwan yang sama kumpulan…”. Ini bermakna, soalan mahukan CONTOH HAIWAN.
Selain daripada itu, perhatikan juga senarai haiwan2 lain. Fikirkan, apakah yang membezakan kala jengkeng dengan 3 haiwan yang lain (ikan lumba2, katak dan harimau). Di sini, anda sepatutnya sedar bahawa ikan lumba2, katak dan harimau adalah haiwan dari kumpulan Vertebrata (vertebrate). Ini bermakna, kala jengkeng berbeza daripada 3 haiwan lain kerana ia tidak mempunyai tulang vertebrata. Oleh itu, anda sepatutnya sudah boleh menyenaraikan haiwan2 dari kumpulan invertebrata (invertebrate).
Contoh jawapan yang baik:
(i) siput babi (ii) kupu-kupu

Contoh soalan 2:
Ikan lumba-lumba Katak Harimau Kala jengkeng
Apakah jenis kumpulan yang diwakili oleh ikan lumba2 dan harimau (What is the group represented by the dolphin and the tiger).
Ulasan:
Terlebih dahulu, anda perlu memikirkan kesamaan yang wujud antara kedua2 haiwan. Kedua2 haiwan ini bukan sahaja bertulang belakang (vertebrate), malah kedua2nya juga dari kumpulan yang sama iaitu ‘mamalia’ (mammals).
Antara jawapan “bertulang belakang (vertebrate)” dan “mamalia (mammals)”, jawapan yang terbaik adalah “mamalia”. Ini kerana sifat “mamalia” tidak wujud pada katak mahupun kala jengkeng. Sebaliknya, jawapan “bertulang belakang”, turut dikongsi dengan katak.
Walaubagaimanapun, sekiranya markah yang diperuntukkan adalah lebih daripada 1 markah, ini bermakna anda boleh memasukkan jawapan “bertulang belakang” sebagai tambahan kepada jawapan utama tadi.

* Kerap juga berlaku, di mana soalan meminta pelajar menyatakan ciri2 bagi sesuatu. Tetapi, pelajar pula menyenaraikan contoh2.
Contoh soalan 3:
Ikan lumba-lumba Katak Harimau Kala jengkeng
Berdasarkan maklumat di atas, nyatakan 2 sifat yang menyamakan ikan lumba2 dan harimau (Based on the information given, state 2 characteristics that are similar between the dolphin and the tiger).

Contoh jawapan yang cuai:
(i) platipus (ii) monkey

Ulasan:
Berdasarkan Contoh Jawapan Yang Cuai di atas, pelajar sebenarnya tidak memahami kehendak soalan. Kes ini sebenarnya kerap berlaku, walaupun soalan nampak agak mudah. Ia mungkin juga disebabkan pelajar tidak memerhatikan soalan tersebut dengan jelas atau gopoh dalam menjawab soalan.
Pengajarannya: Perhatikan kata kunci utama bagi setiap soalan. Jalan yang terbaik adalah apabila anda mula membaca soalan, gariskan atau bulatkan kata kuncinya agar anda nampak dengan jelas apa yang dimahukan oleh soalan tersebut. Apabila telah selesai menjawab keseluruhan kertas soalan, baca sekali lagi setiap soalan dan jawapan yang anda berikan. Mungkin, anda akan jumpa jawapan anda yang tidak selari dengan kehendak soalan!!

(e) menyatakan definisi (define/ give meaning)
Kini, soalan jenis ini wujud dalam dua bentuk. Yang pertama, ialah soalan yang meminta pelajar menyatakan definisi atau maksud bagi sesuatu pernyataan. Yang kedua pula, ialah meminta pelajar menyatakan definisi secara operasi.
Pernyataan definisi secara umum boleh diperolehi daripada kebanyakan buku teks dan buku rujukan. Ia biasanya dinyatakan diawal perbincangan tentang sesuatu topik pelajaran.
Definisi secara operasi pula kebanyakannya boleh diperolehi daripada formula pengiraan (mathematical formula) atau persamaan kimia (chemical equations).
Contoh2 istilah yang biasanya boleh didefinisikan secara operasi - menggunakan formula matematik:
i. ketumpatan (density)
ii. arus, voltan dan rintangan dalam litar selari atau litar bersiri (current, voltage and resistance in parallel or series circuit)
iii. kerja (work) atau tenaga (energy)
iv. kuasa (power)

Contoh2 istilah yang biasanya boleh didefinisikan secara operasi – menggunakan persamaan kimia:
i. respiration
ii. combustion
iii. photosynthesis
iv. neutralisation
v. fertilisation
Untuk memudahkan penguasaan anda di bahagian ini, senaraikan seberapa banyak istilah yang dipelajari dan kelaskan mengikut kumpulan seperti yang dinyatakan dalam contoh istilah di atas. Langkah pertama ialah menulis formula matematiknya atau persamaan kimianya. Kemudian, tukarkan formula atau persamaan itu ke dalam bentuk pernyataan. Sebaik-baiknya minta bantuan guru untuk memantau hasil kerja anda agar tidak berlaku kesilapan. Anda juga boleh menulisnya dalam bentuk jadual. Maaflah, buat masa ini, cikgu tidak dapat menyediakan isinya untuk anda semua. :p

(f) menyatakan lokasi (where/ define location)
Soalan ini juga agak mudah. Apa yang anda perlu lakukan hanyalah mengingat fakta. Kebiasaan pelajar tidak akan menghadapi masalah untuk bahagian ini. Kalaupun ada, ia mungkin disebabkan kecuaian memahami kehendak soalan dan tidak ingat fakta.
Cara menjawab:
“Di …” ATAU “Ia terletak di …”
Elakkan daripada hanya menuliskan nama tempat tanpa penggunaan “di”.

(g) menyatakan proses (how)

Soalan ini meminta pelajar menyatakan nama proses. Ia berbeza daripada apa yang diterangkan dalam perkara (c) sebelum ini (iaitu “Menerangkan pernyataan (state/ give detail/ describe/ explain)”). Biasanya soalan ini memperuntukkan hanya 1 markah. Pelajar juga tidak perlu memberi penerangan yang panjang lebar.
Contoh soalan:
Bagaimanakah alkohol dapat diasingkan daripada air? (How to separate alcohol from its mixture with water?)
Contoh jawapan:
Ia boleh diasingkan dengan menggunakan kaedah penyulingan.
Setakat ini dahulu. Bahagian seterusnya akan dibincangkan kemudian. Apa2 pun, ini sekadar panduan. Jika ada sebarang komen, cadangan dan tambahan daripada mana2 guru, amatlah dialu-alukan. Jumpa lagi …


Assalamualaikum & Salam sejahtera,

Dah lama sangat rasanya tak jenguk blog sendiri. Bukannya apa, sebelum ini laptop kena hantar ke "hospital".

So, cikgu nak sambung skit lagi ttg teknik menjawab kertas 2:

Soalan no. 7 biasanya bertujuan untuk menguji kemahiran pelajar untuk mengenalpasti ciri-ciri yang ada pada gambarajah yang disediakan dan kemudiannya membuat pengelasan terhadap gambarajah yang sama.

Untuk mengenalpasti ciri-ciri, pelajar hanyalah perlu menyatakan apa sahaja ciri-ciri relaven yang jelas kelihatan pada gambarajah SAHAJA, bukan ciri-ciri yang diketahui tetapi tidak wujud dlm gambarajah. Contohnya:




Soalan: State one characteristic of the above animal. (Nyatakan satu ciri bagi haiwan di atas).
Jawapan yang kurang tepat: berdarah sejuk (walaupun pernyataan ini benar, tetapi ia TIDAK ditunjukkan dalam gambarajah di atas!)
Jawapan yang sesuai: mempunyai dua pasang kaki @ penglihatan monokular @ bermuncung tirus @ bergigi tajam

2. Jika soalan meminta pelajar untuk melabel gambarajah, pastikan anda lukis garisan yang lurus (tidak membengkok atau melengkung). Oleh itu gunakan pembaris. Pastikan hujung garisan itu kena tepat pada bahagian yang dikehendaki. Jika anda perlu melabel lebih daripada satu bahagian, pastikan setiap garisan itu tidak bertindan antara satu sama lain (atau menyilang antara satu sama lain). Pastikan juga kehendak soalan sebenar. Adakah ia mahukan anda menulis nama bahagian tersebut atau sekadar menulis simbol yang diberi. Kecuaian memahami kehendak soalan hanya akan menyebabkan anda RUGI PADA TEMPAT YANG TIDAK SEPATUTNYA!!

3. Seperti yang dinyatakan pada tips 2 di atas, anda sepatutnya memahami sepenuhnya kehendak soalan. Kenalpasti sama ada, soalan menghendaki anda:

menyenaraikan ciri-ciri (characteristic)
menyatakan sebab atau alasan (give reason/ why)
menerangkan pernyataan (state/ give detail/ describe/ explain)
menyenaraikan contoh2 (give examples)
menyatakan definisi (define/ give meaning)
menyatakan lokasi (where/ define location)
menyatakan proses (how)
menyatakan fungsi (give function)
menyatakan pemerhatian (state observation)
beri cadangan (give suggestion/ state other ways to ...)
membanding (compare and contrast)
menyatakan jenis (define type)
membuat pengiraan (show calculation)
menyatakan perkaitan (state relationship)
membuat andaian (give prediction)

Sebagai permulaan, saya hanya akan membincangkan beberapa perkara sahaja daripada senarai di atas. Selebihnya akan dibincangkan dalam bahagian yang seterusnya.

(a) menyenaraikan ciri-ciri (characteristics)

Senaraikan ciri2 fizikal atau kimia. Ciri2 fizikal ialah ciri2 yang boleh diperhatikan pada sifat luaran atau yang kelihatan pada pandangan luaran kita terhadap objek yang dibincangkan.

Manakala, ciri2 kimia pula merupakan keadaan kimia objek berkenaan.

Contoh ciri-ciri fizikal: warna, bau, rasa, bentuk, saiz, suhu, takat lebur dan takat didih (melting point and boiling point), keadaan fizikal @ luaran (physical appearance @ performance), dll.
Contoh ciri2 kimia: kebolehan bertindak balas dengan bahan lain, struktur kimia, jenis ikatan kimia, jenis kumpulan - mengikut Jadual Berkala, keelektronegatifan, nombor pengoksidaan, dll.

(b) menyatakan sebab atau alasan (give reason/ why)

Soalan jenis ini meminta anda memberi sebab atau hujah kepada sesuatu pernyataan.

Contohnya:
i. Soalan: kenapa kita mesti menggunakan penunjuk bikarbonate? (why do we need to use bicarbonate indicator?)
Penerangan: soalan ini meminta anda menyatakan tujuan penggunakan bahan tersebut.
ii. Soalan: (a) Yang manakah di antara kertas turas berikut akan kering lebih cepat? (b) Nyatakan sebab bagi jawapan anda di (a).
Penerangan: sila beri perhatian kepada soalan (b). Ia meminta anda untuk menyatakan sebab kepada pemilihan jawapan anda pada soalan (a). Contohnya, jika jawapan anda di (a) ialah ' kertas turas X'. Anda perlu menyatakan hujah kenapa jawapan anda - 'kertas turas X'. Anda boleh menyatakan hujahnya dengan cara melihat kepada perbezaan yang wujud antara kertas2 turas.

Oklah. Cukup setakat ini dahulu. Sila ikuti perkembangan bahagian ini pada hari2 seterusnya. :)


Untuk menjawab kertas 2, ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian:

1. pastikan tulisan sentiasa kemas dan mudah dibaca
2. potong perkataan yang tersalah tulis SEKALI SAHAJA (sekiranya anda menggunakan pen)
3. ayat jangan meleret-leret dan menyalin sebahagian besar daripada soalan

contoh: Apakah yang berlaku kepada akar tumbuhan dalam rajah di atas selepas beberapa hari?
cara menjawab yang kurang baik: Selepas beberapa hari, akar tumbuhan dalam rajah di atas akan menunjukkan sifat hidrotropisma positif.
memadai menjawab seperti ini: Akar tersebut akan menunjukkan sifat hidrotropisma positif.

4. jangan menggunakan simbol kecuali apabila diminta

contoh: Nyatakan formula bagi Hukum Ohm.
Jawapan yang kurang baik: R= V/I
Sebaik-baiknya: Resistance= Voltage/ Current

5. elakkan menggunakan simbol bagi atom atau molekul kimia. Ini kerana, ramai pelajar yang menggunakan simbol yang salah.

contoh: simbol carbon dioxide yang salah:

Assalamualaikum wbt & salam buat semua,

Bismillahirrahmanirrahim

Sebaik2nya kita mulakan hari kita dgn menyebut nama ALLAH Tuhan yang menciptakan kita dan seluruh isi alam ini yg sehingga kini tak terjangkau dek pengetahuan kita sendiri. Sungguh menyedihkan lagi, ramai dikalangan umat Islam sendiri seperti tidak mahu kpd Islam hakiki dan hanya mengambil apa yg dimahukan shj. Sedangkan sepatutnya, kita menganutinya dengan mengambil semua yg ada padanya bukan "islam pilih-pilih". Ini tidak bermakna kita wajib melaksanakan SEMUA sekali ajaran di dalamnya (tanpa meninggalkan walau satu pun!).

Rasulullah saw, telah mengajar kita PELBAGAI jalan utk menuju keredhaan ALLAH. Pilihlah mana-mana yg mampu tanpa meninggalkan yg wajib. Secara ringkasnya, tugas kita sebagai muslim:

  1. lakukan SEMUA yg WAJIB (solat, zakat, puasa, hormat org tua ...) - TIADA PILIHAN
  2. pilih sebanyak yg mampu perkara sunat yg blh kita lakukan
  3. istiqamah (tetap) melakukan amalan-amalan baik yg sedang dipraktikkan
  4. meninggalkan SEMUA yg diLARANG - TIADA PILIHAN

Kita mesti tahu amalan2 dlm agama. Kalau msh tak cukup ilmu, usahakan. ALLAH tak akan menghukum kita kerana kurangnya ilmu kita, tetapi kita tetap akan terima balasan sekiranya kita tidak mahu berusaha langsung.

Sy teringat satu kisah, di mana suatu hari salah seorang sahabat Rasulullah terserempak dgn seorang lelaki sedang menangis teresak2. Bila ditanya, lelaki itu menjawab: ... dia takut pembalasan yg akan diterimanya nnt ... ini krn dia tak mampu melakukan segala apa yg diajarkan oleh Rasulullah. Sedangkan ajaran Baginda semakin hari, semakin byk ... Akhirnya, sahabat Rasulullah menerangkan: ... dia tidak perlu melakukan semuanya 100% (KECUALI bg yg wajib dilakukan & wajib ditinggalkan), sebaliknya buatlah sebanyak yg mampu. Sesungguhnya ALLAH Amat Tahu kemampuan kita lebih dpd diri kita sendiri. Betulkan sy kalau ada kesilapan!