Cikgu Nurul's Blog

Blog Pembelajaran Sains PMR

Print

Salam semua,


Sebelum ini cikgu ada mengeluarkan posting tentang pentingnya kita memulakan proses mengulangkaji pelajaran lebih awal. Terutamanya kepada para pelajar yang bakal menduduki peperiksaan pada tahun hadapan.

Malah, pada posting itu juga, cikgu telah menerangkan bahawa memulakan study lebih awal akan memudahkan anda menemui kaedah belajar yang sesuai dgn jiwa anda sendiri. Oleh itu, di sini cikgu akan terangkan pula beberapa kaedah belajar yang mungkin boleh anda praktikkan dan lihat keberkesanannya.

Walaubagaimanapun, adalah diingatkan agar mencuba satu-satu kaedah itu dalam tempoh yang lama. Contohnya, lakukan percubaan selama 2 minggu atau sebulan. Anda tidak akan menjumpai kaedah yang sesuai sekiranya hanya mencubanya selama beberapa hari atau sekitar seminggu sahaja. Ingat tu!

Contoh-contoh kaedah belajar:

  1. membaca buku dan tulis nota kecil serentak. Sambil baca buku, tulis nota-nota penting dalam kertas. Ayat tidak perlu terlalu panjang. Hanya masukkan perkataan-perkataan penting sahaja. Boleh tulis nota ringkas ini dalam buku kecil atau kertas yang diselit/ distapler ke muka surat berkenaan.

  2. tukar nota 2 page kpd 1 pg, kemudian tukar lagi ke 1/4 pg. Caranya, mula-mula buat nota tentang sesuatu topik kecil sebanyak 2 page atau lebih. Masukkan segala maklumat berkaitan dari pelbagai sumber (pelbagai buku atau guru). Kemudian, tulis semula nota yang lebih ringkas daripada nota asal dan kecilkan kepada 1 page sahaja. Lastly, kecilkan lagi! nota tadi sehingga muat 1/4 page sahaja.

  3. study guna buku kerja/ set soalan shj. Cari buku kerja (sama ada topikal atau set soalan) di pasaran dan jawab semua soalan. Bincang dgn guru atau rakan jika ada soalan yang tidak dapat dijawab. Boleh rujuk buku dan jawapan. Habis satu buku, jgn berhenti! Sebaliknya cari lagi buku kerja/ set soalan dari keluaran lain pula dan jawab semua. Kaedah ini sesuai utk mereka yang malas baca buku dan mudah mengantuk semasa membaca!

  4. jadi cikgu. Terpulang kepada anda sama ada lakukan kaedah ini dgn rakan atau bersendirian. Yg penting ada whiteboard/ blackboard kat bilik study. First, baca dulu satu-satu topik dan fahamkan. Then, terangkan semula topik itu menggunakan whiteboard. Kaedah ini sgt sesuai utk study maths!

  5. kongsi study ngn kwn. Cari 2 atau 3 org kawan lagi. Suruh mereka pilih topik dan study topik itu sendiri. Jangan bagi topik yang terlalu besar! Kemudian, bergilir-gilir terangkan semula topik masing-masing. Sediakan juga soalan (cari dlm buku) utk dibincangkan bersama.

  6. rakam cikgu mengajar. Jika anda ada walkman (kaset) dan perakam, rakam semua maklumat yang cikgu ajar dlm kelas. Pulang ke rumah dan ulang-dengar sambil mencatat isi-isi penting/ nota. Untuk pengetahuan, 40 - 60% yang diperkatakan oleh guru dlm kls tidak ada dlm buku. Oleh itu, kaedah ini sgt sesuai terutamanya jika anda ada guru yang suka memberi penerangan yang panjang dan jelas tentang topik yang diajar. Ingat! Buku teks/ rujukan hanya memuatkan isi penting shj!

  7. study sambil berjalan. Mungkin anda rasa pelik. Macam mana nak study sambil berjalan ya?! Jika anda ada ruang yang luas di rumah atau di sekitar rumah, gunakan peluang itu untuk membaca/ study/ hafal sambil berjalan perlahan-lahan.Jgn beri tumpuan selain kpd nota yang dibaca shj. Walaubagaimanapun, anda mesti sudah biasa dgn tmp tersebut supaya tidak berlaku sebarang masalah. Kaedah ini sebenarnya sangat berkesan. Kalau tak percaya, cubalah!! Elakkan juga daripada memilih tempat yang terlalu banyak barang yang boleh menghalang laluan.

  8. tampal nota pd dinding. Sambil study, buat nota ringkas menggunakan kertas putih atau yang berwarna lembut (pale yellow, pale blue, pale pink, pale green) dan tulis guna marker atau magic pen. Gunakan hanya 2 atau 3 jenis warna shj pada setiap page. Tampal nota-nota ini ke dinding tempat ada study. Baca nota-nota yg tertampal ini selalu. Paling sesuai utk nota ringkas atau berbentuk peta minda. Gunakan saiz tulisan yang lebih besar agar mudah dibaca. Kaedah ini sgt sesuai utk hafal formula maths.

  9. tukar nota kpd btk lagu. Jika anda peminat muzik, gunakan kebolehan anda ini utk menukar lirik lagu kpd nota. Nyanyikan selalu sehingga anda terhafal dgn sendirinya.

  10. baca buku + jwb soalan. Setiap kali anda baca topik kecil, sesudahnya anda akhiri dgn mencari pelbagai soalan berkaitan dgn topik tersebut. Kemudian, baca lagi topik kecil yang lain dan akhirnya cuba jawab semua soalan yang berkenaan dgn topik itu. Begitulah ia diulang-ulang selalu.

  11. ulang latihan yang sama. Setiap hari, jawab soalan dari buku kerja atau buku set soalan tanpa menanda pada buku tersebut. Seminggu atau 2 minggu kemudian, jawab semula semua soalan yang sama. Ulang seberapa banyak yang dapat. Contohnya, pada hari pertama anda jawab latihan di m/s 1. Esoknya, di m/s 2. Lusa pula, di m/s 3. Masuk hari ke-8, anda jawab semula soalan dari m/s 1 hingga 7.

Sebenarnya, ada lagi kaedah-kaedah lain utk study. InsyaALLAH, cikgu akan masukkan ia dlm posting akan dtg.

Perlu diingat, utk anda benar-benar dikatakan "STUDY", ada formula utk diikuti. Iaitu:

STUDY = HAFAL + FAHAM



Jika anda tidak dapat ikuti formula ini, anda belum betul-betul "STUDY"!! Anda mungkin hanya sekadar baca buku (macam baca buku novel) atau buat kerja rumah. Apa yang anda pelajari tidak akan mudah lekat dalam jiwa. Oleh itu, anda mesti HAFAL dan FAHAM! Barulah kemudiannya, anda akan dapat menguasai topik yang sedang anda study itu.

Cikgu selalu katakan pada pelajar-pelajar cikgu: "Macam mana anda boleh membaca? Adakah lahir sahaja ke dunia atau masuk sahaja ke sekolah, anda terus boleh membaca??"

Semuanya bermula dengan anda menghafal A hingga Z. Betul tak?

Ketika itu, anda fahamkah apa itu "A"? Kenapa lepas "A" ada "B", bukan "C"? Ada atau tidak sesiapa yang menerangkan kpd anda kenapa lepas "A" ada "B"? - Tiada siapapun kan! KECUALI, anda ada bertanya soalan seperti ini!! Itupun, mungkin ramai yg fed-up ngn anda yg 'byk tanya' :-D

Utk study, kita memang perlu menghafal dan kemudian barulah kita cari jawapan utk fahamkan. Itupun, bukan semua perkara perlu anda faham! Jangan buang masa anda untuk cuba memahami sesuatu topik terlalu mendalam. Ini kerana setiap tingkat peperiksaan, ada had sempadan pengetahuan yang boleh diuji. Ada sesetengah perkara pula, hanya perlu dihafal tanpa perlu difahami. Sebagai contoh, anda hanya perlu hafal bahawa medan magnet boleh menghasilkan arus aruhan dan voltan teraruh. Tetapi, bagaimana ia berlaku, tidak akan ditanya dalam PMR. Oleh itu, untuk apa anda berusaha mencari jawapannya bermati-matian? (walaubagaimanapun, tidak salah untuk anda mencarinya - sekadar sebagai pengetahuan).

Untuk HAFAL, ia datangnya dari usaha anda sendiri. Manakala, utk FAHAM, anda perlu sering bertanya guru dan berbincang dgn rakan-rakan. Jangan biarkan sesuatu yang tidak difahami terpendam begitu sahaja tanpa usaha untuk menyelesaikannya. Ini kerana, semakin lama jumlahnya semakin banyak dan boleh mempengaruhi kefahaman anda tentang topik seterusnya yang mungkin berkaitan. Apabila dari awal lagi anda tidak faham dan tidak mahu menyelesaikannya, sudah pasti pelajaran2 seterusnya akan menjadi semakin sukar untuk difahami.

to be continue .......

Hai,

Sekarang nih, saya dalam proses memindahkan kesemua bahan-bahan saya di dalam WordPress (WP) ke dalam blog nih (macam pindah rumah lak rasanya... ). Mungkin proses ni akan memakan masa yang lama. So, harap bersabar.

Walaubagaimanapun, saya masih akan tetap mengunjungi WP jika masih terdapat komentar dari pengunjung di sana. Dan saya hanya akan tutup akaun saya di sana setelah selesai semua proses pemindahan. Ini bermakna, kebanyakan posting di sini adalah berasal dari WP dan saya akan jarang-jarang menghantar posting baru. So, untuk sementara ini, anda bolehlah berborak dengan saya di ruangan sembang-sembang atau bersembang dengan pengunjung-pengunjung yang lain.

Hmm... apa pandangan anda tentang blog saya di sini? Hantarkan komen anda di posting ini (klik perkataan comments di bawah posting ini). Jika ada cadangan yang baik, mungkin boleh saya aplikasikan di sini. Di peringkat awal ni, bolehlah saya ubah apa-apa yang patut pada blog ini. Tapi, bila semuanya dah settle (dah siap berpindah), mungkin susah untuk saya ubah apa-apa. So, berikan komen anda!

bye...


Salam semua,


Saya sebenarnya tak sangka masih ada yang berminat untuk mendapatkan beberapa set soalan percubaan yang saya lampirkan di sini walaupun peperiksaan pmr telah berakhir beberapa minggu yang lalu. Mungkin golongan yang memohon kertas-kertas tersebut datangnya dari pelajar atau ibubapa pelajar bakal calon PMR 2009 atau seterusnya.

Ramai yang memohon dihantar melalui email. Walaubagaimanapun, kaedah ini jauh lebih lambat daripada mereka download sendiri dari pautan yang disediakan. Sesetengah fail tersebut bermuatan tinggi sehingga sukar untuk didownload.

Oleh itu, saya telah membuka peluang untuk anda mendapatkan kesemua set-set soalan tersebut yang dihantar melalui POS pada harga RM 20 bagi 3 set untuk kos cetakkan dan penghantaran. Tetapi, jika anda mahukan semuanya FREE, sila download sendiri.

Pilihan set boleh dibuat merujuk kepada kolum: (Sila scroll down ke bhg bwh sidebar di sebelah sehingga anda jumpa tajuk-tajuk berikut)

  1. Bank Soalan SBP
  2. Trial Negeri Lain
  3. Trial Negeri Perak 2008

1 set soalan mungkin terdiri daripada Kertas 1, Kertas 2 dan Jawapan bergantung kepada yang tercatat pada kolum tersebut. Contohnya, anda memerlukan kertas sains dari Terengganu, Kelantan dan kertas matematik dari SBP. Oleh itu saya akan membekalkan ada kertas-kertas soalan seperti berikut (warna yang sama menunjukkan ia dalam set yang sama):

  • Paper 1 Science Terengganu
  • Paper 2 Science Terengganu
  • Answer Science Terengganu
  • Paper 2 Science Kelantan
  • Answer Science Kelantan
  • Paper 1 Maths SBP
  • Paper 2 Maths SBP
  • Answer Maths SBP

Berikut adalah syarat-syarat membuat pembelian kertas percubaan pmr 2008 melalui POS



Sila baca terlebih dahulu syarat-syarat berikut sebelum membuat pembayaran. Jika anda tidak bersetuju dengan mana-mana syarat berkenaan, anda tidak boleh membuat pembelian.

  1. Anda TIDAK boleh membuat pesanan bagi kertas yang TIDAK terdapat dalam senarai kolum tersebut. Ini kerana, saya hanya memiliki kertas soalan seperti yang tercatat sahaja.
  2. Oleh kerana penghantaran dibuat melalui pos, saya tidak dapat menjamin kertas-kertas tersebut sampai dalam keadaan yang baik. Oleh itu, anda TIDAK SAMA SEKALI boleh meminta saya untuk menggantikannya dengan kertas lain yang lebih baik.
  3. Seperkara lagi, sesetengah kertas tersebut saya peroleh dalam keadaan fotostat yang berkali-kali. Oleh itu, ada kemungkinan kertas tersebut agak kurang jelas. Anda boleh bandingkan kualiti kertas yang anda terima nanti dengan yang terdapat dalam blog ini. Dengan itu anda TIDAK BOLEH menuntut kertas soalan yang lebih baik daripada yang ditunjukkan.
  4. Saya juga TIDAK AKAN bertanggungjawab kepada sebarang kerosakan, kehilangan atau kemusnahan barang-barang yang dihantar melalui POS. Sebaiknya anda periksa sendiri pejabat POS di tempat anda selepas 5 - 7 hari dari tarikh pengeposan (saya akan memaklumkan anda tarikh pengeposan melalui email, setelah saya mengeposnya).
  5. Saya TIDAK AKAN bertanggungjawab sekiranya anda GAGAL/ LUPA melengkapkan Borang Maklumat Pembayaran di bahagian Pembayaran di bawah.



Pembayaran



Pembayaran boleh dibuat melalui bank-in terus ke akaun saya (CIMB) 0814-0005007-52-2 atas nama Nurul Huda Binti Abdul Rahman.

Sudah bayar? Klik sini untuk mengisi Borang Maklumat Pembayaran.

InsyaALLAH, saya akan membuat urusan penghantaran bahan secepat yang mungkin dan tidak lebih daripada 2 minggu selepas menerima maklumat pembayaran anda.

Jika anda mempunyai sebarang masalah, sila hubungi saya di abiat07@yahoo.com.

Ini adalah tips-tips bagi para pelajar yang akan menduduki peperiksaan PMR 2009!

“Apa nak buat ya, untuk persediaan PMR tahun hadapan? Perlukah saya berehat sahaja dulu dan tunggu hingga sesi persekolahan 2009 bermula?“

Jangan tunggu!!

Kalau anda mahu berjaya, mulakan dari sekarang. Jika tidakpun, anda boleh gunakan cuti semester hujung tahun ini untuk memulakan langkah kejayaan anda tahun hadapan. Jangan tunggu-tunggu lagi!…

“Habis tu, nak buat apa? Perkara apa yang perlu saya lakukan sekarang? Terus baca buku macam sebelum inikah?”

Cuti … oh … cuti. Beberapa hari lagi, kita akan mula cuti sekolah akhir tahun. Mungkin ketika ini, ada yang masih study untuk peperiksaan akhir tahun yang sedang dijalankan. Namun, biarlah cikgu berikan beberapa tips berguna untuk anda membuat persediaan bagi tahun hadapan.

Bagi mereka yang masih di Tingkatan 1, anda mempunyai banyak peluang untuk berusaha. Elakkan menunggu hingga hujung tingkatan 2 atau tingkatan 3 nanti. Semakin awal anda mulakan langkah, semakin mudah untuk anda melakukan persediaan. Malah, anda mempunyai banyak peluang untuk mengubah cara study agar sesuai dengan diri anda.

Sebenarnya, ramai yang kurang berjaya kerana mereka tidak study dengan cara yang sesuai mengikut keupayaan masing-masing. Dengan kata lain, mereka gagal dalam strategi untuk berjaya! Tak guna anda baca buku ‘berpeluh-peluh’ dan ‘bertimbun-timbun’, jika itu bukan kaedah sesuai dengan diri anda. Nak berjaya ni, bukan ada 1 cara sahaja. Ada macam-macam cara yang boleh kita cuba. Semakin awal kita cari kaedah yang sesuai, semakin mudah anda jumpa yang serasi dengan jiwa anda. Kekuatan kita juga tidak sama. Ada yang jenis ‘cepat pick-up’, ada yang ’slow’, ada yang mudah faham tapi mudah lupa, ada yang susah nak faham tapi cepat ingat. So, kita semua dilahirkan dalam keadaan kekuatan minda yang tidak sama.

Cikgu tak pernah percaya apabila ada orang mengatakan otak kita ni sama jer bila dilahirkan! Siapa kata? Cuba buktikan!!

Kita memang dilahirkan dengan kemampuan otak yang tak sama. Oleh itu, cara usaha kita juga berbeza. Jangan sedih jika anda dari golongan yang lambat dari segala-gala segi. Jika anda ada kemahuan, percayalah! anda masih mampu memperoleh kejayaan. Cuma anda mungkin memerlukan usaha yang lebih hebat dari orang lain. Mungkin dari sinilah ALLAH beri anda peluang untuk menambahkan pahala (setiap orang ALLAH beri peluang tambah pahala dalam perkara yang berbeza - maka berbeza jugalah cabaran yang dihadapi setiap orang).

“Orang yang ‘kurang’ MESTI berusaha lebih, manakala orang yang ‘lebih’ TIDAK perlu lagi berusaha lebih.” Itu maksud cikgu.

Di sini, cikgu perturunkan perkara-perkara yang boleh anda lakukan sepanjang cuti sekolah nanti. Jika anda nak berjaya, pastikan anda cuba ikuti perkara-perkara ini lebih awal:

  1. Beri masa untuk diri anda berehat sebaik cuti sekolah bermula. 3 hari adalah mencukupi untuk masa berehat. Kemudian, rancang apa yang anda mahu lakukan untuk mula study

  2. Sediakan jadual study. 3 subjek sahaja dalam satu hari. Paling kurang, 2 subjek dalam satu hari

  3. Tetapkan waktu untuk anda berehat/ menonton rancangan kegemaran/ makan/ beriadah/ tidur/ bantu ibubapa. Kemudian, isikan masa yang berbaki untuk study. Jangan paksa diri anda untuk study pada waktu-waktu yang tidak sesuai. (Jadual study anda akan terganggu jika bertindan dengan perkara-perkara yang boleh mengganggu konsentrasi anda).

  4. Tetapkan masa rehat/ tonton tv/ riadah/ tidur yang memadai sahaja. Jika anda ada banyak rancangan tv yang disukai, hadkan kepada rancangan tv tertentu sahaja. Pendekkan masa riadah anda jika ia lebih dari 2 jam kecuali jika beriadah hujung minggu

  5. Tidur seawal yang mungkin dan bangun seawal yang boleh untuk study di waktu pagi (sebelum subuh). Ini adalah waktu yang paling sesuai untuk study dengan tenang. Diperingkat awal, anda mungkin akan rasa mengantuk. Tak apa… cuba juga! Lambat laun, anda akan berjaya mengatasi rasa mengantuk bangun pagi.

  6. Cari buku-buku berkenaan cara study, motivasi belajar dan resepi kejayaan orang lain di pasaran

  7. Cuba pelbagai teknik belajar dan bandingkan yang mana lebih mudah ‘masuk’ dengan diri anda

  8. Elakkan baca buku sambil baring (jauhkan diri dari katil anda!)

  9. Jika rasa mengantuk, buat aktiviti memanaskan badan. Kemudian, sambung study semula

  10. Lawan perasaan bosan/ mengantuk/ penat/ sakit kepala dengan NEKAD untuk study. Berkatalah dari diri: “SAYA NAK STUDY! SAYA NAK STUDY! SAYA NAK STUDY!!!” - cikgu pernah lihat, ada orang melompat-lompat, genggam tangan dan hentak-hentak genggaman dalam udara semata-mata NAK STUDY. Ada kalanya, anda memang perlu paksa diri anda study! Tetapi, bila dah study, jangan study dalam keadaan tensyen. Relaks dan tanamkan perasaan happy

  11. Jangan hiraukan apa-apa yang berlaku di sekeliling anda kecuali yang mendatangkan bahaya. Jika anda dapat melakukan ini dengan jayanya, ini bermakna anda sebenarnya memang boleh study dalam keadaan bising

  12. Buat tak tau/ cakap dengan sopan “SAYA SEDANG STUDY”, kepada rakan/ adik beradik yang mengajak anda berborak. KECUALI dengan ibubapa atau orang yang lebih tua! Tak mengapa jika kita sombong ketika kita mahu study (ini pandangan cikgu sendiri ya… :-D ) - jangan sombong di waktu lain udah lee!

  13. Mulakan dengan makan & minum sedikit, kemudian doa, seterusnya study

  14. Study topik-topik bermula dari tingkatan 1 dan beri tumpuan pada perkara-perkara yang sukar difahami. Jika ada yang kurang faham, salin perkara yang tidak difahami itu untuk ditanya pada guru kemudian hari. Lagi baik jika anda berhubung dengan guru anda selalu sama ada melalui hp, email atau boleh juga kemukakan di blog cikgu ini. Anda boleh tanya soalan melalui ruangan “sembang-sembang” atau “forum cikgu nurul”

  15. Study yang baik ialah apabila anda mempunyai buku catatan kecil yang memuatkan perkara-perkara penting dan soalan-soalan yang boleh anda tanya kemudian. Bawa buku ini kemana sahaja anda pergi

  16. Lepas study topik tertentu, cuba cari soalan-soalan berkenaan topik tersebut dan cuba jawab. Jawab dalam kertas lain, jangan dalam buku tersebut. Seminggu atau 2 minggu selepas itu, cuba jawab sekali lagi soalan-soalan yang sama

  17. Study dengan hati yang tenang. Jangan paksa diri, jika anda tidak faham sesuatu topik. Cuba jawab soalan untuk topik berkenaan bagi mengetahui di mana sudut yang menyebabkan anda tidak faham. Sebenarnya ramai pelajar mengatakan tidak faham sesuatu topik itu sedangkan perkara itu sememangnya TIDAK perlu difahami! Jika topik yang tidak difahami itu telah menyebabkan anda gagal juga menjawab soalan berkenaan, pindah ke topik yang seterusnya. Jangan tunggu hingga anda betul-betul faham, baru tukar ke topik lain. Tak mengapa sekiranya anda mengabaikan topik tertentu. Tapi, jika terlalu banyak topik yang tidak difahami, ambil peluang untuk berbincang dengan guru/ rakan/ blog saya sendiri! Adalah lebih baik sekiranya anda tandakan halaman berkenaan untuk dirujuk semula dikemudian hari

Apa yang cikgu senaraikan di atas, hanya sekadar panduan semata-mata. Tanyalah diri sendiri: “AKU INGIN BERJAYA?” Jika “YA”, lakukan sesuatu ke arah itu. Paling utama anda mesti ada NEKAD yang SANGAT KUAT. Semua cadangan cikgu di atas tidak akan mendatangkan hasil jika anda ada keinginan tetapi anda tidak ada nekad!! Fikirkan…

Tiada sesiapa yang mampu membuatkan anda “study”. Hanya diri anda sahaja yang boleh paksa diri anda study. Ingat!… ramai orang sukar study hanya diperingkat awal sahaja. Selepas 1 jam atau 2 jam study berterusan (tanpa henti), dia akan mula rasa konsentrasi untuk study. Oleh itu, kuatkan azam dalam masa 1 hingga 2 jam pertama itu. Elakkan study dalam keadaan asyik terhenti-henti (pergi minum air laa… pasang radio laa… borak sekejap laa… dll. X-P )



Amalkan juga senaman/ sukan/ riadah kerana ia boleh menyebabkan badan anda segar dan bertenaga untuk study nanti. Walaubagaimanapun, jangan keterlaluan sehingga anda keletihan dan tak mampu memulakan study.

Banyakkan amalan doa/ wirid-zikir/ baca qur’an/ solat hajat @ sunat2 yang lain. Jangan lupa, jaga perhubungan anda dengan orang lain terutamanya dengan ibubapa. Minta bapa anda doakan kejayaan anda dalam pelajaran. Cikgu pernah terdengar bahawa doa bapa kita makbul untuk perkara-perkara dunia/ rezeki/ perkara-perkara baik, WALLAHU’ALAM.

Ubah sikap anda sekiranya anda seorang yang:

  1. mudah marah-marah

  2. cepat buruk sangka/ selalu berfikiran negatif terhadap orang lain

  3. pendendam/ cepat sakit hati/ mudah terasa/ mudah benci orang lain

  4. cerewet/ berfikiran sempit/ selalu doakan keburukan atas orang lain

  5. sukar terima pandangan orang lain

  6. tidak boleh terima orang lain mengatakan kekurangan anda atau keburukan anda (memangla pedih nak terima kenyataan tetapi, sebaiknya diamkan sahaja - lagi baik jika anda dapat mengiakan semuanya)

  7. mahu orang lain menyantuni anda dengan baik sedangkan anda tidak kisah cara anda berinteraksi dengan orang lain

“Eh… apa kaitan perkara di atas dengan topik kita sekarang ini??”

7 perkara di atas itu adalah penting untuk cara anda menangani hubungan dan interaksi dengan orang lain. Jika anda tiada masalah-masalah seperti di atas, insyaALLAH, hati anda lebih bersih dan mudah menerima pelajaran!


OKla….. Selamat Study Semua …..


Salam semua,

Kepada mereka yang telahpun menduduki PMR 2008, saya ucapkan tahniah. Mungkin sekarang ini, anda semua sedang berehat-rehat menenangkan fikiran. Berehatlah….. tetapi, jangan sampai melampaui batas. Elok juga anda merancang bersama-sama rakan atau keluarga untuk melawat beberapa tempat menarik. Berkelah juga sesuai dilakukan sekarang. Sambil berendam dalam air, ia dapat mengendurkan semula ketegangan otot, saraf dan salur darah yang telah berbulan-bulan kita gunakan untuk study sebelum ini.

Mungkin ada juga yang menggunakan waktu ini untuk membantu ibubapa di rumah menjaga adik dan menguruskan rumah. Apa-apapun, semoga semua aktiviti yang anda lakukan ketika ini membawa faedah kepada anda dan keluarga. Lagipun, sekarang bukan masanya untuk menghasilkan MASALAH-MASALAH yang tak sepatutnya anda lakukan - lepak, rempit, dating, clubing, party, drinking, smoking, etc. Ini semua bukan cara untuk anda gembirakan hidup anda!

Mungkin anda patut cuba jungle tracking atau kayak, rock climbing, atau juga any sport that are new to you. Warnai cuti anda dengan sesuatu yang anda boleh tersenyum puas dan ibubapa berbangga dengannnya.

Saya telah menerima beberapa email agar menyediakan jawapan kepada kertas 1 Science PMR 2008. Klik di sini.

Kepada yang memohon jawapan bagi kertas 2, saya mohon maaf kerana buat ketika ini, kita masih tidah boleh membawa keluar kertas tersebut. Oleh itu, saya tidak dapat menyediakan jawapannya.

InsyaALLAH, saya akan memasukkan ulasan bagi jawapan kertas 1 pada keluaran akan datang.

Harap maaf juga, buat masa ini, saya akan jarang-jarang menjengah blog ini. ‘Nak berehat sekejap’ - ‘Rest is the best medicine’. Oleh itu, ikuti perkembangan blog ini di sesi persekolahan tahun hadapan - 2009.

Kepada pelajar-pelajar yang akan menduduki PMR 2009, mulakan persediaan secara aggresif dalam waktu cuti ini. Elakkan menunggu sehingga persekolahan 2009 bermula. Persediaan awal adalah lebih baik kerana banyak perkara yang boleh kita lakukan untuk berjaya.