Cikgu Nurul's Blog

Blog Pembelajaran Sains PMR

Print

Jika ada yang masih mahu mendapatkan kertas2 trial PMR negeri2 lain, sila klik SINI . walaubagaimanapun, pautan ini hanya ada soalan dari Kedah, Perlis, Pahang, Johor, Kelantan dan SBP.


Klik SINI untuk mendapatkan buku jadual waktu peperiksaan Penilaian Menengah Rendah 2009.

Salam semua,

dah lama betul cikgu tak jenguk blog ni, sebenarnya. maaf sangat2. cikgu terpaksa memberi laluan kpd study cikgu sendiri (cikgu amik PJJ - Pendidikan Jarak Jauh). Tambahan pula, broadband cikgu bermasalah kebelakangan ini (mungkinkah ada kaitan ngan masalah kat Celcom? wallahu'alam). paling bermasalah ialah proses upload kertas. sampai tertido-tido dibuatnyer. hheh.......

tinggal beberapa hari shj bermulanya peperiksaan PMR buat calon-calon 2009. Oleh itu, cikgu mengucapkan SELAMAT MAJU JAYA. Buatlah yang terbaik dan sebaik mungkin, sehingga ke titisan peluh yg terakhir!...

semoga apa yang telah diusahakan selama ini terbayar dengan kejayaan yang cemerlang. walaubagaimanapun, kejayaan di akhiratlah yang paling utama. doakan semoga kejayaan kita ini nanti akan membantu kita berjaya di "sana".

cikgu sentiasa mendoakan yang terbaik utk semua anak didik cikgu termasuklah yg di alam cyber ini. yang paling penting, anda semua tidak mensia-siakan peluang dan perjuangan ini untuk menempa kejayaan di masa hadapan.


Salam semua,

Atas kesulitan yang dihadapi beberapa pengunjung blog ini, saya telah menyediakan pautan alternatif (Link Alternatif) kepada set-set soalan percubaan.

Walaubagaimanapun, buat masa ini, saya baru selesaikan untuk set soalan tahun ini iaitu dari negeri Perak dan SBP. Yang lain akan menyusul kemudian.

Untuk memudahkan proses download, sebaiknya anda menggunakan komputer dengan kelajuan internet yang tinggi.

Link alternatif itu akan membuka terus laman PDF fail tersebut. Oleh itu, pastikan komputer anda telah diinstal dengan PDF Reader (sila dapatkan perisian ini di ruangan Free Software yang saya sediakan di bahagian sidebar di sebelah).

Jika anda tidak biasa menggunakan fail berformat PDF dan tidak tahu bagaimana untuk save fail yang telah dibuka, sila klik pada butang disket di bahagian atas fail tersebut.

Berikut pula adalah kertas soalan Sains dan Matematik daripada Melaka:

Science

Link alternatif: [ P1 ] [ P2 ]


Mathematics
Link alternatif: [ P1 ] [ P2 ]




Berikut adalah pautan ke kertas-kertas percubaan PMR bagi negeri Sabah.

Science


Mathematics

Geografi

Salam,

Berikut adalah sambungan modul latih-tubi Bahasa Arab Komunikasi dari JAPIM.


Modul-modul ini telah dikirimkan oleh Us Ariffin Aziz dari Shah Alam. Terima kasih ustaz!... Semoga ia bermanfaat kepada semua.......



Salam,

Berikut adalah senarai kertas Peperiksaan Percubaan PMR dari Negeri Perak 2009. Sila download sendiri dari senarai di bawah. Ini kerana saya tidak akan mengirimkannya ke email masing-masing. Harap maklum.


BAHASA MELAYU
Link alternatif: [ K1 ] [ K2 ] [ Jwpn ]


ENGLISH

Link alternatif: [ P1 ] [ P2 ] [ Answ ]


BAHASA ARAB KOMUNIKASI
Link alternatif: [ BAK ] [ Jwpn ]


MATHEMATICS
Link alternatif: [ P1 ] [ P2 ] [ Answ ]


SCIENCE
Link alternatif: [ P1 ] [ P2 ] [ Answ ]
MAAF! Ada sedikit pembetulan pada skema jawapan, di mana saya telah tertanda "D" pada jawapan soalan objektif no. 28 dan lupa untuk memadamnya sebelum scan. Sebenarnya, jawapannya kekal adalah "C".


PENDIDIKAN ISLAM
Link alternatif: [ PAI ] [ Jwpn ]


SEJARAH

Link alternatif : [ SEJ ] [ Jwpn ]


GEOGRAFI
Link alternatif: [ GEO ] [ Jwpn ]


KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU PILIHAN 4
(Perdagangan dan Keusahawanan)
Link alternatif: [ KH4 ] [ Jwpn ]

Kertas KH pilihan yang lain tidak dapat disediakan. Ini kerana sekolah cikgu hanya menyediakan satu aliran KH sahaja.




Di bawah tajuk ini, saya hanya akan menyediakan beberapa sahaja tajuk flash yang sesuai. Oleh kerana ia merupakan pecahan flash-flash kecil dalam CD kementerian, ia tidak mempunyai butang "NEXT". Untuk itu, anda perlu klik kanan tetikus anda dan klik pula
butang "Play" untuk meneruskan flash berkenaan.


1. Melabel struktur-struktur pada paru-paru (Labeling the human lungs)

  • merupakan aktiviti melabel
  • klik sini




2. Mekanisma pernafasan (Mechanism of breathing)
  • menunjukkan bagaimana proses menarik nafas (inhalation) dan menghembus nafas (exhalation) berlaku
  • klik sini



3. Latihan: Mekanisma pernafasan (Mechanism of breathing)
  • menguji pemahaman tentang mekanisma pernafasan
  • sila klik kanan tetikus anda dan klik pada "Forward" untuk pergi ke soalan berikutnya
  • klik sini

4. Ringkasan: Pernafasan
  • merupakan nota ringkasan (remedial)
  • klik sini




5. Latihan Ulangkaji: Pernafasan
  • mengandungi latihan ulangkaji
  • klik sini



6. Pengangkutan oksigen (Transportation of oxygen)
  • merupakan nota yang menerangkan bagaimana oksigen meresap (diffuses) ke dalam salur darah, 4 ciri alveolus (4 characteristics of alveolus), bagaimana darah menjadi beroksigen (how blood becomes oxygenated), oksihemoglobin (oxyhaemoglobin), dan proses respirasi sel (cell respiration)
  • klik sini


7. Latihan: Pengangkutan Oksigen
  • mengandungi latihan dan ringkasan tentang topik ini
  • sila klik sini




8. Ringkasan: Pengangkutan Oksigen
  • merupakan nota ringkasan (remedial)
  • klik sini




9. Latihan Ulangkaji: Pengangkutan Oksigen
  • mengandungi latihan ulangkaji
  • sila klik sini




10. Ringkasan: Kesihatan Sistem Respirasi
  • mengandungi penerangan tentang jenis-jenis bahan yg merbahaya kepada kesihatan paru-paru, kesan tar, habuk, gas karbon monoksida dan gas nitrogen dioksida kepada paru-paru, dan contoh-contoh penyakit berkaitan paru-paru (diterangkan dengan menggunakan animasi).
  • klik sini

Salam,


Sejak kebelakangan ini, saya banyak menerima permohonan untuk mendapatkan kertas percubaan pmr. Tak terlayan saya dibuatnya. Oleh itu, saya berharap kepada sesiapa yang menginginkannya sila layari ruangan Bank Soalan PMR 2008 di Menu Utama (atau klik sini).

Di sana, saya telah sediakan pelbagai set soalan percubaan PMR dari pelbagai negeri termasuklah dari MRSM dan SBP. Kebanyakannya kertas sains. Tetapi ada juga untuk subjek2 lain terutamanya dari negeri Perak. Atas sebab2 teknikal, soalan peperiksaan sains PMR 2008 akan saya upload kemudian.

Sila download sendiri. Ini kerana saya tidak akan menghantar fail2 tersebut ke email masing2.

Dalam banyak2 permintaan, ada juga yang memohon Kertas Percubaan 2009. Untuk pengetahuan semua, kertas2 percubaan 2009 tidak akan di'publish' di sini buat masa ini kerana belum ada lagi negeri2 yang selesai menjalankan percubaan pmr masing2. Oleh itu, harap semua bersabar.

Negeri cikgu sendiri (Perak) akan menjalankan peperiksaan percubaan pmrnya pada 10 Ogos nanti (confirm). Bagaimana dengan negeri anda? Jika telah selesai, harap ada yang dapat kirimkan kertas2 tersebut ke email saya abiat07@yahoo.com. Jika tidak dapat menghantarnya melalui email, anda boleh juga menghubungi saya melalui email ini untuk mendapatkan alamat pos.

"Sharing is Caring"

Kongsikan kertas2 percubaan di tempat anda agar dapat saya paparkan di sini dan boleh dikongsi oleh semua rakan dari negeri2 yang lain.



Salam,

Hari ini, saya tergerak hati ingin berkongsi maklumat tentang suatu buku yang sesuai sebagai rujukan para guru yang mengajar Sains PMR seperti saya. Bukan berniat untuk memperniagakan buku tersebut.

Asalnya, saya tidak merancang langsung untuk membeli buku tersebut, kerana sememangnya saya sendiri tidak tahu akan kewujudan buku seperti itu. Sebelum ini, buku-buku pelajaran lebih kepada buku kerja, buku rujukan, buku set soalan ...

Semuanya bermula apabila saya mengunjungi Kedai Buku Popular di Taiping dengan niat sekadar mencari bahan bacaan ringan. Namun, puas saya membelek-belek buku di situ, tiada satupun yang menarik perhatian kecuali buku-buku encyclopedia yang berharga antara RM 40 - 80. Duit di tangan ketika itu sekadar RM 50. Nak cari bank, dah rasa malas yang amat sangat kerana kepenatan berkenderaan dari Kuala Kangsar ke Ipoh dan kemudiannya terus ke Taiping pula. Oleh itu terpaksalah membatalkan niat membeli salah satu daripada buku-buku itu.

Pun begitu, mata saya masih lagi meninjau-ninjau buku sehingga saya terjumpa buku ini:


Harganya RM 19.90. Menariknya buku ini kerana ia memberi kita panduan untuk menjawab kertas 2 Science PMR. Malah ia menyediakan contoh-contoh soalan beserta penerangan tentang bagaimana untuk mendapatkan jawapan yang terbaik. Juga ditunjukkan kenapa sesuatu jawapan itu tidak diterima atau ditolak. Lihat contoh di bawah:


Pada saya, buku ini lebih sesuai digunakan oleh para guru berbanding para pelajar. Walaubagaimanapun, pelajar2 semua masih boleh menjadikan buku ini sebagai panduan dalam menjawab soalan. Lagipun, ia bukanlah buku set soalan peperiksaan atau latih tubi. Ia cuma menerangkan bagaimana sesuatu jawapan itu perlu ditulis mengikut kehendak dan keperluan soalan yang diberi. Kerana inilah, saya lebih mewar-warkan agar guru sains sahaja yang berusaha memiliki buku seperti ini.

Tambahan pula, sejak kertas 2 Science PMR diperkenalkan 6 tahun yang lalu, setahu saya belum lagi ada buku panduan dalam menanda kertas soalan 2 bagi guru-guru yang mengajar sains. Sebelum ini, saya lebih banyak bergantung kepada perbincangan dengan guru-guru pemeriksa kertas soalan dan rakan-rakan.

Buku ini dibahagikan mengikut chapter dari tingkatan 1 hingga 3. Keseluruhannya dalam Bahasa Inggeris. Dikeluarkan oleh SAP Publications (M) Sdn Bhd. Juga ada untuk subjek matematik. Tertera di situ, ianya ditulis oleh pemeriksa kertas soalan (tetapi tidak pula dinyatakan siapa??...)

Diingatkan sekali lagi bahawa, saya tidak berniat memperniagakan buku ini. Oleh itu, kepada yang berminat untuk mendapatkan buku itu, sila berurusan sendiri dengan syarikat tersebut. Mereka ada sediakan email: cs@sapgrp.com dan no. telefon 03-5192 9622.

Ok, itu sahaja yang ingin saya kongsikan hari ini. Salam buat semua...

Salam,

Aaaghhh... penatnya!! Penat sangat kerana semalam di sekolah ada program jualan mega. Sekali lagi, kelab cikgu (seni budaya) telah bergabung dengan kelab sejarah dan geografi. Kami telah membuka gerai menjual naget, sosej, bebola ikan, puding buah dan buah-buahan.

Sebenarnya ada 3 lagi program bergerak serentak. Di mana, pelajar tingkatan 4 ada program bahasa arab bersama pelajar2 dari UIA dan bengkel ICT untuk semua pelajar aliran ICT (tingkatan 4 & 5) yang melibatkan beberapa buah sekolah lain di daerah cikgu. Satu lagi ialah pertandingan Percussion antara kelab.

Dalam kami sebuk2 berniaga itulah datang 2 orang pelajar tingkatan 2 bertanyakan soalan sains kepada cikgu. Sebenarnya dia bukan anak murid cikgu. Tetapi dek kerana minat bertanya soalan secara terbuka kepada guru-guru yang ditemuinya, sempat juga dia bertandang ke gerai cikgu semata-mata untuk bertanya soalan sahaja. Meriah jugalah gerai cikgu dengan gelak ketawa anak-anak buah cikgu dan 2 orang pelajar ini. Maka muncullah pelbagai nama ejekan sesama mereka kerana masing2 cuba mencelah antara perbincangan kami.

Perbincangan kami berkisar kepada topik kaitan warna dengan pemindahan haba serta "surface tension", dalam bahasa melayu disebut "ketegangan permukaan air".

Ia bermula atas rasa tidak puas hati kerana guru sainsnya telah menolak jawapannya dalam peperiksaan lalu tentang tajuk warna dan pemindahan haba. Sebenarnya, dia keliru antara proses penyerapan (heat absorbing) dan penyebaran haba (heat radiation).

Untuk memahami tajuk ini, kita semua mesti memahami "dari mana sumber haba itu datang?"! Jika tidak, kekeliruan pasti akan timbul. Sumber haba boleh saja datang dari luar (seperti pancaran matahari ke atas sebekas air) dan juga haba yang datangnya dari dalam (seperti air panas yang dibiarkan sejuk).

Soalan berikut, pasti anda semua dapat menjawabnya:

Kenapa kita tidak digalakkan memakai baju hitam di tengah padang pada waktu tengahari yang panas terik?

Sudah pasti jawapannya kerana warna hitam penyerap haba yang paling baik. Betul tak?!!...

Tetapi, pernah anda terfikir kenapa majoriti orang asia berambut hitam sedangkan negaranya agak panas? Tidakkah nanti penduduk asia akan kepanasan??.....

Sesungguhnya ALLAH itu Maha Adil!! Walaupun negara2 ini agak panas, dikurniakan penduduknya berambut hitam kerana warna hitam juga adalah PENYEBAR HABA YANG PALING BAIK (good heat radiator).

Oleh itu, jika anda berada ditempat yang redup, baju hitam akan menyebabkan badan anda lebih cepat sejuk berbanding orang yang memakai baju putih!!!

So, ingatlah!!... warna hitam adalah penyerap haba paling baik dan juga penyebar haba yang paling baik. Sedangkan warna putih adalah penyerap haba yang paling lemah dan penyebar haba yang paling lemah juga (lambat membebaskan haba dari dalam dirinya).


Persoalan terakhir yang dikemukakan oleh pengunjung gerai cikgu itu ialah "kenapa jarum yang diletakkan di atas tisu di atas permukaan air tidak tenggelam?"Haa..... apakah jawapannya?

Jika persoalan pertama, ada beberapa orang anak buah cikgu di gerai itu cuba menjawabnya. Kali ini semua orang terdiam. Semuanya menyandarkan diri ke belakang. Hmmm... bagaimana dengan anda sendiri?..... Apakah jawapannya??.....

Untuk pengetahuan anda, tajuk ini tidak ada dalam mana-mana silibus sains tingkatan 1 hingga 3. Cikgu sendiri kurang pasti, ada atau tidak tajuk ini dalam sains menengah atas (cikgu dah lupa - mungkin ia berada dalam sains tingkatan 5 atau tingkatan 6 ke atas...)

Sebenarnya, persoalan ini berkaitan dengan topik "surface tension" (ketegangan permukaan air). Sebelum cikgu terus menerangkan jawapannya, cikgu nak mulai dengan persoalan dan ujikaji yang juga berkaitan. Anda sendiri boleh mencubanya.

Caranya, sediakan setitis besar air biasa (sebesar duit 10 sen) dan air sabun basuh baju. Buang buih sabun yang berlebihan agar pemerhatian mudah dibuat. Ingat!... jangan letakkan kedua-dua titisan itu berhampiran antara satu sama lain - ditakuti ia akan menjejaskan pemerhatian kita nanti.

Langkah yang berikutnya, dengan menggunakan jari yang bersih, sentuh titisan air itu dan seretkan sehingga lebih kurang 5 - 10 cm. Kemudian, dengan cara yang sama, gunakan jari yang bersih untuk seretkan air sabun tadi sehingga jarak yang serupa. Perhatikan perbezaan antara kedua-dua jenis larutan itu. Adakah sama kesan seretan antara air dan air sabun???...

Air mempunyai sifat ketegangan permukaan air yang lebih tinggi berbanding air sabun. Oleh itu, jika kita perhatikan setitis air, ia akan membentuk suatu lengkungan separa bola, tidak seperti air sabun. Ini kerana daya tarikan antara zarah-zarah air di permukaannya sangat kuat sehingga masing2 enggan berpisah antara satu sama lain.

Semua zarah-zarah air di permukaan akan sentiasa tertarik kepada zarah-zarah air di sebelah dalamnya. Ini akan menyebabkan permukaan air menjadi seolah-olah suatu lapisan keras yang menghalang bendasing masuk ke dalamnya dengan mudah kecuali dengan menggunakan daya yang lebih tinggi daripada daya yang dihasilkan oleh "ketegangan permukaan air" itu.

Kerana itulah, jarum yang diletakkan di atas tisu di atas permukaan air (secara perlahan-lahan) tidak akan tenggelam, sedangkan jarum itu lebih tinggi ketumpatannya (denser) berbanding air. Tetapi, jika kita menekan salah satu hujung jarum itu ke dalam air, jarum itu akan tenggelam kerana kita telah memecahkan ikatan antara zarah-zarah di permukaan air itu.

Maaf la, cikgu tidak dapat menyediakan gambar yang sesuai. Kebetulan pula, kamera cikgu dah tak ada - dah hilang. Walaubagaimanapun, eksperimen ini amat mudah dijalankan. Cubalah sendiri dan perhatikan permukaan kedua-dua jenis larutan ini dari arah sisi.

Berbalik kepada kisah di gerai itu tadi, anak2 buah cikgu semuanya mencadangkan agar kami membuka gerai soalan sains pula. hahahahaha..... 1 soalan sains - seringgit! .......


Salam,

Baru-baru ini, ada salah seorang sahabat cikgu telah mengirimkan 5 modul soalan latih tubi untuk Bahasa Arab Komunikasi PMR dari JAPIM. Ini berikutan ada pemintaan dari salah seorang pelajar yang mengunjungi blog cikgu.

Oleh itu, cikgu telah kepilkan di sini set-set soalan itu beserta dgn jawapannya sekali:


Sementara itu, cikgu juga telah menyediakan pautan baru ke Bank Soalan 2009 di sidebar. Di sinilah nanti, cikgu akan letakkan semua set soalan percubaan, latih tubi dan kertas pekse. Dan set yang pertama cikgu letakkan, adalah modul latih tubi bahasa arab ini. So... tunggulah kedatangan set-set soalan yang lain pula.

Salam,

Hari ini agak memenatkan. Ini berlanjutan dari malam semalam kerana cikgu dan anak buah dari Kelab Seni Budaya serta Kelab Sejarah-Geografi telah mengadakan program kemuncak dari malam sabtu sehinggalah tengahari tadi.

Malam tadi, kami adakan pertunjukan fesyen kreatif (lelaki sahaja). Manakala, pagi tadi diadakan pertandingan arca (lelaki) dan landskap (perempuan). Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar dan kami telah sepakat untuk menyediakan hadiah untuk pelbagai kategori - tidak lagi tertumpu kepada tempat pertama, kedua dan ketiga. Sebaliknya, hadiah diberikan mengikut ciri atau elemen istimewa yang berjaya ditonjolkan bagi setiap acara. Ada yang menang kategori arca paling inovatif, arca paling saintifik, landskap paling eksotik dsb. Lega rasanya... semua telah selesai.......

Dalam pada cikgu mengadili kedua-dua acara lelaki dan perempuan yang berjalan serentak, sempat juga cikgu dikelilingi oleh beberapa orang pelajar cikgu bertanyakan soalan sains (diffusion of gases in respiratory system & electromagnetism). Siap bawa buku soalan dan buku rujukan lagi... hahaha..... cikgu tak kesah. lagipun, cikgu dah biasa buat 2-3 keje dlm satu masa.

Sambil2 berbincang itulah, tetiba timbul persoalan tentang: bilakah percubaan pmr perak? Ramai yang sudah berdiskusi sesama sendiri tentang tarikh sebenar percubaan ini. Namun, setahu cikgu (seperti yang disampaikan semasa assembly jumaat baru ni), 10 Ogos utk percubaan spm. Manakala, 3 hb utk percubaan pmr.

Pada asalnya, kedua-dua percubaan spm dan pmr akan berlaku serentak pada 10 ogos itu. Namun, disebabkan masalah tempat, tarikh pmr dipercepatkan seminggu. Wallahu'alam.

Apa-apapun, kita tunggu dan lihat sahaja dulu. InsyaALLAH, seperti biasa, cikgu akan uploadkan soalan percubaan ini untuk anda semua. Cikgu akan usahakan dengan skima pemarkahan sekali.

Jika percubaan di tempat anda telah bermula, harap bolehlah kirimkan ke email cikgu di abiat07@yahoo.com. Terpulang pada anda, sama ada, anda kirimkan dalam bentuk softcopy atau kirimkan ke alamat rumah cikgu. Apa-apapun email cikgu dahulu. Kalau boleh, kirimkan sekali dengan skima jawapan.

Oleh itu, sama-samalah kita kongsikan kertas-kertas percubaan setiap negeri seperti yang telah dilakukan oleh pelajar2 dan guru2 alam siber tahun lepas. Terima kasih terhadap segala sumbangan mereka. Diharap, tahun ini juga begitu. Sesungguhnya, perkongsian ini pasti menguntungkan semua orang!

Akhir kata, kepada semua pelajar2 pmr tahun ini, bersedialah untuk menghadapi peperiksaan percubaan pmr tidak lama lagi dan berikan sepenuh perhatian anda terhadapnya. Semoga anda semua berjaya.

Salam semua,


Cikgu nak minta maaf banyak2 kat semua pengunjung blog ini. Terutamanya kepada mereka2 yang ingin mendapatkan pelbagai kertas soalan peperiksaan lalu.

Ketika ini, saya sedang mengubahsuai laman blog ini agar lebih menarik. Malah, saya akan asingkan terus ruangan bank soalan 2008 dengan bank soalan 2009. Semua pautan ke bank soalan 2008 akan dimasukkan ke dalam satu menu sahaja. Manakala, bank soalan 2009 akan disisipkan di dalam sidebar.

Flashvideo2 yang ada juga akan diubah supaya semua tetamu cikgu boleh melihat flash tersebut tanpa perlu men'download' terlebih dahulu. Dan..... pelbagai lagi pengubahsuaian yang dirasakan perlu.Justify Full

InsyaALLAH, bulan hadapan, pasti banyak negeri2 yang akan mengadakan Percubaan PMR masing2. Saya akan usahakan untuk mengupload semua set soalan percubaan ini (terutamanya negeri perak - negeri cikgu bertugas sekarang) beserta dengan skima jawapan (jika ada). Untuk itu, saya harap sesiapa sahaja yang memiliki kertas2 percubaan beserta jawapan, sila kirimkan ke email cikgu di abiat07@yahoo.com atau hubungi email ini agar saya boleh kirimkan alamat surat menyurat saya kepada anda. Anda boleh mengirimkan kertas soalan yang telah diphotostat atau yang telah comot (dengan jawapan). Saya akan mengedit kertas tersebut sebelum diupload ke blog ini.

Akhir kata, Selamat Belajar kepada anda semua ...

Salam semua,

Beberapa hari yang lalu, saya menerima banyak permintaan dari anak murid saya sendiri untuk menerangkan semula tajuk Lever. Konpius, kata deme (loghat perak). So, saya gunakanlah kesempatan masa yang ada ini untuk sama-sama mengongsikannya dengan pelajar2 di alam siber ini pula. Sebenarnya, tajuk ini dikatakan antara tajuk yang agak sukar. Ini kerana di dalamnya ada persoalan seperti:
  1. bagaimanakah menentukan jenis tuas (class of lever)?
  2. apakah contoh-contoh tuas kelas pertama, kedua dan ketiga?
  3. bagaimanakah untuk menyelesaikan pengiraan yang melibatkan tuas?
Persoalan ketiga di atas sering dianggap tahap paling sukar. Mungkinkah kerana di sana ada melibatkan pengiraan?

Sebenarnya, jika kita faham di manakah kedudukan fulkrum (fulcrum) yang ditunjukkan dalam gambarajah dan bagaimanakah cara mengaplikasikan formula yang telah dipelajari, ia bukan lagi sesuatu yang amat sukar. Apa yang perlu ialah, kita kerapkan lagi membuat latihan seumpama itu.

Oklah... apa kata kita mulakan dengan persoalan yang pertama tadi?...
Bagaimanakah menentukan jenis tuas (class of lever)?

Pertama sekali, tentukan kedudukan perkara-perkara berikut: Beban (Load), Daya (Effort), dan Fulkrum (Fulcrum) Utamakan perhatian anda kepada perkara yang terletak di tengah-tengah alatan.

Jika fulkrum berada di tengah-tengah, kita katakan dia berada dalam kumpulan "Tuas Kelas Pertama" (First Class Lever).

Tuas kelas kedua (second class lever) pula, merupakan tuas yang mempunyai beban (load) terletak di tengah-tengahnya.


Tuas kelas ketiga (third class lever) merujuk kepada tuas yang mempunyai daya (effort) terletak di tengah-tengahnya pula.

Perhatikan! Apabila menentukan jenis tuas (class of lever), kita perlu kenalpasti jenis bahagian tuas yang terletak di tengah-tengah sahaja. Untuk itu, kita hanya perlu menghafal

FLE

"F" untuk Fulcrum (fulkrum)
"L" untuk Load (beban)
"E" untuk Effort (daya)

"F" berada paling kiri untuk mewakili tuas kelas pertama, "L" di tengah-tengah menunjukkan dia adalah tuas kelas kedua dan "E" berada di sebelah kanan, kerana dia adalah tuas kelas ketiga.

Ok. Sudahkah anda memahami bagaimana menentukan jenis tuas? Untuk memastikannya pula, apa kata, jika anda cuba pula mengenalpasti jenis tuas bagi alat-alat berikut. Tuliskan jawapannya pada kertas. Kemudian, periksa jawapan anda di bawah gambar pemandangan.


Iklan sebentar ..... (gimik jer ...)

Teman sejati .......





Berikut adalah, jawapan kepada persoalan di atas:

Tuas kelas pertama (first class lever)
  • pemangkas, penebuk lubang, pengepit baju dan pengepit kuku
Tuas kelas kedua (second class lever)
  • pemecah buah, pembuka tin dan pam angin
Tuas kelas ketiga (third class lever)
  • pengepit ais, cangkul, penyapu dan joran

Adakah Cikgu Nurul telah tertinggal sesuatu???.... Tidak!

Bagaimana dengan pisau cincang dalam gambarajah itu?

Jawapannya ialah ... ia bukan sejenis tuas. Kecuali sekiranya anda meletakkan bawang di bawah mata pisau dalam keadaan salah satu hujung pisau itu dipasakkan kepada papan pemotong. Jika benar-benar berlaku, ia akan menjadi tuas kelas kedua kerana beban (Load) berada di tengah-tengah.

Bagaimana keadaan anda sekarang? Sudah semakin jelas? Jika masih belum, sila kemukakan persoalan yang bermain dalam minda anda tentang tajuk ini dalam ruangan Komen di bawah posting ini.

Seterusnya kita lihat pula bagaimana untuk menyelesaikan masalah matematik dalam tajuk ini.



Pengiraan yang melibatkan tuas



Dalam menguasai bahagian ini, anda seharusnya menitik-beratkan hal-hal berikut:
  1. di manakah kedudukan fulkrum?
  2. berapakah jarak antara fulkrum dengan beban (load)?
  3. berapakah jarak antara fulkrum dengan daya (effort)?
  4. apakah unit-unit yang digunakan?

Dalam bahagian ini, anda tidak sepatutnya mengandaikan bahawa fulkrum akan "sentiasa berada di tengah-tengah". Ini kerana ia boleh sahaja berada di mana-mana untuk menjadikan alat itu tuas kelas kedua atau ketiga. Dengan kata lain, cari dahulu kedudukan fulkrum sebelum anda memulakan kiraan.

Formula pengiraan tuas ialah:


Nilai "Beban" adalah berat beban dalam unit Newton. Manakala "Jarak beban" dikira dari kedudukan Beban ke kedudukan fulkrum.

Begitu juga, nilai "Daya" adalah dalam unit Newton dan "Jarak daya" berada antara Daya dengan fulkrum.

Perhatikan di sini! Semua jenis jarak (sama ada jarak beban atau jarak daya) sentiasa diukur dari FULKRUM ke tempatnya.

Mari kita mulakan dengan contoh yang sangat mudah. Apa yang anda perlu lakukan ialah memasukkan semua nilai berkaitan seperti dalam formula di atas.

Contoh 1:


Berdasarkan rajah di atas, berapakah nilai bagi beban?

Penyelesaian:


Sekarang, cuba pula latihan di bawah:


Latihan 1



Berbanding dalam contoh sebelum ini, dalam Latihan 1 (a), anda diminta mencari nilai bagi Jarak B. Walaupun di sini, kita tidak lagi menggunakan perkataan "beban" dan "daya", namun formula yang digunakan hampir sama. Di mana, anda hanya perlu menukarkan ianya menjadi seperti berikut:

A x Jarak A = B x Jarak B

Kemudian, gantikan semua nilai-nilai yang diberi ke dalam formula tersebut dan cari nilai yang dikehendaki oleh soalan. Tetapi, jangan lupa untuk memeriksa unit yang digunakan. Jika anda tidak berjaya memperoleh jawapan seperti yang ditunjukkan dalam soalan, sila kemukakan dalam komen dan sama-sama kita lihat di manakah kecuaian telah berlaku.

Bagi soalan Latihan 1 (b) pula, saya telah mengubah pelbagai perkara. Contohnya, saya tidak lagi menggunakan Tuas Kelas Pertama (kita mungkin tidak dapat memastikan sama ada ianya adalah tuas kelas kedua atau ketiga kerana kedudukan Beban dan Daya tidak dinyatakan dalam soalan tersebut!!).

Selain itu, saya juga telah menggunakan unit cm bagi jarak dan unit kg bagi kedua-dua objek. Saya lebih suka menasihatkan anda untuk menukarkan dahulu semua unit yang diberi kepada unit-unit yang dikehendaki (terutamanya kepada pelajar yang kurang mahir).

Oleh itu, tukarkan semua unit cm kepada m (bahagikan dengan 100). Begitu juga, tukarkan unit kg kepada N (darabkan dengan 10). Seterusnya barulah anda gunakan formula tuas untuk mendapatkan jawapan.

Sebagai panduan: 1 m = 100 cm; 1 N = 10kg (nilai tukaran Newton ini khas digunakan di negara kita kerana faktor tarikan graviti. Jika di tempat lain, nilai tukarannya mungkin berbeza).


Sebenarnya contoh pengiraan di atas (termasuk latihan), meminta anda mencari nilai yang kurang lengkap semata-mata. Ia masih boleh dikatakan soalan aras rendah kerana anda hanya perlu tahu menggunakan formula tuas dengan betul dan tidak cuai dalam memerhatikan unit -unit yang digunakan.

Seterusnya, saya akan mendedahkan anda dengan pengiraan tuas yang sedikit kompleks. Fahamkan contoh di bawah:


Contoh 2:


Penyelesaian:


Cuba latihan di bawah untuk menambahkan lagi kefahaman anda.


Latihan 2 (klik pada gambar untuk membesarkannya)


Jawapan telah diberi. Berjayakah anda menyelesaikan permasalahan di atas?

Sebagai panduan, dalam Latihan 2 (a), saya hanya menukarkan kedudukan nilai yang perlu dicari. Sepatutnya, anda tetap tidak menghadapi masalah kerana cara penyelesaiannya masih sama seperti dalam Contoh 2.

Sebaliknya dalam Latihan 2 (b), anda perlu mengetahui nilai sebenar jarak antara C dan D. Walaubagaimanapun, untuk mendapatkan nilainya, anda perlu mencari dahulu jarak D dan kon (fulkrum). Setelah berjaya, barulah anda boleh menolak nilai itu dengan jarak C dan kon. Tak berapa nak faham? Cuba buat dan tunjukkan cara penyelesaiannya di ruangan Komen di bawah posting ini. InsyaALLAH, saya akan tunjukkan di mana kekurangannya. Sebelum itu, anda mungkin boleh bincangkan latihan ini bersama rakan - itu lebih baik!


Bahagian yang berikutnya, saya akan tunjukkan satu lagi bentuk soalan pengiraan tuas yang lebih kompleks. Ia bukan sekadar melibatkan kemahiran anda dalam matematik. Tetapi, ia juga menuntun kefahaman anda dalam Konsep Tuas.

Sebenarnya, dalam konsep ini, ia bukan sekadar untuk menunjukkan hubungan antara kerja (work) yang dilakukan di bahagian beban adalah bersamaan dengan kerja yang dilakukan di bahagian daya. Tetapi, ia juga menunjukkan jumlah kerja yang dilakukan di sebelah kiri fulkrum adalah bersamaan dengan jumlah kerja yang dilakukan di sebelah kanan fulkrum.

Ringkasannya:


Hakikatnya, unit "Nm" sebenarnya adalah unit bagi "kerja (work)"!!

Ingatkah anda, apakah formula mengira kerja (work done)??





Bukankah formula di atas telah menunjukkan seolah-olah pengiraan tuas menggunakan formula kerja (work done). Cumanya, dalam formula tuas, kerja di sebelah kiri mesti sama dengan kerja di sebelah kanan. Sekiranya anda faham akan konsep ini, maka anda tidak akan menghadapi masalah untuk menguasai topik ini.

Oleh itu, yang seterusnya, saya akan tunjukkan cara menyelesaikan pengiraan tuas yang "lebih-lebih" lagi kompleksnya. Bukan sekadar pengiraan, tetapi anda juga harus faham akan konsep yang saya terangkan dalam perenggan di atas.


Contoh 3:

Penyelesaian:

OK? Sudah boleh faham konsepnya? Cuba pula Latihan 3 di bawah untuk mengetahui sama ada anda benar-benar faham atau tidak.


Latihan 3: (Klik pada rajah di bawah untuk membesarkan imejnya)


Bagaimana? Dapatkah anda memperoleh jawapan yang sama seperti di atas?

Mungkinkah jawapan saya di atas adalah salah?..... mungkin juga. Kerana manusia itu dijadikan sangat lemah. Jika anda merasakan jawapan di atas boleh dipertikaikan, sila kemukakan jawapan anda dan kita bincangkan. Dengan cara ini, anda akan lebih memahami tajuk ini dengan lebih baik lagi. Jangan rasa malu untuk "tersilap semasa belajar". Sebaiknya, anda patut malu apabila anda memperoleh keputusan yang buruk semasa peperiksaan nanti!! Fikir-fikirkan.

Pada saya sendiri, bukan suatu masalah yang besar apabila ada di antara pelajar saya dapat membuktikan jawapannya lebih tepat. Namun, biarlah ia dilakukan dengan cara yang baik dan sopan. Lagipun, ia akan mencambahkan lagi daya pemikiran para pelajar dalam menguasai ilmu pengetahuan dan mengelakkan mereka daripada sekadar menerima ilmu secara "bersuap".

Oklah ... penat pula rasanya mengadap laptop terlalu lama. Untuk pengetahuan, saya memerlukan lebih kurang 5 hari untuk menyiapkan posting ini. Yang menambahkan lagi kesukaran adalah, saya terpaksa mereka dan memasukkan imej berulang kali. Caranya: lukis dan taip dalam word. Kemudian, gunakan "PrintScreen" key untuk menangkap gambarnya dan memindahkannya ke dalam Paint. Seterusnya, meng'eksport' gambar berformat BMP itu kepada format 'GIF' yang berkapasiti rendah supaya mudah diupload ke dalam blog ini. Syukurlah hari ini cuti (sabtu). Dapatlah saya menyiapkannya sehingga selesai. Sambil2 itu, sempat juga saya mengikuti 2 kuliah Thermodynamics dan Organic Chemistry oleh pensyarah secara Live Streaming. Zaman sekarang, kalau nak belajar, tidak semestinya kita perlu mengadap guru seperti kaedah konvensional. Samalah seperti apa yang anda lakukan sekarang!! Yang penting, anda terus mengejar ilmu.......

Untuk memudahkan anda, baik kiranya laman ini dicetak. Tambahan pula, posting kali ini lebih menjurus kepada pengiraan. Sudah pasti, sukar untuk anda membuat rujukan dan menjawab soalan sambil mengadap komputer terlalu lama.

Cukup setakat ini dahulu. Sekiranya anda ingin membincangkan topik ini, klik Komen di bawah.

Assalamualaikum...

Hampir kesemua flashvideo ini dalam bahasa inggeris. Anda boleh sekadar menontonnya atau memuat turun (download) fail tersebut utk simpanan sendiri.

Bagi memainkannya, anda perlu memiliki flashplayer. Perisian ini boleh didapati di ruangan Free Softwares.

Klik pada perkataan bergaris utk melihat flashvideo berkenaan.

1. Urinary Process (Proses pembuangan air kencing)

  • ada audio
  • sesuai utk pelajar peringkat SPM dan universiti
  • menerangkan bagaimana proses pembentukan air kencing di Bowman's capsule

2. The atomic symbols, relative number and mass number (Simbol atom, nombor relatif dan nombor jisim bagi atom
  • utk subjek kimia
  • tiada audio
  • mempunyai latihan ringkas untuk menguji kefahaman. hanya masukkan nombor yang betul dan klik butang Enter. penerangan jawapan juga diberikan

3. Stages of meiosis (Peringkat-peringkat miosis)
  • utk subjek biologi
  • ada audio
  • berkenaan pembahagian sel pembiakan (untuk menghasilkan sel gamet)
  • menunjukkan persilangan kromosom dari peringkat profasa ke telofasa II

4. Reading triple beam balance (Membaca neraca 3-palang)
  • tiada audio
  • menerangkan cara menggunakan neraca ini
  • disediakan latihan utk menguji kefahaman. hanya masukkan nombor ke dalam kekotak dan klik butang Check Answer

5. Mitosis and Meiosis (Mitosis dan Miosis)
  • utk subjek biologi dan sains tingkatan 4
  • tiada audio
  • berkenaan pembahagian sel
  • diterangkan peringkat demi peringkat
  • ada ringkasan utk detiap peringkat (di sebelah kiri)
6. Heart attack (Serangan sakit jantung)
  • tiada audio
  • menunjukkan bagaimana salur darah dalam jantung boleh tersumbat

7. Eye structure and functions (Struktur dalam mata dan fungsi2nya)
  • tiada audio
  • biologi (tidak sesuai utk sains tingkatan 2) peringkat universiti
  • menunjukkan bagaimana penglihatan terjadi

8. Mass vs weight (Jisim lwn berat)
  • tiada audio
  • sesuai utk sains tingkatan 1 ke atas

9. Law of inertia (Hukum inersia)
  • sesuai utk fizik dan sains tingkatan 5
  • tiada audio

10. How kidney work (Bagaimana buah pinggang berfungsi)
  • tiada audio
  • biologi (sistem perkumuhan melalui pembuangan air kencing)
  • mudah difahami

11. Electric circuit (Litar elektrik)
  • dalam bentuk permainan dan ada ujian
  • sangat menarik
  • tiada audio

12. Diagnosis haemophilia
  • biologi dan sains (penyakit darah sukar membeku semasa luka)
  • tiada suara/ audio
  • menunjukkan cara bagaimana penyakit haemofilia dikesan

13. Comparison between meiosis and mitosis (perbandingan antara miosis dan mitosis)
  • biologi dan sains tingkatan 4 (pembahagian sel)
  • ada suara

14. Cardio system (Sistem jantung)
  • biologi dan sains tingkatan 3
  • ada suara (agak nyaring nyeee...)
  • menunjukkan struktur jantung dan pengaliran darah di dalamnya

15. Atherosclerosis (Aterosklerosis)
  • biologi dan sains tingkatan 3
  • tiada suara
  • bukan dalam bentuk video
  • menunjukkan bagaimana penyumbatan salur darah di jantung berlaku
  • gerakkan tetikus pada setiap struktur untuk melihat notanya

16. Anatomy of the ear (Anatomi telinga)
  • biologi dan sains tingkatan 2 (agak kompleks)
  • tiada suara
  • klik pada mana-mana struktur utk melihat penerangan yang lebih detail tentang struktur tersebut
  • menerangkan bagaimana bunyi dipindahkan antara struktur2 dlm telinga

17. Unique features of meiosis (Ciri2 unik pada meiosis)
  • biologi
  • ada suara
  • menunjukkan process of crossing over (proses penyilangan dna) dengan lebih jelas

18. Test for starch in leaf (Ujian kanji ke atas daun)
  • biologi dan sains
  • tiada suara
  • menunjukkan cara-cara menjalankan ujian kanji ke atas daun
  • mudah difahami

19. Reproduction in flowering plants - 2 (Pembiakan tumbuhan berbunga - 2)
  • sains tingkatan 3
  • tiada suara
  • menunjukkan struktur bunga, pollination process (proses pendebungaan), self-pollination and cross-pollination (pendebungaan sendiri dan pendebungaan kacuk), agents of pollination (agen pendebungaan), fertilization (persenyawaan), germination (percambahan), dan byk lagi topik di dlmnya.
  • ada kuiz

20. Mitosis and cytokinesis (Mitosis dan sitokinesis)
  • biologi
  • ada suara
  • menerangkan dari proses profasa ke telofasa

21. Life cycle of malaria (Kitaran hidup malaria)
  • biologi dan sains tingkatan 5
  • ada suara

22. Kurinary Kidney (Struktur buah pinggang)
  • sains tingkatan tiga
  • ada suara
  • klik pada nama struktur utk mendengar cara sebutan dan fungsinya

23. How haemodilysis work (Bagaimana hemodailisis berfungsi)
  • sains tingkatan 3
  • tiada suara
  • menunjukkan bagaimana darah dicuci oleh mesin ini

24. Fetal stages (Peringkat-peringkat pertumbuhan bayi dalam kandungan)
  • sains tingkatan 3
  • tiada suara
  • klik pada butang next dan butang mengikut hari untuk melihat apa yang berlaku pada setiap peringkat

25. Enzyme (Enzim)
  • biologi
  • tiada suara
  • mudah difahami
  • menunjukkan maksud enzim dan cara berfungsi, jenis2 enzim inhibitor, enzim alosterik dll.

26. Digestive system (Sistem pencernaan)
  • sains tingkatan 2
  • ada suara (agak nyaring)
  • menunjukkan bagaimana makanan dicernakan secara ringkas

27. Detect starch in leaf (Mengesan kehadiran kanji dalam daun)
  • sains tingkatan 1 dan biologi
  • tiada suara
  • menunjukkan perbandingan daun yang disimpan di tempat gelap dan di tempat cerah. kemudian, dijalankan ujian kanji
  • mudah difahami

28. Chemical synaps (Sinaps kimia)
  • biologi
  • ada suara
  • menunjukkan apa yang berlaku di hujung sinaps

29. Cell division (Pembahagian sel)
  • biologi
  • tiada suara
  • menunjukkan penerangan bagi setiap peringkat dari profasa ke sitokinesis

30. Cancer growth (Pertumbuhan sel kanser)
  • sains umum
  • tiada suara
  • menunjukkan peringkat2 pertumbuhan sel kanser

31. Anatomy of the heart (Anatomi jantung manusia)
  • sains tingkatan 3
  • tiada suara
  • menunjukkan struktur pada jantung, cara pengaliran darah dlm jantung dan disertai dengan latihan soalan












Salam semua...

Dah lama benar, cikgu tak posting apa2 di sini. Cuti yang panjang ini pun tak dapat cikgu gunakan untuk menghantar artikel kerana seminggu ini cikgu kurang sihat. Cuti macam tak cuti sahaja rasanya kerana banyak diisi dengan berbaring sahaja. Ingatkan nak aktifkan semula aktiviti berjoging petang-petang. Baru sekali buat (isnin yang lalu), terus sahaja cikgu di serang sakit kepala sehingga sekarang. Inipun kepala masih berdenyut-denyut.


Buat masa ini, cikgu lebih galakkan korang semua mengemukakan soalan sains di Forum Cikgu Nurul (sila lihat di sidebar). InsyaALLAH, cikgu akan cuba menjawab serba sedikit. Kalau ada yang sudi nak berkongsi petua dan teknik mengingat fakta sains, bolehla juga masukkan kat forum tersebut. tak rugi berkongsi ilmu:

"saya beri anda 1 epal dan anda beri saya satu buah oren. saya dapat oren. manakala anda dapat epal. tetapi, jika saya beri anda 1 ilmu dan anda beri saya 1 ilmu. kita berdua akan dapat kedua-dua ilmu tersebut!"


Ok, selamat meneruskan perjuangan masing-masing.