Cikgu Nurul's Blog

Blog Pembelajaran Sains PMR

Salam semua,

Beberapa hari yang lalu, saya menerima banyak permintaan dari anak murid saya sendiri untuk menerangkan semula tajuk Lever. Konpius, kata deme (loghat perak). So, saya gunakanlah kesempatan masa yang ada ini untuk sama-sama mengongsikannya dengan pelajar2 di alam siber ini pula. Sebenarnya, tajuk ini dikatakan antara tajuk yang agak sukar. Ini kerana di dalamnya ada persoalan seperti:
  1. bagaimanakah menentukan jenis tuas (class of lever)?
  2. apakah contoh-contoh tuas kelas pertama, kedua dan ketiga?
  3. bagaimanakah untuk menyelesaikan pengiraan yang melibatkan tuas?
Persoalan ketiga di atas sering dianggap tahap paling sukar. Mungkinkah kerana di sana ada melibatkan pengiraan?

Sebenarnya, jika kita faham di manakah kedudukan fulkrum (fulcrum) yang ditunjukkan dalam gambarajah dan bagaimanakah cara mengaplikasikan formula yang telah dipelajari, ia bukan lagi sesuatu yang amat sukar. Apa yang perlu ialah, kita kerapkan lagi membuat latihan seumpama itu.

Oklah... apa kata kita mulakan dengan persoalan yang pertama tadi?...
Bagaimanakah menentukan jenis tuas (class of lever)?

Pertama sekali, tentukan kedudukan perkara-perkara berikut: Beban (Load), Daya (Effort), dan Fulkrum (Fulcrum) Utamakan perhatian anda kepada perkara yang terletak di tengah-tengah alatan.

Jika fulkrum berada di tengah-tengah, kita katakan dia berada dalam kumpulan "Tuas Kelas Pertama" (First Class Lever).

Tuas kelas kedua (second class lever) pula, merupakan tuas yang mempunyai beban (load) terletak di tengah-tengahnya.


Tuas kelas ketiga (third class lever) merujuk kepada tuas yang mempunyai daya (effort) terletak di tengah-tengahnya pula.

Perhatikan! Apabila menentukan jenis tuas (class of lever), kita perlu kenalpasti jenis bahagian tuas yang terletak di tengah-tengah sahaja. Untuk itu, kita hanya perlu menghafal

FLE

"F" untuk Fulcrum (fulkrum)
"L" untuk Load (beban)
"E" untuk Effort (daya)

"F" berada paling kiri untuk mewakili tuas kelas pertama, "L" di tengah-tengah menunjukkan dia adalah tuas kelas kedua dan "E" berada di sebelah kanan, kerana dia adalah tuas kelas ketiga.

Ok. Sudahkah anda memahami bagaimana menentukan jenis tuas? Untuk memastikannya pula, apa kata, jika anda cuba pula mengenalpasti jenis tuas bagi alat-alat berikut. Tuliskan jawapannya pada kertas. Kemudian, periksa jawapan anda di bawah gambar pemandangan.


Iklan sebentar ..... (gimik jer ...)

Teman sejati .......





Berikut adalah, jawapan kepada persoalan di atas:

Tuas kelas pertama (first class lever)
  • pemangkas, penebuk lubang, pengepit baju dan pengepit kuku
Tuas kelas kedua (second class lever)
  • pemecah buah, pembuka tin dan pam angin
Tuas kelas ketiga (third class lever)
  • pengepit ais, cangkul, penyapu dan joran

Adakah Cikgu Nurul telah tertinggal sesuatu???.... Tidak!

Bagaimana dengan pisau cincang dalam gambarajah itu?

Jawapannya ialah ... ia bukan sejenis tuas. Kecuali sekiranya anda meletakkan bawang di bawah mata pisau dalam keadaan salah satu hujung pisau itu dipasakkan kepada papan pemotong. Jika benar-benar berlaku, ia akan menjadi tuas kelas kedua kerana beban (Load) berada di tengah-tengah.

Bagaimana keadaan anda sekarang? Sudah semakin jelas? Jika masih belum, sila kemukakan persoalan yang bermain dalam minda anda tentang tajuk ini dalam ruangan Komen di bawah posting ini.

Seterusnya kita lihat pula bagaimana untuk menyelesaikan masalah matematik dalam tajuk ini.



Pengiraan yang melibatkan tuas



Dalam menguasai bahagian ini, anda seharusnya menitik-beratkan hal-hal berikut:
  1. di manakah kedudukan fulkrum?
  2. berapakah jarak antara fulkrum dengan beban (load)?
  3. berapakah jarak antara fulkrum dengan daya (effort)?
  4. apakah unit-unit yang digunakan?

Dalam bahagian ini, anda tidak sepatutnya mengandaikan bahawa fulkrum akan "sentiasa berada di tengah-tengah". Ini kerana ia boleh sahaja berada di mana-mana untuk menjadikan alat itu tuas kelas kedua atau ketiga. Dengan kata lain, cari dahulu kedudukan fulkrum sebelum anda memulakan kiraan.

Formula pengiraan tuas ialah:


Nilai "Beban" adalah berat beban dalam unit Newton. Manakala "Jarak beban" dikira dari kedudukan Beban ke kedudukan fulkrum.

Begitu juga, nilai "Daya" adalah dalam unit Newton dan "Jarak daya" berada antara Daya dengan fulkrum.

Perhatikan di sini! Semua jenis jarak (sama ada jarak beban atau jarak daya) sentiasa diukur dari FULKRUM ke tempatnya.

Mari kita mulakan dengan contoh yang sangat mudah. Apa yang anda perlu lakukan ialah memasukkan semua nilai berkaitan seperti dalam formula di atas.

Contoh 1:


Berdasarkan rajah di atas, berapakah nilai bagi beban?

Penyelesaian:


Sekarang, cuba pula latihan di bawah:


Latihan 1



Berbanding dalam contoh sebelum ini, dalam Latihan 1 (a), anda diminta mencari nilai bagi Jarak B. Walaupun di sini, kita tidak lagi menggunakan perkataan "beban" dan "daya", namun formula yang digunakan hampir sama. Di mana, anda hanya perlu menukarkan ianya menjadi seperti berikut:

A x Jarak A = B x Jarak B

Kemudian, gantikan semua nilai-nilai yang diberi ke dalam formula tersebut dan cari nilai yang dikehendaki oleh soalan. Tetapi, jangan lupa untuk memeriksa unit yang digunakan. Jika anda tidak berjaya memperoleh jawapan seperti yang ditunjukkan dalam soalan, sila kemukakan dalam komen dan sama-sama kita lihat di manakah kecuaian telah berlaku.

Bagi soalan Latihan 1 (b) pula, saya telah mengubah pelbagai perkara. Contohnya, saya tidak lagi menggunakan Tuas Kelas Pertama (kita mungkin tidak dapat memastikan sama ada ianya adalah tuas kelas kedua atau ketiga kerana kedudukan Beban dan Daya tidak dinyatakan dalam soalan tersebut!!).

Selain itu, saya juga telah menggunakan unit cm bagi jarak dan unit kg bagi kedua-dua objek. Saya lebih suka menasihatkan anda untuk menukarkan dahulu semua unit yang diberi kepada unit-unit yang dikehendaki (terutamanya kepada pelajar yang kurang mahir).

Oleh itu, tukarkan semua unit cm kepada m (bahagikan dengan 100). Begitu juga, tukarkan unit kg kepada N (darabkan dengan 10). Seterusnya barulah anda gunakan formula tuas untuk mendapatkan jawapan.

Sebagai panduan: 1 m = 100 cm; 1 N = 10kg (nilai tukaran Newton ini khas digunakan di negara kita kerana faktor tarikan graviti. Jika di tempat lain, nilai tukarannya mungkin berbeza).


Sebenarnya contoh pengiraan di atas (termasuk latihan), meminta anda mencari nilai yang kurang lengkap semata-mata. Ia masih boleh dikatakan soalan aras rendah kerana anda hanya perlu tahu menggunakan formula tuas dengan betul dan tidak cuai dalam memerhatikan unit -unit yang digunakan.

Seterusnya, saya akan mendedahkan anda dengan pengiraan tuas yang sedikit kompleks. Fahamkan contoh di bawah:


Contoh 2:


Penyelesaian:


Cuba latihan di bawah untuk menambahkan lagi kefahaman anda.


Latihan 2 (klik pada gambar untuk membesarkannya)


Jawapan telah diberi. Berjayakah anda menyelesaikan permasalahan di atas?

Sebagai panduan, dalam Latihan 2 (a), saya hanya menukarkan kedudukan nilai yang perlu dicari. Sepatutnya, anda tetap tidak menghadapi masalah kerana cara penyelesaiannya masih sama seperti dalam Contoh 2.

Sebaliknya dalam Latihan 2 (b), anda perlu mengetahui nilai sebenar jarak antara C dan D. Walaubagaimanapun, untuk mendapatkan nilainya, anda perlu mencari dahulu jarak D dan kon (fulkrum). Setelah berjaya, barulah anda boleh menolak nilai itu dengan jarak C dan kon. Tak berapa nak faham? Cuba buat dan tunjukkan cara penyelesaiannya di ruangan Komen di bawah posting ini. InsyaALLAH, saya akan tunjukkan di mana kekurangannya. Sebelum itu, anda mungkin boleh bincangkan latihan ini bersama rakan - itu lebih baik!


Bahagian yang berikutnya, saya akan tunjukkan satu lagi bentuk soalan pengiraan tuas yang lebih kompleks. Ia bukan sekadar melibatkan kemahiran anda dalam matematik. Tetapi, ia juga menuntun kefahaman anda dalam Konsep Tuas.

Sebenarnya, dalam konsep ini, ia bukan sekadar untuk menunjukkan hubungan antara kerja (work) yang dilakukan di bahagian beban adalah bersamaan dengan kerja yang dilakukan di bahagian daya. Tetapi, ia juga menunjukkan jumlah kerja yang dilakukan di sebelah kiri fulkrum adalah bersamaan dengan jumlah kerja yang dilakukan di sebelah kanan fulkrum.

Ringkasannya:


Hakikatnya, unit "Nm" sebenarnya adalah unit bagi "kerja (work)"!!

Ingatkah anda, apakah formula mengira kerja (work done)??





Bukankah formula di atas telah menunjukkan seolah-olah pengiraan tuas menggunakan formula kerja (work done). Cumanya, dalam formula tuas, kerja di sebelah kiri mesti sama dengan kerja di sebelah kanan. Sekiranya anda faham akan konsep ini, maka anda tidak akan menghadapi masalah untuk menguasai topik ini.

Oleh itu, yang seterusnya, saya akan tunjukkan cara menyelesaikan pengiraan tuas yang "lebih-lebih" lagi kompleksnya. Bukan sekadar pengiraan, tetapi anda juga harus faham akan konsep yang saya terangkan dalam perenggan di atas.


Contoh 3:

Penyelesaian:

OK? Sudah boleh faham konsepnya? Cuba pula Latihan 3 di bawah untuk mengetahui sama ada anda benar-benar faham atau tidak.


Latihan 3: (Klik pada rajah di bawah untuk membesarkan imejnya)


Bagaimana? Dapatkah anda memperoleh jawapan yang sama seperti di atas?

Mungkinkah jawapan saya di atas adalah salah?..... mungkin juga. Kerana manusia itu dijadikan sangat lemah. Jika anda merasakan jawapan di atas boleh dipertikaikan, sila kemukakan jawapan anda dan kita bincangkan. Dengan cara ini, anda akan lebih memahami tajuk ini dengan lebih baik lagi. Jangan rasa malu untuk "tersilap semasa belajar". Sebaiknya, anda patut malu apabila anda memperoleh keputusan yang buruk semasa peperiksaan nanti!! Fikir-fikirkan.

Pada saya sendiri, bukan suatu masalah yang besar apabila ada di antara pelajar saya dapat membuktikan jawapannya lebih tepat. Namun, biarlah ia dilakukan dengan cara yang baik dan sopan. Lagipun, ia akan mencambahkan lagi daya pemikiran para pelajar dalam menguasai ilmu pengetahuan dan mengelakkan mereka daripada sekadar menerima ilmu secara "bersuap".

Oklah ... penat pula rasanya mengadap laptop terlalu lama. Untuk pengetahuan, saya memerlukan lebih kurang 5 hari untuk menyiapkan posting ini. Yang menambahkan lagi kesukaran adalah, saya terpaksa mereka dan memasukkan imej berulang kali. Caranya: lukis dan taip dalam word. Kemudian, gunakan "PrintScreen" key untuk menangkap gambarnya dan memindahkannya ke dalam Paint. Seterusnya, meng'eksport' gambar berformat BMP itu kepada format 'GIF' yang berkapasiti rendah supaya mudah diupload ke dalam blog ini. Syukurlah hari ini cuti (sabtu). Dapatlah saya menyiapkannya sehingga selesai. Sambil2 itu, sempat juga saya mengikuti 2 kuliah Thermodynamics dan Organic Chemistry oleh pensyarah secara Live Streaming. Zaman sekarang, kalau nak belajar, tidak semestinya kita perlu mengadap guru seperti kaedah konvensional. Samalah seperti apa yang anda lakukan sekarang!! Yang penting, anda terus mengejar ilmu.......

Untuk memudahkan anda, baik kiranya laman ini dicetak. Tambahan pula, posting kali ini lebih menjurus kepada pengiraan. Sudah pasti, sukar untuk anda membuat rujukan dan menjawab soalan sambil mengadap komputer terlalu lama.

Cukup setakat ini dahulu. Sekiranya anda ingin membincangkan topik ini, klik Komen di bawah.

Assalamualaikum...

Hampir kesemua flashvideo ini dalam bahasa inggeris. Anda boleh sekadar menontonnya atau memuat turun (download) fail tersebut utk simpanan sendiri.

Bagi memainkannya, anda perlu memiliki flashplayer. Perisian ini boleh didapati di ruangan Free Softwares.

Klik pada perkataan bergaris utk melihat flashvideo berkenaan.

1. Urinary Process (Proses pembuangan air kencing)

  • ada audio
  • sesuai utk pelajar peringkat SPM dan universiti
  • menerangkan bagaimana proses pembentukan air kencing di Bowman's capsule

2. The atomic symbols, relative number and mass number (Simbol atom, nombor relatif dan nombor jisim bagi atom
  • utk subjek kimia
  • tiada audio
  • mempunyai latihan ringkas untuk menguji kefahaman. hanya masukkan nombor yang betul dan klik butang Enter. penerangan jawapan juga diberikan

3. Stages of meiosis (Peringkat-peringkat miosis)
  • utk subjek biologi
  • ada audio
  • berkenaan pembahagian sel pembiakan (untuk menghasilkan sel gamet)
  • menunjukkan persilangan kromosom dari peringkat profasa ke telofasa II

4. Reading triple beam balance (Membaca neraca 3-palang)
  • tiada audio
  • menerangkan cara menggunakan neraca ini
  • disediakan latihan utk menguji kefahaman. hanya masukkan nombor ke dalam kekotak dan klik butang Check Answer

5. Mitosis and Meiosis (Mitosis dan Miosis)
  • utk subjek biologi dan sains tingkatan 4
  • tiada audio
  • berkenaan pembahagian sel
  • diterangkan peringkat demi peringkat
  • ada ringkasan utk detiap peringkat (di sebelah kiri)
6. Heart attack (Serangan sakit jantung)
  • tiada audio
  • menunjukkan bagaimana salur darah dalam jantung boleh tersumbat

7. Eye structure and functions (Struktur dalam mata dan fungsi2nya)
  • tiada audio
  • biologi (tidak sesuai utk sains tingkatan 2) peringkat universiti
  • menunjukkan bagaimana penglihatan terjadi

8. Mass vs weight (Jisim lwn berat)
  • tiada audio
  • sesuai utk sains tingkatan 1 ke atas

9. Law of inertia (Hukum inersia)
  • sesuai utk fizik dan sains tingkatan 5
  • tiada audio

10. How kidney work (Bagaimana buah pinggang berfungsi)
  • tiada audio
  • biologi (sistem perkumuhan melalui pembuangan air kencing)
  • mudah difahami

11. Electric circuit (Litar elektrik)
  • dalam bentuk permainan dan ada ujian
  • sangat menarik
  • tiada audio

12. Diagnosis haemophilia
  • biologi dan sains (penyakit darah sukar membeku semasa luka)
  • tiada suara/ audio
  • menunjukkan cara bagaimana penyakit haemofilia dikesan

13. Comparison between meiosis and mitosis (perbandingan antara miosis dan mitosis)
  • biologi dan sains tingkatan 4 (pembahagian sel)
  • ada suara

14. Cardio system (Sistem jantung)
  • biologi dan sains tingkatan 3
  • ada suara (agak nyaring nyeee...)
  • menunjukkan struktur jantung dan pengaliran darah di dalamnya

15. Atherosclerosis (Aterosklerosis)
  • biologi dan sains tingkatan 3
  • tiada suara
  • bukan dalam bentuk video
  • menunjukkan bagaimana penyumbatan salur darah di jantung berlaku
  • gerakkan tetikus pada setiap struktur untuk melihat notanya

16. Anatomy of the ear (Anatomi telinga)
  • biologi dan sains tingkatan 2 (agak kompleks)
  • tiada suara
  • klik pada mana-mana struktur utk melihat penerangan yang lebih detail tentang struktur tersebut
  • menerangkan bagaimana bunyi dipindahkan antara struktur2 dlm telinga

17. Unique features of meiosis (Ciri2 unik pada meiosis)
  • biologi
  • ada suara
  • menunjukkan process of crossing over (proses penyilangan dna) dengan lebih jelas

18. Test for starch in leaf (Ujian kanji ke atas daun)
  • biologi dan sains
  • tiada suara
  • menunjukkan cara-cara menjalankan ujian kanji ke atas daun
  • mudah difahami

19. Reproduction in flowering plants - 2 (Pembiakan tumbuhan berbunga - 2)
  • sains tingkatan 3
  • tiada suara
  • menunjukkan struktur bunga, pollination process (proses pendebungaan), self-pollination and cross-pollination (pendebungaan sendiri dan pendebungaan kacuk), agents of pollination (agen pendebungaan), fertilization (persenyawaan), germination (percambahan), dan byk lagi topik di dlmnya.
  • ada kuiz

20. Mitosis and cytokinesis (Mitosis dan sitokinesis)
  • biologi
  • ada suara
  • menerangkan dari proses profasa ke telofasa

21. Life cycle of malaria (Kitaran hidup malaria)
  • biologi dan sains tingkatan 5
  • ada suara

22. Kurinary Kidney (Struktur buah pinggang)
  • sains tingkatan tiga
  • ada suara
  • klik pada nama struktur utk mendengar cara sebutan dan fungsinya

23. How haemodilysis work (Bagaimana hemodailisis berfungsi)
  • sains tingkatan 3
  • tiada suara
  • menunjukkan bagaimana darah dicuci oleh mesin ini

24. Fetal stages (Peringkat-peringkat pertumbuhan bayi dalam kandungan)
  • sains tingkatan 3
  • tiada suara
  • klik pada butang next dan butang mengikut hari untuk melihat apa yang berlaku pada setiap peringkat

25. Enzyme (Enzim)
  • biologi
  • tiada suara
  • mudah difahami
  • menunjukkan maksud enzim dan cara berfungsi, jenis2 enzim inhibitor, enzim alosterik dll.

26. Digestive system (Sistem pencernaan)
  • sains tingkatan 2
  • ada suara (agak nyaring)
  • menunjukkan bagaimana makanan dicernakan secara ringkas

27. Detect starch in leaf (Mengesan kehadiran kanji dalam daun)
  • sains tingkatan 1 dan biologi
  • tiada suara
  • menunjukkan perbandingan daun yang disimpan di tempat gelap dan di tempat cerah. kemudian, dijalankan ujian kanji
  • mudah difahami

28. Chemical synaps (Sinaps kimia)
  • biologi
  • ada suara
  • menunjukkan apa yang berlaku di hujung sinaps

29. Cell division (Pembahagian sel)
  • biologi
  • tiada suara
  • menunjukkan penerangan bagi setiap peringkat dari profasa ke sitokinesis

30. Cancer growth (Pertumbuhan sel kanser)
  • sains umum
  • tiada suara
  • menunjukkan peringkat2 pertumbuhan sel kanser

31. Anatomy of the heart (Anatomi jantung manusia)
  • sains tingkatan 3
  • tiada suara
  • menunjukkan struktur pada jantung, cara pengaliran darah dlm jantung dan disertai dengan latihan soalan