Cikgu Nurul's Blog

Blog Pembelajaran Sains PMR

Print

Salam,

Hari ini agak memenatkan. Ini berlanjutan dari malam semalam kerana cikgu dan anak buah dari Kelab Seni Budaya serta Kelab Sejarah-Geografi telah mengadakan program kemuncak dari malam sabtu sehinggalah tengahari tadi.

Malam tadi, kami adakan pertunjukan fesyen kreatif (lelaki sahaja). Manakala, pagi tadi diadakan pertandingan arca (lelaki) dan landskap (perempuan). Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar dan kami telah sepakat untuk menyediakan hadiah untuk pelbagai kategori - tidak lagi tertumpu kepada tempat pertama, kedua dan ketiga. Sebaliknya, hadiah diberikan mengikut ciri atau elemen istimewa yang berjaya ditonjolkan bagi setiap acara. Ada yang menang kategori arca paling inovatif, arca paling saintifik, landskap paling eksotik dsb. Lega rasanya... semua telah selesai.......

Dalam pada cikgu mengadili kedua-dua acara lelaki dan perempuan yang berjalan serentak, sempat juga cikgu dikelilingi oleh beberapa orang pelajar cikgu bertanyakan soalan sains (diffusion of gases in respiratory system & electromagnetism). Siap bawa buku soalan dan buku rujukan lagi... hahaha..... cikgu tak kesah. lagipun, cikgu dah biasa buat 2-3 keje dlm satu masa.

Sambil2 berbincang itulah, tetiba timbul persoalan tentang: bilakah percubaan pmr perak? Ramai yang sudah berdiskusi sesama sendiri tentang tarikh sebenar percubaan ini. Namun, setahu cikgu (seperti yang disampaikan semasa assembly jumaat baru ni), 10 Ogos utk percubaan spm. Manakala, 3 hb utk percubaan pmr.

Pada asalnya, kedua-dua percubaan spm dan pmr akan berlaku serentak pada 10 ogos itu. Namun, disebabkan masalah tempat, tarikh pmr dipercepatkan seminggu. Wallahu'alam.

Apa-apapun, kita tunggu dan lihat sahaja dulu. InsyaALLAH, seperti biasa, cikgu akan uploadkan soalan percubaan ini untuk anda semua. Cikgu akan usahakan dengan skima pemarkahan sekali.

Jika percubaan di tempat anda telah bermula, harap bolehlah kirimkan ke email cikgu di abiat07@yahoo.com. Terpulang pada anda, sama ada, anda kirimkan dalam bentuk softcopy atau kirimkan ke alamat rumah cikgu. Apa-apapun email cikgu dahulu. Kalau boleh, kirimkan sekali dengan skima jawapan.

Oleh itu, sama-samalah kita kongsikan kertas-kertas percubaan setiap negeri seperti yang telah dilakukan oleh pelajar2 dan guru2 alam siber tahun lepas. Terima kasih terhadap segala sumbangan mereka. Diharap, tahun ini juga begitu. Sesungguhnya, perkongsian ini pasti menguntungkan semua orang!

Akhir kata, kepada semua pelajar2 pmr tahun ini, bersedialah untuk menghadapi peperiksaan percubaan pmr tidak lama lagi dan berikan sepenuh perhatian anda terhadapnya. Semoga anda semua berjaya.

2 Komen/ Pandangan:

THANK YOU

Akhir kata, kepada semua pelajar2 pmr tahun ini, bersedialah untuk menghadapi peperiksaan percubaan pmr tidak lama lagi dan berikan sepenuh perhatian anda terhadapnya. Semoga anda semua berjaya.

Post a Comment