Cikgu Nurul's Blog

Blog Pembelajaran Sains PMR

Print

Assalamualaikum/ Salam kasih sayang buat semua,

Sekarang ni, tentu semua pelajar form 3 tengah mula mempersiapkan diri utk PT3 bulan depan. Yang pasti, untuk soalan sains, memang banyak juga perbezaan formatnya berbanding PMR dahulu. Guru-guru pun ramai yg sedang mempersiapkan diri dengan format terkini kertas peperiksaan ini.

Kepada pelajar form 1 and 2, berusahalah untuk menguasai format yg baru ini dari sekarang.


 Sekadar sebagai ringkasan, saya perturunkan serba sedikit tips dalam menjawab kertas ini:

  1.  jawab dengan ayat yang lengkap tetapi padat
  2.  perhatikan jumlah markah yang disediakan. Ini dapat membantu anda menyediakan jawapan yang lebih lengkap
  3. jangan bagi jawapan yang terlalu umum terutama soalan yang bermula dengan perkataan: jelaskan, terangkan
  4.  sebagai langkah berhati-hati, bulatkan semua ayat pertanyaan yg ada dalam soalan dan pastikan anda betul2 jawab semua yg diminta. Saya akan perjelaskan caranya kemudian
  5. anda masih boleh jawab menggunakan sama ada bm sahaja, bi shj atau kedua-duanya
  6. jika keluar soalan HOTS tentang perkara yg tak pernah dipelajari dan dijumpai dlm buku teks mahupun buku rujukan, jangan panic. Fikirkan kaitan soalan itu dengan tajuk2 yg telah dipelajari dlm sains. Cari juga fakta2 atau petunjuk yg mungkin ada dlm soalan atau gambarajah. Ada kalanya, soalan ini mungkin mahu menguji logic akal kita. Oleh itu, pastikan jawapan anda relavent