Cikgu Nurul's Blog

Blog Pembelajaran Sains PMR

Print

Ini adalah tips-tips bagi para pelajar yang akan menduduki peperiksaan PMR 2009!

“Apa nak buat ya, untuk persediaan PMR tahun hadapan? Perlukah saya berehat sahaja dulu dan tunggu hingga sesi persekolahan 2009 bermula?“

Jangan tunggu!!

Kalau anda mahu berjaya, mulakan dari sekarang. Jika tidakpun, anda boleh gunakan cuti semester hujung tahun ini untuk memulakan langkah kejayaan anda tahun hadapan. Jangan tunggu-tunggu lagi!…

“Habis tu, nak buat apa? Perkara apa yang perlu saya lakukan sekarang? Terus baca buku macam sebelum inikah?”

Cuti … oh … cuti. Beberapa hari lagi, kita akan mula cuti sekolah akhir tahun. Mungkin ketika ini, ada yang masih study untuk peperiksaan akhir tahun yang sedang dijalankan. Namun, biarlah cikgu berikan beberapa tips berguna untuk anda membuat persediaan bagi tahun hadapan.

Bagi mereka yang masih di Tingkatan 1, anda mempunyai banyak peluang untuk berusaha. Elakkan menunggu hingga hujung tingkatan 2 atau tingkatan 3 nanti. Semakin awal anda mulakan langkah, semakin mudah untuk anda melakukan persediaan. Malah, anda mempunyai banyak peluang untuk mengubah cara study agar sesuai dengan diri anda.

Sebenarnya, ramai yang kurang berjaya kerana mereka tidak study dengan cara yang sesuai mengikut keupayaan masing-masing. Dengan kata lain, mereka gagal dalam strategi untuk berjaya! Tak guna anda baca buku ‘berpeluh-peluh’ dan ‘bertimbun-timbun’, jika itu bukan kaedah sesuai dengan diri anda. Nak berjaya ni, bukan ada 1 cara sahaja. Ada macam-macam cara yang boleh kita cuba. Semakin awal kita cari kaedah yang sesuai, semakin mudah anda jumpa yang serasi dengan jiwa anda. Kekuatan kita juga tidak sama. Ada yang jenis ‘cepat pick-up’, ada yang ’slow’, ada yang mudah faham tapi mudah lupa, ada yang susah nak faham tapi cepat ingat. So, kita semua dilahirkan dalam keadaan kekuatan minda yang tidak sama.

Cikgu tak pernah percaya apabila ada orang mengatakan otak kita ni sama jer bila dilahirkan! Siapa kata? Cuba buktikan!!

Kita memang dilahirkan dengan kemampuan otak yang tak sama. Oleh itu, cara usaha kita juga berbeza. Jangan sedih jika anda dari golongan yang lambat dari segala-gala segi. Jika anda ada kemahuan, percayalah! anda masih mampu memperoleh kejayaan. Cuma anda mungkin memerlukan usaha yang lebih hebat dari orang lain. Mungkin dari sinilah ALLAH beri anda peluang untuk menambahkan pahala (setiap orang ALLAH beri peluang tambah pahala dalam perkara yang berbeza - maka berbeza jugalah cabaran yang dihadapi setiap orang).

“Orang yang ‘kurang’ MESTI berusaha lebih, manakala orang yang ‘lebih’ TIDAK perlu lagi berusaha lebih.” Itu maksud cikgu.

Di sini, cikgu perturunkan perkara-perkara yang boleh anda lakukan sepanjang cuti sekolah nanti. Jika anda nak berjaya, pastikan anda cuba ikuti perkara-perkara ini lebih awal:

  1. Beri masa untuk diri anda berehat sebaik cuti sekolah bermula. 3 hari adalah mencukupi untuk masa berehat. Kemudian, rancang apa yang anda mahu lakukan untuk mula study

  2. Sediakan jadual study. 3 subjek sahaja dalam satu hari. Paling kurang, 2 subjek dalam satu hari

  3. Tetapkan waktu untuk anda berehat/ menonton rancangan kegemaran/ makan/ beriadah/ tidur/ bantu ibubapa. Kemudian, isikan masa yang berbaki untuk study. Jangan paksa diri anda untuk study pada waktu-waktu yang tidak sesuai. (Jadual study anda akan terganggu jika bertindan dengan perkara-perkara yang boleh mengganggu konsentrasi anda).

  4. Tetapkan masa rehat/ tonton tv/ riadah/ tidur yang memadai sahaja. Jika anda ada banyak rancangan tv yang disukai, hadkan kepada rancangan tv tertentu sahaja. Pendekkan masa riadah anda jika ia lebih dari 2 jam kecuali jika beriadah hujung minggu

  5. Tidur seawal yang mungkin dan bangun seawal yang boleh untuk study di waktu pagi (sebelum subuh). Ini adalah waktu yang paling sesuai untuk study dengan tenang. Diperingkat awal, anda mungkin akan rasa mengantuk. Tak apa… cuba juga! Lambat laun, anda akan berjaya mengatasi rasa mengantuk bangun pagi.

  6. Cari buku-buku berkenaan cara study, motivasi belajar dan resepi kejayaan orang lain di pasaran

  7. Cuba pelbagai teknik belajar dan bandingkan yang mana lebih mudah ‘masuk’ dengan diri anda

  8. Elakkan baca buku sambil baring (jauhkan diri dari katil anda!)

  9. Jika rasa mengantuk, buat aktiviti memanaskan badan. Kemudian, sambung study semula

  10. Lawan perasaan bosan/ mengantuk/ penat/ sakit kepala dengan NEKAD untuk study. Berkatalah dari diri: “SAYA NAK STUDY! SAYA NAK STUDY! SAYA NAK STUDY!!!” - cikgu pernah lihat, ada orang melompat-lompat, genggam tangan dan hentak-hentak genggaman dalam udara semata-mata NAK STUDY. Ada kalanya, anda memang perlu paksa diri anda study! Tetapi, bila dah study, jangan study dalam keadaan tensyen. Relaks dan tanamkan perasaan happy

  11. Jangan hiraukan apa-apa yang berlaku di sekeliling anda kecuali yang mendatangkan bahaya. Jika anda dapat melakukan ini dengan jayanya, ini bermakna anda sebenarnya memang boleh study dalam keadaan bising

  12. Buat tak tau/ cakap dengan sopan “SAYA SEDANG STUDY”, kepada rakan/ adik beradik yang mengajak anda berborak. KECUALI dengan ibubapa atau orang yang lebih tua! Tak mengapa jika kita sombong ketika kita mahu study (ini pandangan cikgu sendiri ya… :-D ) - jangan sombong di waktu lain udah lee!

  13. Mulakan dengan makan & minum sedikit, kemudian doa, seterusnya study

  14. Study topik-topik bermula dari tingkatan 1 dan beri tumpuan pada perkara-perkara yang sukar difahami. Jika ada yang kurang faham, salin perkara yang tidak difahami itu untuk ditanya pada guru kemudian hari. Lagi baik jika anda berhubung dengan guru anda selalu sama ada melalui hp, email atau boleh juga kemukakan di blog cikgu ini. Anda boleh tanya soalan melalui ruangan “sembang-sembang” atau “forum cikgu nurul”

  15. Study yang baik ialah apabila anda mempunyai buku catatan kecil yang memuatkan perkara-perkara penting dan soalan-soalan yang boleh anda tanya kemudian. Bawa buku ini kemana sahaja anda pergi

  16. Lepas study topik tertentu, cuba cari soalan-soalan berkenaan topik tersebut dan cuba jawab. Jawab dalam kertas lain, jangan dalam buku tersebut. Seminggu atau 2 minggu selepas itu, cuba jawab sekali lagi soalan-soalan yang sama

  17. Study dengan hati yang tenang. Jangan paksa diri, jika anda tidak faham sesuatu topik. Cuba jawab soalan untuk topik berkenaan bagi mengetahui di mana sudut yang menyebabkan anda tidak faham. Sebenarnya ramai pelajar mengatakan tidak faham sesuatu topik itu sedangkan perkara itu sememangnya TIDAK perlu difahami! Jika topik yang tidak difahami itu telah menyebabkan anda gagal juga menjawab soalan berkenaan, pindah ke topik yang seterusnya. Jangan tunggu hingga anda betul-betul faham, baru tukar ke topik lain. Tak mengapa sekiranya anda mengabaikan topik tertentu. Tapi, jika terlalu banyak topik yang tidak difahami, ambil peluang untuk berbincang dengan guru/ rakan/ blog saya sendiri! Adalah lebih baik sekiranya anda tandakan halaman berkenaan untuk dirujuk semula dikemudian hari

Apa yang cikgu senaraikan di atas, hanya sekadar panduan semata-mata. Tanyalah diri sendiri: “AKU INGIN BERJAYA?” Jika “YA”, lakukan sesuatu ke arah itu. Paling utama anda mesti ada NEKAD yang SANGAT KUAT. Semua cadangan cikgu di atas tidak akan mendatangkan hasil jika anda ada keinginan tetapi anda tidak ada nekad!! Fikirkan…

Tiada sesiapa yang mampu membuatkan anda “study”. Hanya diri anda sahaja yang boleh paksa diri anda study. Ingat!… ramai orang sukar study hanya diperingkat awal sahaja. Selepas 1 jam atau 2 jam study berterusan (tanpa henti), dia akan mula rasa konsentrasi untuk study. Oleh itu, kuatkan azam dalam masa 1 hingga 2 jam pertama itu. Elakkan study dalam keadaan asyik terhenti-henti (pergi minum air laa… pasang radio laa… borak sekejap laa… dll. X-P )



Amalkan juga senaman/ sukan/ riadah kerana ia boleh menyebabkan badan anda segar dan bertenaga untuk study nanti. Walaubagaimanapun, jangan keterlaluan sehingga anda keletihan dan tak mampu memulakan study.

Banyakkan amalan doa/ wirid-zikir/ baca qur’an/ solat hajat @ sunat2 yang lain. Jangan lupa, jaga perhubungan anda dengan orang lain terutamanya dengan ibubapa. Minta bapa anda doakan kejayaan anda dalam pelajaran. Cikgu pernah terdengar bahawa doa bapa kita makbul untuk perkara-perkara dunia/ rezeki/ perkara-perkara baik, WALLAHU’ALAM.

Ubah sikap anda sekiranya anda seorang yang:

  1. mudah marah-marah

  2. cepat buruk sangka/ selalu berfikiran negatif terhadap orang lain

  3. pendendam/ cepat sakit hati/ mudah terasa/ mudah benci orang lain

  4. cerewet/ berfikiran sempit/ selalu doakan keburukan atas orang lain

  5. sukar terima pandangan orang lain

  6. tidak boleh terima orang lain mengatakan kekurangan anda atau keburukan anda (memangla pedih nak terima kenyataan tetapi, sebaiknya diamkan sahaja - lagi baik jika anda dapat mengiakan semuanya)

  7. mahu orang lain menyantuni anda dengan baik sedangkan anda tidak kisah cara anda berinteraksi dengan orang lain

“Eh… apa kaitan perkara di atas dengan topik kita sekarang ini??”

7 perkara di atas itu adalah penting untuk cara anda menangani hubungan dan interaksi dengan orang lain. Jika anda tiada masalah-masalah seperti di atas, insyaALLAH, hati anda lebih bersih dan mudah menerima pelajaran!


OKla….. Selamat Study Semua …..

0 Komen/ Pandangan:

Post a Comment